Wednesday, November 30, 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY


Assalamualaikum 'readers',

Hari ni OMR tetiba rasa nak join GA Mak Dara yang anggun tuh ^_^
Sebabnya....OMR rasa GA dia sangatlah bestttttttttttt & hadiah2nya pun lagilah double triple best (ngeeeeeeeee...)

Ok, pada yang berminat untuk join GA nih, boleh klik SINI hokeyy?
X susah mana pun syarat2nya...senang je...Mak Dara cuma mintak:

Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY
dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut

2.Follow Blog Bicara Mak Dara
3. BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.

Syarat no 1 & 2 OMR dah buat...syarat no 3 tuh...here we go!

Tajuk FILEM yang OMR pilih adalah.....................jeng jeng jeng....(eh! bukan jeng jeng jeng ye tajuknya...)

"ISTIDRAJ"...nak tahu lebih lanjut pasal istidraj nih...boleh klik SINI...

p/s: Mak Dara, saya teringin nak tengok org buat filem berkisar kepada 'ISTIDRAJ' nih...saya rasa ramai yg boleh 'benefits' daripadanya.... =)

Monday, November 21, 2011

Hari Ni Bukan Hari Rabu!


Hahaha...hari ni memang bukan hari RABU...so, ini bukan 'wordless wednesday'...nih kira 'speechless monday' la gamaknya.

Pointnya....OMR nak sangat pergi tengok movie nih!
Sebabnya....OMR 'peminat-boleh-tahan-tegar' novel by Stephenie Meyer nih!

Haishhhh....gamaknya bila dah ada 1 + 2 heroes nih...boleh ke nak g tengok wayang eh? Bila? Hmm....

notakaki: baru perasan yg nih poster part 2....hahahah...advance sudahhhh!

Tips: Kenali Diri Dari Tarikh Lahir oleh DMFK

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Mohd Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Friday, November 11, 2011

Dialog Hari Ini: Ada baby tak? ^_^

(Sambil tengok iklan anmum materna kat tv...)

TF Sr.: Ibu, dalam perut ibu ada baby tak?
OMR: (What the....) apa bang?
TF Sr.: Dalam perut ibu...ada baby tak? Macam kat rumah mak tu. Kak Long Ila tu...dia ada baby dalam perut dia.
OMR: (Isk...) Tak ada lah abang. Baby dalam perut ibu kan dah keluar. Tu adik tu...
TF Sr.: Ow...

Hahahaha....anak2...kamu mau 'baby baru' lagikah? Aishhhh....sabar2 lah dulu ye....

Thursday, November 10, 2011

Panduan Untuk Ibu Ayah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Masa tengah 'blogwalking' tadi, OMR terjumpa artikel ni di blog NURIN KU NURIN (OMR suka baca kisah Aisyah)...artikel ni sangat bagus sebagai panduan untuk ibu&ayah (atau bakal2 ibu&ayah kat luar sana)...jadi OMR rasa x salah kalau dikongsi bersama. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

nota kaki: En.RJ, banyak lagi yang perlu kita 'improve' sama2...InsyaAllah!

Wednesday, November 2, 2011

Sebenarnya 'dia' faham....

Assalamualaikum...

Sebagai seorang ibu/ayah, pernah tak korang rasa 'kenapalah anak2 ni mcm tak faham je apa yang kita cakap?'...balik2 dia akan buat semula perkara yang akhirnya akan 'menguji' kesabaran kita yang 'senipis kulit bawang' tuh? Pernah? Pernah? Lagilah kalau anak2 tuh umur2 pra sekolah nih...budak tengah ligat & lasak...mesti ibunya (selalunya ibu-la kan) dah jadi macam adik-beradik 'tarzan'..Kan? Kan? Kan? ^_^

OMR pun x terkecuali daripada rasa macam tu. Nampak sangat banyak lagi 'kelemahan2' yang perlu OMR perbaiki sebagai seorang ibu kan? Terutama sekali bab2 bersabar nih. Semoga Allah memberikan OMR kekuatan untuk menjadi seorang ibu yang lebih penyabar, penyayang, memahami & menjadi contoh yang terbaik kepada anak2. InsyaAllah!

Sebenarnya anak2 ni FAHAM sangat apa yang kita cakap/ suruh dia buat. Walaupun umurnya tu baru 'setahun jagung' pada pendapat kita, jangan merendahkan kebolehupayaan dia untuk memahami apa yang ibu/ayah dia cakapkan. Mungkin kita nampak dia 'macam tak faham' sebab dia kerap melakukan 'kesilapan' yang sama, tapi pernah tak kita terfikir sebenarnya 'kesilapan2' tu mungkin sengaja dilakukan sebagai 'usaha untuk menarik perhatian kita'? Mungkin itu cara dia untuk memberitahu kita 'ibu/ayah, tolonglah layan saya sekejap, ibu/ayah ni asyik2 sibuk kerja...asyik2 sibuk dengan adik'?

En.RJ selalu cakap, bila OMR tak ada...TF Sr. 'dengar cakap'. Apa yang ayahnya suruh, dia akan buat. Lebih senang nak 'handle', tak banyak ragam. Tapi bila OMR ada je...dia mulalah 'tunjuk taring'. Kadang2 kalau ditegur dia marah balik, suruh buat dia tamau, MANJA LEBIH! Hmmm...sebelum ni OMR memang tak boleh nak bayangkan sangat, sebab selalunya bila OMR dengan dia, memanglah manjanya tu lebih. Kalau salah tegur karang dia mulalah nak meragam. Kadang2 dia sengaja buat apa yang dia tahu OMR akan marah.

Tapi semalam, untuk pertama kalinya, OMR boleh faham apa yang En.RJ cakap. Semalam dia tak banyak laku & ragam. Semalam dia dengar apa yang OMR suruh dia buat. Semalam dia tak adalah nak melawan balik cakap ibunya. Oh! Bahagia sungguh rasanya! Anak...anak...sebenarnya kamu faham kan selama ni apa yang ibu cakap. Sebenarnya kamu tahu kan kenapa ibu tak bagi kamu buat macam tu. Sebenarnya kamu mengerti yang ibu marah sebab ibu sangat2 sayangkan kamu. KAMU MEMANG ANAK YANG BAIK!

Sekarang OMR faham, mungkin selama ni dia 'meragam' sebab ada 'kekurangan' dari segi layanan OMR terhadapnya. Mungkin tanpa OMR sedar, dia rasa sedikit 'terancam' dengan kehadiran adik. Mungkin selama ni dia cuba beritahu 'ibu, please love me more!'. Rupanya bila ayah tak ada, dia pandai 'behave' dan pandai jaga adik.

p/s: En.RJ, Alhamdulillah, I can handle them both!

Wordless Wednesday #4: Memori