Wednesday, November 30, 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY


Assalamualaikum 'readers',

Hari ni OMR tetiba rasa nak join GA Mak Dara yang anggun tuh ^_^
Sebabnya....OMR rasa GA dia sangatlah bestttttttttttt & hadiah2nya pun lagilah double triple best (ngeeeeeeeee...)

Ok, pada yang berminat untuk join GA nih, boleh klik SINI hokeyy?
X susah mana pun syarat2nya...senang je...Mak Dara cuma mintak:

Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY
dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut

2.Follow Blog Bicara Mak Dara
3. BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.

Syarat no 1 & 2 OMR dah buat...syarat no 3 tuh...here we go!

Tajuk FILEM yang OMR pilih adalah.....................jeng jeng jeng....(eh! bukan jeng jeng jeng ye tajuknya...)

"ISTIDRAJ"...nak tahu lebih lanjut pasal istidraj nih...boleh klik SINI...

p/s: Mak Dara, saya teringin nak tengok org buat filem berkisar kepada 'ISTIDRAJ' nih...saya rasa ramai yg boleh 'benefits' daripadanya.... =)

Monday, November 21, 2011

Hari Ni Bukan Hari Rabu!


Hahaha...hari ni memang bukan hari RABU...so, ini bukan 'wordless wednesday'...nih kira 'speechless monday' la gamaknya.

Pointnya....OMR nak sangat pergi tengok movie nih!
Sebabnya....OMR 'peminat-boleh-tahan-tegar' novel by Stephenie Meyer nih!

Haishhhh....gamaknya bila dah ada 1 + 2 heroes nih...boleh ke nak g tengok wayang eh? Bila? Hmm....

notakaki: baru perasan yg nih poster part 2....hahahah...advance sudahhhh!

Tips: Kenali Diri Dari Tarikh Lahir oleh DMFK

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Mohd Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Friday, November 11, 2011

Dialog Hari Ini: Ada baby tak? ^_^

(Sambil tengok iklan anmum materna kat tv...)

TF Sr.: Ibu, dalam perut ibu ada baby tak?
OMR: (What the....) apa bang?
TF Sr.: Dalam perut ibu...ada baby tak? Macam kat rumah mak tu. Kak Long Ila tu...dia ada baby dalam perut dia.
OMR: (Isk...) Tak ada lah abang. Baby dalam perut ibu kan dah keluar. Tu adik tu...
TF Sr.: Ow...

Hahahaha....anak2...kamu mau 'baby baru' lagikah? Aishhhh....sabar2 lah dulu ye....

Thursday, November 10, 2011

Panduan Untuk Ibu Ayah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Masa tengah 'blogwalking' tadi, OMR terjumpa artikel ni di blog NURIN KU NURIN (OMR suka baca kisah Aisyah)...artikel ni sangat bagus sebagai panduan untuk ibu&ayah (atau bakal2 ibu&ayah kat luar sana)...jadi OMR rasa x salah kalau dikongsi bersama. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

nota kaki: En.RJ, banyak lagi yang perlu kita 'improve' sama2...InsyaAllah!

Wednesday, November 2, 2011

Sebenarnya 'dia' faham....

Assalamualaikum...

Sebagai seorang ibu/ayah, pernah tak korang rasa 'kenapalah anak2 ni mcm tak faham je apa yang kita cakap?'...balik2 dia akan buat semula perkara yang akhirnya akan 'menguji' kesabaran kita yang 'senipis kulit bawang' tuh? Pernah? Pernah? Lagilah kalau anak2 tuh umur2 pra sekolah nih...budak tengah ligat & lasak...mesti ibunya (selalunya ibu-la kan) dah jadi macam adik-beradik 'tarzan'..Kan? Kan? Kan? ^_^

OMR pun x terkecuali daripada rasa macam tu. Nampak sangat banyak lagi 'kelemahan2' yang perlu OMR perbaiki sebagai seorang ibu kan? Terutama sekali bab2 bersabar nih. Semoga Allah memberikan OMR kekuatan untuk menjadi seorang ibu yang lebih penyabar, penyayang, memahami & menjadi contoh yang terbaik kepada anak2. InsyaAllah!

Sebenarnya anak2 ni FAHAM sangat apa yang kita cakap/ suruh dia buat. Walaupun umurnya tu baru 'setahun jagung' pada pendapat kita, jangan merendahkan kebolehupayaan dia untuk memahami apa yang ibu/ayah dia cakapkan. Mungkin kita nampak dia 'macam tak faham' sebab dia kerap melakukan 'kesilapan' yang sama, tapi pernah tak kita terfikir sebenarnya 'kesilapan2' tu mungkin sengaja dilakukan sebagai 'usaha untuk menarik perhatian kita'? Mungkin itu cara dia untuk memberitahu kita 'ibu/ayah, tolonglah layan saya sekejap, ibu/ayah ni asyik2 sibuk kerja...asyik2 sibuk dengan adik'?

En.RJ selalu cakap, bila OMR tak ada...TF Sr. 'dengar cakap'. Apa yang ayahnya suruh, dia akan buat. Lebih senang nak 'handle', tak banyak ragam. Tapi bila OMR ada je...dia mulalah 'tunjuk taring'. Kadang2 kalau ditegur dia marah balik, suruh buat dia tamau, MANJA LEBIH! Hmmm...sebelum ni OMR memang tak boleh nak bayangkan sangat, sebab selalunya bila OMR dengan dia, memanglah manjanya tu lebih. Kalau salah tegur karang dia mulalah nak meragam. Kadang2 dia sengaja buat apa yang dia tahu OMR akan marah.

Tapi semalam, untuk pertama kalinya, OMR boleh faham apa yang En.RJ cakap. Semalam dia tak banyak laku & ragam. Semalam dia dengar apa yang OMR suruh dia buat. Semalam dia tak adalah nak melawan balik cakap ibunya. Oh! Bahagia sungguh rasanya! Anak...anak...sebenarnya kamu faham kan selama ni apa yang ibu cakap. Sebenarnya kamu tahu kan kenapa ibu tak bagi kamu buat macam tu. Sebenarnya kamu mengerti yang ibu marah sebab ibu sangat2 sayangkan kamu. KAMU MEMANG ANAK YANG BAIK!

Sekarang OMR faham, mungkin selama ni dia 'meragam' sebab ada 'kekurangan' dari segi layanan OMR terhadapnya. Mungkin tanpa OMR sedar, dia rasa sedikit 'terancam' dengan kehadiran adik. Mungkin selama ni dia cuba beritahu 'ibu, please love me more!'. Rupanya bila ayah tak ada, dia pandai 'behave' dan pandai jaga adik.

p/s: En.RJ, Alhamdulillah, I can handle them both!

Wordless Wednesday #4: Memori

Monday, October 31, 2011

Bersabarlah....

Assalamualaikum (& Salam Sejahtera).

Lama betul x mencoret kata2 kat dinding blog nih. Rindu pulak rasanya.
Nak buat macam mana, memang x 'berkaliber' langsung nak jadi 'blogger tegar' sbb. jarang2 sangatlah dapat 'ruang & peluang' nak belek2 blog yang satu nih.
Hahaha...baru ada 1 blog je kan...dah x terjaga. Orang lain yang ada 2-3 blog pun 'steady' jek...

Mula2 nak ucapkan 'sekalung tahniah' kepada skuad bola sepak hobin jang hobin yang berjaya merampas kembali Piala Malaysia tahun ni. Caya lah! Terbaeekkkkkk!
Dalam pada orang sibuk2 bagi sokongan kepada team lawan, skuad N9 tetap beri persembahan yang terbaik & tak putus asa hingga ke saat2 terakhir. En. RJ sendiri cukup bengang dengan stesen2 radio yang nampak sangat 'berat sebelah' sebelum 'game' tuh sebab balik2 dok sokong trg...siap putar lagu negeri tuh lagi. OMR? jarang dengar radio...jadi x de lah OMR perasan yang radio dok sokong skuad trg. Apapun memang puas hati tengok 'game' malam tuh! Bola tu kan bulat, dah tertulis memang rezeki N9 untuk menang...syukur Alhamdulillah!

Hmmm...bulan Oktober nih mmg bulan yang sangat mencabar utk OMR & keluarga. TF Sr. & TF Jr. masuk wad selang seminggu =(

Yang si abang 'admit' sbb hydrocele (with hernia)...adik pulak kena acute bronchiolitis. Syukur Alhamdulillah, dua2 dah makin sembuh. Cuma telur abang tuh masih belum betul2 surut bengkaknya. Doktor kata memang ambil masa sikit nak surut, mungkin 3-4 minggu. Harap2 abang akan sembuh sepenuhnya & semoga perkara tuh x berulang lagi (InsyaAllah!).

Tak sanggup rasanya OMR nak melalui situasi yang sama tu lagi, tak sanggup nak hantar anak masuk dewan bedah, tak sanggup nak tengok dia menangis melalak-lalak masa doktor nak 'tidurkan' dia sebelum dibius & x sanggup nak tengok dia 'melepet' lepas 'operate' (walaupun cuma sehari je...masuk hari kedua dia dah berlari dalam wad...hmmm).

Masa dia tak sihat tu, sempat OMR 'muhasabah' diri. Sejak dua menjak dia makin besar nih (dah nak masuk 3 tahun dah anak bujangku itu), kadangkala OMR 'hilang sabar' jugak dalam mendidik & membesarkan dia. Budak tengah lasak, segala macam benda nak dibuat 'mainan' dia...segala macam 'laku' dia nak tunjuk....sampai kadang2 ibunya ni 'khilaf' sekejap. Tinggikan suara, marah dia, pukul dia (walaupun hanya tepuk di tangan atau kaki dia sekadar untuk ajar dia), merajuk dengan kerenah dia...nampak sangat OMR nih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki sebagai 'seorang ibu'. Mungkin ALLAH datangkan sakit pada dia supaya OMR sedar betapa anak ni adalah AMANAH & ANUGERAH yang ALLAH bagi kepada OMR. Bukan semua orang yang bertuah, bukan semua orang yang terpilih. Sepatutnya OMR lebih SABAR dalam membesarkan dia...walaupun dia banyak laku & kerenah... Walaupun kadangkala kelakuan dia menguji kesabaran...OMR mesti SENTIASA BERSABAR! Marah & pukul bukanlah cara terbaik nak membentuk dia (walaupun OMR sendiri pernah melalui pengalaman tu)...PUJUK, PELUK, BELAI & NASIHAT adalah cara yang lebih baik & jauh meninggalkan kesan yang positif kepada JIWA dia sbg seorang anak. OMR bersyukur sebab ALLAH berikan kesedaran kepada OMR, walaupun DIA datangkan dalam bentuk 'ujian' sakit kepada anak OMR. Syukur Alhamdulillah sebab DIA ingat & sayang pada OMR. DIA mahu OMR jadi ibu yang lebih baik, yang lebih penyabar, yang lebih memahami. Sekarang nih OMR rasa OMR dah boleh lebih BERSABAR layan kerenah TF Sr. Walaupun masih terlepas jugak tinggikan suara, tapi cepat2 OMR akan ingatkan balik keadaan waktu dia sakit tu sebagai 'peringatan' supaya OMR lebih hargai AMANAH ALLAH ni.

Lepas seminggu abangnya 'operate', adik pulak kena masuk wad sebab banyak kahak (sampai ada bunyi kat paru2 dia). Kena ambil gas 'regularly' (setiap 4 jam) & kena melalui 3 kali sesi 'sedut kahak'. OMR x sanggup nak tengok masa dia buat sedut kahak tu. Tunggu kat luar je. Itupun air mata rasanya nak meleleh dah dengar anak meraung2 kat dalam. En. RJ lebih berani sebab dia tengok masa sesi terakhir sedut kahak tu. Dia kata patutnya OMR masuk & tengok. Oh...minta maaflah wahai suami...tak sanggup rasanya. Nanti ibu pun sama2 menangis dengan anak. Mula2 ambil gas tu TF Jr. meraung jugak, lama2 dia macam dah 'pasrah' plak. Nangis tetap nangis, tapi dah x sekuat masa mula2 dia ambil gas tu. Tang bagi ubat, adiknya memang payah sikit berbanding abang. Puaslah kena kepit, barulah dapat suapkan ubat dia. Kalau sorang2 nak bagi dia ubat, memang mencabar sikit. Nanti yang keluarnya lagi banyak dr yang masuk. Siap sembur2 lagi...Hmm....pandai betul, umur tu belum pun setahun lagi. 5 hari 4 malam 'berkampung' kat wad memang pengalaman yang cukup berharga. Mujurlah TF Jr. jenis yang x banyak ragam. Dalam x sihat tu, dia tetap rajin lemparkan senyum kat orang sekeliling dia. Sejuk hati tgk dia macam tu. Walaupun sakit, dia x merengek. Kakak2 nurse kat situ pun suka dengan dia disebabkan dia mudah sgt tersenyum. Kalau ibunya nak mandi/ solat, x risau nak tinggalkan dia dengan kakak2 nurse sbb diorang mmg 'willing' nak jaga dia. Pandai TF Jr. ambil hati kakak2 tuh, asal keluar je dari bilik...mesti ada yang panggil nama dia. Dia apa lagi, mulalah senyum lebar. Good boy!

Sebelum terlupa, OMR nak rakamkan ucapan terima kasih kepada DR.SHARUDDIN (Pakar Bedah, KPJ Seremban Specialist Hosp.) & DR. ZAQRUL RAZMAL (Pakar Kanak2, Senawang Specialist Hosp.) atas rawatan & perhatian yang diberikan kepada anak2 OMR sepanjang diorang 'warded' dan berada di bawah pengawasan doktor-doktor sekalian. Terima kasih kerana memberikan 'yang terbaik' untuk anak2 OMR & terima kasih juga sebab bersabar dengan 'pertanyaan2' OMR. Tak lupa jugak pada 'nurses & staff' kat dua2 hospital tu, terima kasih banyak2! Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian semua. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kalian di dunia & di akhirat. Utk DR.SHAH yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga ALLAH mengurniakan haji yang mabrur kepada DR & isteri.

Thursday, August 25, 2011

Pantun Ghayo Tuan Tanah ^_^


Poie jalan pakai sepatu,
Jatuh telontang kepalo mamai,
ANAK BULAN dah muncul dah tu,
Moh beghayo beghamai-ghamai.

Orang takbir pakai 'spekar',
Lopeh tu makan segalo bondo,
GHAYO taun nih skali MERDEKA,
Meghiah ghaso eh sambutan bergando.

Jolok mempolam pakai galah,
Tebar jalo dapek patin,
Kalaulah ado silap dan salah,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Baling bola melantun-lantun,
Kono pulak kepalo Pak Ali,
Ni dah ponek den jual pantun,
Takkan tak do yang nak boli??? 
(huhuhu...silolah jawab yo...)

Monday, August 22, 2011

ZIARAH RAYA BLOG

Assalamualaikum...& Salam Ramadhan Al-Mubarak (yang berbaki tinggal berapa hari je ni...)

Hari ni OMR nak join segmen Abg. Hasrul Hassan yang 'feymes' dengan blognya BANGKU KOSONG tuh (haa...g cepat follow...byk info2 menarik kat situ)...Link entri beliau kat SINI ye...

Syarat2nya...kene tempek gambar kat atas tu dalam entri....pastu -

Sebutkan nama anda, dan kat mana anda beraya tahun ini:
Nama...kalau kat dalam blog nih OMR a.k.a Rose....Nama yang sebenar-benarnya ikut IC, Rosmizawati binti Mohamed Salleh. Tahun nih OMR beraya kat Seremban dulu sebab sejak kahwin tiap2 tahun balik raya ke Johor dulu (kampung OMR)...hehehe...eh, bukan...bukan OMR yang demand nak balik Johor bila tiba raya tuh, tapi PIL OMR yang sangat2 sporting & sangat2 memahami yang cadangkan balik sana dulu sebab hari2 biasa dah ada kat Seremban ni. Balik Johor tu tak tentu...kadang2 2-3 bulan sekali baru menjengah muka...tp tanya khabar tuh selalu ^_^

Ucapan:
Kepada semua rakan2 blogger(s) dan pembaca2 blog picisan OMR nih, OMR nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1412H ~ EID MUBARAK! Semoga bergembira bersama keluarga meraikan hari 'kemenangan' kita semua selepas sebulan berpuasa. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN andai ada yang terguris/ terasa hati dengan entri2 OMR. Tapi dalam pada happy nak sambut raya tu, jangan pulak lupa pada Ramadhan yang berbaki hanya berapa hari je lagi ni. Semoga kita semua akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah ^_^

Ok, tu je kot....hehehe....

Dialog Hari Ini: Mana 'bird' dia???

OMR: Abang, yang ini namanya 'ladybird' (sambil tunjuk pada bantal ladybird heronya...). Cuba sebut.
TF Sr.: Daddybird??? (muka konpius...sambil belek2 bantal dia)
OMR: Lady...bird...
TF Sr.: Mana 'bird' dia ibu
OMR: Haaa....(alamak! apo nak jawab nih!) ishh...nih nama dia memang ladybird la abang...tp dia x de bird...
TF Sr.: (Buat muka x puas ati)

Hahaha...anak...anak....kadang2 kamu buat ibu 'terkelu tiada jawapan'.... ^_^


OMR: Ibunya yang silap....'ladybug' g sebut 'ladybird'...padan muka!

Friday, August 19, 2011

SEGMEN: KAMI BLOGGER PRIHATIN


INI ADALAH 'STICKY POST'...HARAP MAKLUM!

Assalamualaikum & salam Sejahtera. (Ni segmen anjuran En.Ben)

Kalau kita prihatin...silalah ke laman sesawang Islamic Relief Malaysia atau IRM nih dan hulurkanlah bantuan ikut kemampuan kita. Ditambah pula dengan berkat bulan Ramadhan ni, semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah SWT hendaknya (Amin!)





Bantulah mereka! KITA SEMUA BLOGGER PRIHATIN!

lelaki buat kerja rumah??? apakah???

Hahahaha...rajin pulak 'nak merapu' lebih2 pagi Jumaat ni kan? Terima kasih kepada sahabat yang memberikan 'sumber inspirasi' untuk catatan merapu OMR pagi ni. 

Nak 'quote' ayatnya yang terakhir dalam entri tu ---->psssttt: bagi yg ada anak dara tu. ajar2 le anak korang buat keje rmh seawal yg boleh. memang berbaloi.. muahahaha...  <----bagus nasihat nih...tapi OMR nak 'reverse'kan sikit situasi. Sebab OMR ni belum ada 'anak dara' dan OMR percaya ramai lagi yang sama situasi macam OMR ni yang hanya punya 'hero2' dan 'askar2' semata...macam x-officemate OMR dulu, kak husniah & jugak officemate OMR skrg kak sue, dan MaMa CyDa....huhuhuhu (Syukur Alhamdulillah! hero pun hero lah janji ada anak!)

Let's start it this way ----> Bagi yang ada anak 'teruna' tu, ajar2 le anak korang buat keje rumah seawal yang boleh. Memang berbaloi! Lagipun takkan hilang 'kejantanan' atau 'kemacho-an' anak teruna korang tu bila dia buat keje rumah malah bertambah tinggi lagilah 'saham' diorang nanti terutama di mata 'bakal-bakal mak mentua' mereka dan korang sendiri pun takkan sakit hati lebih2 sangat sebab anak2 teruna korang tu bukan hanya 'pandai buat sepah' malah 'pandai jugak mengemas balik'. Bahagia sungguh kan???? Hehehehe....

Salah ke 'lelaki buat kerja rumah'???
Tak macho ke?
Tak 'jantan' ke?
'Pondan' ke?
'Lembut' ke?
eeee.....'apa kellesss' ke?

hahaha....tengok abg Mat Gebu tu....terrer masak! apa x macho ke dia? x hebat ke dia sebagai seorang lelaki? haishhhh...janganlah gitu........OMR kagum sebenarnya sebab dia sangatlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terrer masak (malu wooo sbb OMR yang perempuan ni pun x sampai tahap dia lagi..uhuk!)

Ramai lagi chef2 terkenal kat dunia ni 'lelaki' kan..tuh Jamie Oliver favourite OMR tuh....lelaki....Chef Wan tu...lelaki! anak dia pun sekarang dah jadi chef jugak....hebat apa!

Itu baru cakap pasal bab masak-memasak ni...belum kira lagi fashion designers! haishhhh.....berderet2 la lelaki....OMR sendiri pernah jumpa lelaki yang terrer jahit langsir yu! isk...jeles2....OMR nih...hahahaha...sembat pakai tangan lepas la wei! suruh jahit mesin tu...hmm.....boleh belajarla kalau nak kan...buat masa ni hati belum terbuka lagi? hahaha...x la....tengah kumpul bajet nak beli mesin nih....(ada sesapa nak sponsor? muahahahaha)

Ok, isteri2 di luar sana...cuba jawab sejujurnya kat sini...'Korang tamau ke dapat suami/ laki yang pandai buat kerja rumah??? Tamau ker??? (Perghhh...sapa tamau tu sama ada 'tipu' atau tak jujur....hahaha...x sama ke?; tak baik woo tipu, bulan pose nih)

Adik2 yang belum kahwin tu...."Tamau ke dapat suami yang pandai buat kerja rumah??? Tamau ker???"...

Haipp!! tak baik tipu! Mestilah nak kan??? Sekurang-kurangnya nanti dapat meringankan beban kita. Rata2 isteri sekarang ni 'berkerjaya' (betul ke perkataan ni? hahahaha)....eh, ada lagi yang SAHM kat luar tuh...tapi rata-rata la...ramai yang ada kerjaya sendiri kan? Kalau mampu....bolehlah gajikan 'maid/ bibik'...Kalau tak mampu...semuanya buatlah sendiri....terutama yang duduk secara 'independent', yang x tinggal dengan family

Penat kat office tu satu hal...balik rumah tambah pulak dengan kerja2 rumah yang 'never-ending' tuh...belum campur lagi kerenah anak2 kan??? Huhuhuhu...ado yang pengsan nih kang!  hahaha...x de la sampai macam tu sekali. Penat memanglah penat, tapi dah menjadi amanah & tanggungjawab...buatlah dengan seikhlas hati ye. InsyaAllah, ada 'reward' untuk anda nanti! 

Tapi bukankah 'lebih bahagia' bila dalam keadaan macam tu, kita punya suami dan anak2 teruna yang 'ringan tulang' tolong kita basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, mop lantai, basuh bilik air & tandas, lap tingkap, cuci kipas yang dah berhabuk sakan tuh? Bahagia tak? Bahagia tak? Ya Allah...................heaveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnya kan? *sigh*

So, OMR nak tanya sekali lagi....SALAH KE LELAKI BUAT KERJA RUMAH??? hahaha...korang jawablah sendiri ye...no cheating, please! Kalau mau....DIDIKAN BERMULA DARI RUMAH DAN ANDALAH CONTOH TERBAIK UNTUK ANAK2 ANDA! 

Sekian, I rest my case!

Jom layan nih ---->


OMR - sangat 'beruntung' punya suami yang 'super-rajin' dan 'super-pengemas'! you are the best, my super-husband! xoxoxox 

Hanya DIA yang tahu....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua yang membaca,

Salam hari Jumaat yang penuh barakah! Sebenarnya entri ni dah lama nak ditulis, sejak OMR baca kisah ni. OMR percaya, sebenarnya ramai lagi yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama kat luar sana. Kisah dia bukanlah kisah yang pertama dan juga bukan yang terakhir. Selagi bumi ni masih wujud & selagi ada makhluk bernama manusia, selagi tulah kisah dia akan jadi lumrah yang dinamakan 'mainan hidup'.

Pernah dengar tak pepatah orang Melayu...."Bila kentut dah tak wangi lagi?"...haishhh, apalah OMR ni, pagi2 Jumaat ni nak cakap pasal kentut pulak! Eh, bukan...bukanlah OMR nak cerita pasal kentut ni, tapi falsafah di sebalik pepatah/ peribahasa tu sendiri. (In the first place, ada ke kentut yang bau wangi pun? huhuhuhu) Maksudnya bila sesebuah hubungan tu dah tak ada lagi keserasian sebab dah hilang segala 'keharuman' dan 'kewangiannya', berakhirlah/ putuslah ia. Ada jugak yang kata "habis madu sepah dibuang". Ye....maksudnya masih berkisar pada perkara yang sama, bila dah hilang 'kemanisan' sesuatu hubungan tu, maka terputus/ berakhirlah ia. Orang Melayu kita juga sangat puitis bila membicarakan soal 'putus kasih' atau 'putus cinta' ni...contohnya -

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk/ Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berbunga lagi.

Cantik kan bahasa kita? dalam kes pantun di atas tu...maksudnya...bila dapat sesuatu yang lebih baik, atau cantik, atau menarik di mata dia...maka dilupakanlah terus yang lama. OMR difahamkan, orang dulu-dulu kaitkan pantun ni dengan situasi isteri tua dan isteri muda. Hmmm....orang kita, memang pandai berkias dan berlapik cakap ^_^

Pendapat OMR -

'Putus kasih' atau 'putus cinta' ni semuanya adalah suratan dan ketentuan Allah yang maha mengetahui apa sebenarnya yang TERBAIK untuk kita, hamba-hambanya yang lemah ni. Sejujurnya OMR sendiri pernah 'merasainya'. 

Sakit? Ye...sakit pada masa tulah. 
Menangis? Hmm...bohonglah kalau kata tak. Perempuan ni kan hatinya lembut dan halus. Sedangkan tengok cerita yang sedih2 pun boleh meleleh air mata, inikan pulak putus cinta...hahahaha, haruslah nangis! 
Rasa serik? Hmm..ye! Pada masa tu lah...dan sehingga luka tu sembuh dengan sendirinya...atau disembuhkan dengan kehadiran insan lain yang lebih memahami ^_^...

Mungkin kita akan persoalkan
Kenapa aku? 
Kenapa aku perlu melalui semua ni? 
Benci betul! Kenapalah aku kenal dia?
Aku ni tak cukup bagus ke?
Tak layak ke untuk aku disayangi & dikasihi?
Salah siapa? salah aku ke?

Dan banyak lagi persoalan yang akan bermain2 kat fikiran kita kan? Adatlah manusia, bila ditimpa 'musibah' atau sedikit kesusahan sekalipun...kita memang cepat mempersoalkannya kan? Yang penting, kita jangan 'hanyut' dengan soalan2 tu semua. cepat2lah kita sedar dan kembali semula kepada Allah, kerana hanya DIA yang tahu apa yang TERBAIK untuk kita.

Menyesal? Ish...jangan sesekali. Cubalah kita lihat sesuatu perkara tu dengan hikmah. Mungkin Allah mempertemukan kita dengan orang yang salah supaya bila kita jumpa orang yang betul, kita akan lebih menghargainya. Bila Allah beri peluang kita bercinta, mungkin DIA nak kita sedar yang kita punya hati dan perasaan, punya kasih sayang yang boleh dikongsi. Bila putus tu, mungkin Allah mahu mengingatkan kita bahawa tak ada benda yang kekal dalam dunia...semuanya 'pinjaman' semata-mata. Hanya kasih sayang Allah je kekal abadi. Sebab tu, cintailah DIA sebelum kita belajar cinta manusia. 

Tak apalah kalau putus di tengah jalan. Mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik di kemudian hari. Dalam kes OMR, Allah berikan OMR seorang suami yang lebih memahami dan lebih sesuai berbanding yang dulu. Eh, yang dulu bukan tak baik! OMR masih lagi berkawan dengan diorang. Takkan putus cinta, putus 'saudara' seIslam kan? Cuma Allah telah tentukan, En.RJ lebih sesuai untuk OMR; latar belakang keluarga yang tak jauh beza...diri masing2 yang banyak ketidaksempurnaan tetapi saling melengkapi. Orang kata, bila sendiri tu banyak kurang...bila bersama lebih sempurna (InsyaAllah). Ditambah pulak dengan kehadiran askar-askar berdua tu, syukur Alhamdulillah! 

Janganlah bersedih ye Elia! La Tahzan (Jangan bersedih). Menangislah...kalau masih terasa ingin menangis. Lepas tu, sapulah air mata tu...dan bangkit semula! InsyaAllah...janji Allah tu tak siapa yang tahu, tapi percayalah...hanya DIA yang tahu, apa yang terbaik untuk Elia! Semoga Allah pertemukan Elia dengan jodoh yang lebih sesuai dan lebih memahami. Biarlah dia tidak sempurna, (sebab kita pun bukannya sempurna sangat) asalkan bila bersama, kalian saling melengkapi dan menyempurnakan satu sama lain (Amin!)

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #2 - 'Lawa'...huhuhu

sapo punyo kojo la nih??? haishhhhhhh

A True Friend....

A true friend doesn't care when you're broke, what you weigh, if you don't see them for months, if your house is a mess, what you drive, about your past, or if your family is filled with crazy people. Your conversations pick up where they left off, even if they have been years apart. They love you ... for who you are. 

Loosely translated as / terjemahan longgar:
Seorang kawan sejati tidak kisah jika kamu 'pokai', berapa berat (badan) kamu, jika kamu tidak berjumpa dengan mereka selama berbulan-bulan,jika rumah kamu 'tunggang-langgang', apa yang kamu pandu (kenderaan kamu), tentang masa silam kamu, atau jika keluargamu dipenuhi oleh orang-orang yang 'gila'. Perbualan antara kamu akan bersambung seperti biasa, walaupun setelah lama terpisah. Mereka sayangkan kamu ... kerana diri kamu sendiri.

Shakespeare said.....

Shakespeare said..........

I ALWAYS FEEL HAPPY, you know why?
Because I DON'T EXPECT ANYTHING FROM ANYONE.
Expectations always hurt!
Life is SHORT...so LOVE your life...be HAPPY...and KEEP SMILING...
Just live for yourself and...
Before you SPEAK.......................................................LISTEN
Before you WRITE....................................................THINK
Before you SPEND...............................................EARN
Before you PRAY......................................FORGIVE
Before you HURT......................................FEEL
Before you HATE................................LOVE
Before you QUIT.............................TRY
Before you DIE.........................LIVE
That's LIFE! Feel it! Live it! and enjoy it!


OMR: Wise words from my boss...sent thru email this morning...Thanks boss! This is a good one ^_^

Entri Khas: Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum & Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Hari ni OMR nak kongsi berkenaan NUZUL AL-QURAN (info diambil daripada Education Malaysia Washington DC)

NUZUL AL-QURAN  
Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Nama-Nama Lain:

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. 


Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:


1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)


2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.


3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.


4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.

7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 22) 

8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya:

  • Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  • Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  • Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
Peringatan: 
  • Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  • Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  • Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  • Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     


Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.
Ramadan 1430 September 2009  

Friday, August 12, 2011

Geng 'Merapu' Ke-56 ^_^

Belek2 blog...skali baru perasan....
OMR dah ada Geng 'Merapu' yang Ke-56! (Yeayyyy...)
Sila 'segarkan' (refresh) ingatan anda di SINI ye....

Siapa dia yang 'bertuah' tu? huhuhuhu...ni orangnya

Mintak maap-la OMR copy header...sebab dok carik2 gambo x jumpe...
(sebenarnya malas nak selongkar carik gambar...ahaks!)

Kepada D_08...sila emel OMR segera ye...tq!

Thursday, August 11, 2011

Kari...


Miahahaha....'jahat'kan tepek gambo makanan time2 bulan pose nih?...
Jangan terliuq nooo tengok kari ayam nih ^_^....
Dan jangan tertipu jugak...bukan OMR yang masak nih...
Nih gambar 'ihsan' google...

Sebenarnya nak share pengalaman masa bersalinkan anak OMR yang ke-2...
Oleh sebab ramai geng2 blogger yang tengah pregnant skrg 
dan ramai jugak yang bakal jadi ayah macam En. Ben Ashaari tu...
OMR nak share apa yang sorang staff nurse ni bgtau OMR masa dalam labour room.

Dia kata "mesti awak ni tak suka makan kari kan?"
dalam hati OMR pelik jgk...manalah dia tahu OMR x berapa suka makan kari 
(kecuali kari yang mak OMR masak)
Dia kata kulit OMR 'peroi'...sebab tu luka byk tempat walaupun dr dah gunting...
(faham2la ye..)

Kesimpulannya...ibu2 mengandung kat luar sana...
dan jugak yang belum mengandung lagi...
banyak2kanlah makan kari 
(untung orang2 utara...huhuhuhu)
mana tau memang betul kalau banyak makan kari kulit x 'peroi' macam kulit OMR nih...
Ni staff nurse tu yang cakap, bukan OMR tau...ekekeke
(sakit woooo kalau luka banyak tempat.....uhuk!)

Entri Sengal: Kuih-Muih

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sang Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
HEHEHE...best x?



copy dari FB status my fren, syl from kuching with love ^_^


Tambahan baru (pun drpd status FB member yg sama):


Kuih susah kejar = kueh lopeh
Kuih malas. = apam lenggang
Kuih budget ciput = putri sebilik
Kuih spesis katak = cekodok



kreatip2.....

p/s: ingat nak letak gambor kuih2 ni....tp x jadi...karang ada yang terliuq plak...huhuhu


Tanya Pendapat - Korang ada nama kuih yang pelik2 or unik2 lagi x? share sini meh ^_^

Tuesday, August 9, 2011

Kanak2: Bila Anak Pandai Merajuk =(

Sebagai seorang ibu/ mak/ mama/ bonda (dan yang sewaktu dengannya), pernah tak korang rasa korang dah 'gagal' sebagai seorang ibu???2 hari lepas ada terbaca di status FB seorang kenalan "sometimes i feel like i've failed as a mother"...ya, OMR boleh faham perasaan dia! Sebab kadang2 OMR pun rasa macam tu =( =( =(


TF Sr. sekarang ni sangat suka 'merajuk'. dah jadi macam 'hobi' baru dia pulak...Masa OMR mengandungkan adiknya, memang ada nampak 'cemburu' dia tu...tapi masa tu tak lah ketara sangat (sebab adik belum 'keluar' lagi...). Apapun 'masak' jugaklah OMR 'dikerjakannya'. Sikit2 mintak dukung...pastu nak semua ibu yang buat...kat mana ibu baring, kat situlah dia nak menyelit sama...janji dapat tidur 'bawah ketiak ibu'...huhuhu...i'm not complaining...bukan...OMR seronok jadi 'ibu'...biar apapun cabarannya...sebab bukan semua orang berpeluang jadi 'ibu' kan? Lagipun perasan seronok dapat 'peluk & cium' anak tu tak boleh nak digambarkan dan tak dapat nak 'dijual beli'....priceless!!

Bila adiknya lahir...dia ok je...pun tak begitu 'terserlah' lagi ke'jeles'an dia...Cuma lasaknya tu je yang kadang2 buat ibu dia nih jadi 'tarzan' (sampai kena 'bentan urat' masa dalam pantang sebab ter'menjerit' kat dia...hmmm). Adik tak diusiknya, paling2 tak pun dia nak 'sayang' je la. Budak sorang ni memang suka sayang 'cium molot'...hahaha...

Tapi sejak dua menjak nih...sangat 'terserlah' dan 'ketara' sungguh rasa 'cemburu' dia =(....OMR kesian sebenarnya nak marah2 dia. Lagi kesian kalau ayahnya yang marah. Cuma OMR ni manusia biasa, yang banyak kelemahan. Salah satunya...tahap kesabaran tu masih kurang lagi. OMR pernah masukkan dia dalam bilik (kurung sekejap) sebab dia tamau berhenti menangis (ni menangis yang siap jerit2 teran suara) walaupun dah pujuk elok2...puncanya? OMR tak ikut kehendak dia. Serba salah jugak dibuatnya, takkan nak ikut semua kehendak dia...nanti dia 'naik lemak' pulak...lagipun, kehendak dia tu tak membawa kebaikan untuk dia...mestilah kita nak ajar dia 'apa yang betul, apa yang salah...apa yang boleh, apa yang tak'...kan? Tak kan sebab dia nangis, kita nak ikut semua kemahuan & kehendak dia. Walaupun umur dia baru 2 tahun 7 bulan, kalau dari sekarang kami tak ajar dia...bila masa pulak dia nak faham?

OMR tahu dia sebenarnya rasa cemburu bila dah ada adik ni. Bukan niat OMR nak beza2 kan layanan & kasih sayang pada anak2..cuma sebab adiknya kecik lagi, memang perhatian tu lebih sikit. Lebih macam mana? hmm...adik kan tak pandai apa2 lagi (TF Jr. dah pandai meniarap sebenarnya..), nak bagi susu pun berpangku, nak tidur pun bertepuk...kadang2 kena dodoi sambil dukung. Lepas susu kena sendawakan...bila dia tengok macam tu, agaknya dia rasa ibu dia lebihkan adik. Sebab tiap kali OMR belek2 adik dia, masa tulah dia nak buat perangai =(...dah banyak kali jgk OMR ter'tinggi'kan suara kat dia...rasa bersalah? hmm...dah tak boleh nak kira dah....Sekarang ni dah pandai pulak baling2 barang mainan dia bila marah. Allahuakbar! Memang betul2 menguji kesabaran. Bab pukul2 ibu bila marah tu, toksah la cakap, ntah dari mana dia belajar...cepat sungguh nak angkat tangan! =(

OMR cuba untuk jadi ibu yang terbaik buat anak2...cuma bila jadi keadaan macam tu...selalu jugak OMR 'khilaf'...tolong.....ada sesiapa ada tips untuk tangani 'kerenah anak' ni??? Ni pengalaman pertama OMR nak menangani cemburu anak bila dia ada adik. Mungkin orang yang lebih berpengalaman ada lebih banyak panduan untuk OMR ikut. Setakat ni, OMR cuba pastikan yang keperluan dia dah dipenuhi dulu sebelum OMR belek2 adik dia (kesian pulak kat adik...adik pun dah pandai 'jerit2' bila OMR lambat tengok dia...)...mencabar jugak nak berlaku 'adil' kat anak2 ni kan? Apapun syukur Alhamdulillah sebab OMR ada anak2 ^_^

p/s: Agaknya TF Sr. ni 'emo' sebab masa mengandungkan dia pun OMR agak 'emo'. Kesian En.RJ masa tu....so, pesan OMR untuk ibu2 mengandung kat luar sana tu...jaga emosi! Sebab OMR boleh nampak beza 'TF Sr.' dan 'TF Jr.'....adiknya lebih 'cool'...mungkin sebab masa mengandungkan adik, OMR lebih bersedia...so, emotionally stabled...ni pendapat OMR la ye ^_^


bonus saya, saya punya :: bonus awak pun saya punya ^_^

Bonus?? Betul ke?? Setengah bulan?? Wow!!!!
Hari ni yang mana 'keje gomen' mesti tersenyum lebar sebab PM dah umumkan bonus raya setengah bulan gaji kan?
Alhamdulillah...syukur...
Itu namanya 'rezeki'...gunakanlah dengan sebaik-baiknya ye...
Pagi tadi otw g keje kat radio pun sibuk 'up' topik pasal bonus...
hahaha...kelakar plak dengar komen2 pendengar tu...isteri kata: "bonus saya, saya punya...bonus suami pun saya punya"....huhuhu....

OMR? hmmm...rezeki yang lebih tu...kumpul2 la laki bini untuk keperluan 'keluarga'...selama ni gaji bulan2 pun macam tu jugaklah cara kami 'uruskan'...Isteri bekerja untuk bantu suami uruskan kehidupan keluarga kan? Kalau suami mampu...pendapatan bulan2 masyuk....x pelah...

Ni pendapat OMR la...pendapat korang??? ^_^

Thursday, August 4, 2011

Belog Nadhirah 1st Giveaway (Yippeeeeeeeeee)


Kali ni OMR nak join GA belog nadhirah yang chomellllllll nih...
Syarat-syaratnya OMR dah penuhi...

  • jadi follower belog nadhirah dan needle and thread (dah buat!)
  • like page needle and thread kat FB (dah buat!)
  • buat entri pasal GA (tengah buat..huhuhu)
  • tag 2 blogger *tak wajib (jap lagi saya tag ye...)

Manalah tau ada rezeki OMR menang hadiah kan? hehehe...
Ok...nak tag 2 blogger...



Cik Nadhirah sila pilih OMR ye....hahahaha ^_^

Tuesday, August 2, 2011

...dan pemenangnya adalah.... ^_^

Ingat lagi tak OMR punya GA Avon Baby tu? Ok, GA tu dah berakhir pada 31 Julai 2011 pukul 12.00 tengahari. OMR mintak maaf banyak2 sebab lambat umumkan siapa pemenangnya, sibuk sikit semalam. Hujung minggu memang jarang2 online =(

Lepas je tarikh tutup tu, ada 4 orang yang dah men'join'kan diri (mekasih...mekasih....^_^)
Senarai peserta seperti di bawah:


Semua komen2 yang ditinggalkan tu OMR suka ^_^. 
Jadi, untuk berlaku adil, OMR kena pakai 'juri yang berkecuali' ni

Mintak maafla...gambar blur...pakai kamera hp jek

dan pemenang yang dipilih oleh TF Sr. adalah............

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Nampak kan? huhuhu...blurrrrrrrrrrrr

Tahniah kepada mama_umar_maryam ^_^
Tolong emailkan alamat untuk OMR poskan barangan Avon Baby tu ye...tq! 

Untuk semua yang 'join' pun OMR nak ucapkan terima kasih sebab sudi join.
Lain kali (ada rezeki, InsyaAllah), OMR akan buat GA yang lain pulak.
BTW...OMR masih mencari yang ke-56 ^_^

Monday, August 1, 2011

Segmen Miss Nadya :: Saya Seorang Blogger Wanita


Salam 1Malaysia...Salam 1Blogger...

Hari ni OMR rasa nak join segmen Miss Nadya plak ^_^. Nak tau syarat2nya? sila klik SINI

Miss Nadya, OMR ni memang seorang blogger wanita ~ seorang isteri, seorang ibu kepada 2 'handsome boys', pekerja sepenuh masa + pengurus rumahtangga sepenuh masa jugak (no bibik2...semua sendiri...), multi-tasking & sentiasa berusaha untuk 'improving' ~ yang baru je menjinak2kan diri dengan dunia blogging ni. Bagus segmen Miss nadya ni...sebab lepas ni boleh kenal ramai bloggers lain kat luar sana. Oh..lagi satu, OMR dah join 3-series club...so, tak lah muda belia lagi macam adik2 yang join segmen Miss Nadya ni...hehehe ^_^

Friday, July 29, 2011

Syukur!

Gambar ihsan 'google'
Bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim (semoga mati juga sebagai seorang Muslim, InsyaAllah!)

Bersyukur atas REZEKI yang dikurniakanNYA:
Suami yang memahami dan menjadi sebaik-baik kawan
Anak-anak yang menjadi 'penyeri' dan pelengkap perkahwinan
Keluarga yang sentiasa memberi sokongan
Kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah & tugasan
Pekerjaan tetap yang menjamin kehidupan
Akal yang waras untuk membezakan (yang benar dan yang batil)
Sahabat-sahabat yang membawa kepada kebaikan
dan apabila segala urusan dipermudahkan (olehNYA)

Bersyukur juga apabila didatangkan UJIAN:
Ditimpakan sedikit kesusahan untuk menguji keimanan
Didatangkan sakit sebagai tanda peringatan
Musuh-musuh yang menjadi refleksi kepada setiap tindakan

Bersyukurlah...walau apa jua yang ALLAH kurniakan kepada kita:
Baik senang atau susah
Baik sihat atau sakit
Baik gembira atau duka
Baik ketawa atau tangis

Kerana sesungguhnya itu tanda INGATANNYA kepada kita, hambaNYA yang kerdil ini...ALHAMDULILLAH!

Mode: Hari Jumaat yang penuh Barakah...Syukur2...Lagi2 dah nak masuk Ramadhan ni (Alhamdulillah!)

"Allahumma Baariklana Fi Rajab Wa Syaaban, 
Wa Baariklana Fi Ramadhan"

Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG..CEPAT !



Huhuhu...ini kali pertama OMR nak join segmen EN.BEN ASHAARI ^_^

Dia cakap -----------> "Tulis apa saja dalam tu.. Apa yang korang tulis, insyaAllah akan dijadikan soalan oleh aku". Menarik kan? Hmm...apa OMR nak tulis eh...(pikir..pikir...)....pasal dah dekat2 Ramadhan ni...OMR dok terpikir dapat ke aku nak gi tarawikh kat surau/ masjid tahun ni? Kalau nak pergi, siapa pulak nak tolong tengokkan anak2...Yang besar tu ok lagi la...yang kecik tu? hmmm...nampak gayanya, tahun ni tarawikh kat rumah lagi la. Tak pe la kan...yang penting buat!

Tu je lah kot ^_^.... Nak tau lebih lanjut? Pergi SINI ye... 


Wednesday, July 27, 2011

Entri Khas: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ^_^

Gambar carian google: www.quranohadees.com 

Alhamdulillah....syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan (InsyaAllah!)

Seronoknya dah nak masuk Ramadhan ^_^
Seronok untuk bertemu bulan yang penuh barakah ^_^
Seronok nak bertadarrus, bertarawikh dan mengumpul sebanyak2 pahala yang boleh (InsyaAllah) ^_^
Seronok nak berpuasa jugak! ^_^
Tahun ni OMR bertadarrus kat opis baru...rindu plak rasanya dengan kawan-kawan kat opis lama...
InsyaAllah, Ramadhan tahun ni OMR nak cuba khatamkan Al-Qur'an melalui bacaan sendiri kat rumah jugak (InsyaAllah)....dan InsyaAllah nak ajak En.RJ dan TF Sr. untuk sama-sama mengaji...

Ok..ni OMR nak kongsi bersama lafaz niat puasa (harian) dan lafaz niat puasa sebulan...serta  doa berbuka puasa (terima kasih kepada zelo55.com sebab OMR ambil dari blog dia ^_^)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala


Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezekiMU aku berbuka dengan rahmatMU yang Maha Pengasih dan Penyayang


Semoga ibadah kita semua di sepanjang Ramadhan ini akan diterima olehNYA dan dirahmatiNYA selalu (Amin!)