Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Masa tengah 'blogwalking' tadi, OMR terjumpa artikel ni di blog NURIN KU NURIN (OMR suka baca kisah Aisyah)...artikel ni sangat bagus sebagai panduan untuk ibu&ayah (atau bakal2 ibu&ayah kat luar sana)...jadi OMR rasa x salah kalau dikongsi bersama. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya...
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
nota kaki: En.RJ, banyak lagi yang perlu kita 'improve' sama2...InsyaAllah!
Showing posts with label Kanak2. Show all posts
Showing posts with label Kanak2. Show all posts
Thursday, November 10, 2011
Wednesday, November 2, 2011
Sebenarnya 'dia' faham....
Assalamualaikum...
Sebagai seorang ibu/ayah, pernah tak korang rasa 'kenapalah anak2 ni mcm tak faham je apa yang kita cakap?'...balik2 dia akan buat semula perkara yang akhirnya akan 'menguji' kesabaran kita yang 'senipis kulit bawang' tuh? Pernah? Pernah? Lagilah kalau anak2 tuh umur2 pra sekolah nih...budak tengah ligat & lasak...mesti ibunya (selalunya ibu-la kan) dah jadi macam adik-beradik 'tarzan'..Kan? Kan? Kan? ^_^
OMR pun x terkecuali daripada rasa macam tu. Nampak sangat banyak lagi 'kelemahan2' yang perlu OMR perbaiki sebagai seorang ibu kan? Terutama sekali bab2 bersabar nih. Semoga Allah memberikan OMR kekuatan untuk menjadi seorang ibu yang lebih penyabar, penyayang, memahami & menjadi contoh yang terbaik kepada anak2. InsyaAllah!
Sebenarnya anak2 ni FAHAM sangat apa yang kita cakap/ suruh dia buat. Walaupun umurnya tu baru 'setahun jagung' pada pendapat kita, jangan merendahkan kebolehupayaan dia untuk memahami apa yang ibu/ayah dia cakapkan. Mungkin kita nampak dia 'macam tak faham' sebab dia kerap melakukan 'kesilapan' yang sama, tapi pernah tak kita terfikir sebenarnya 'kesilapan2' tu mungkin sengaja dilakukan sebagai 'usaha untuk menarik perhatian kita'? Mungkin itu cara dia untuk memberitahu kita 'ibu/ayah, tolonglah layan saya sekejap, ibu/ayah ni asyik2 sibuk kerja...asyik2 sibuk dengan adik'?
En.RJ selalu cakap, bila OMR tak ada...TF Sr. 'dengar cakap'. Apa yang ayahnya suruh, dia akan buat. Lebih senang nak 'handle', tak banyak ragam. Tapi bila OMR ada je...dia mulalah 'tunjuk taring'. Kadang2 kalau ditegur dia marah balik, suruh buat dia tamau, MANJA LEBIH! Hmmm...sebelum ni OMR memang tak boleh nak bayangkan sangat, sebab selalunya bila OMR dengan dia, memanglah manjanya tu lebih. Kalau salah tegur karang dia mulalah nak meragam. Kadang2 dia sengaja buat apa yang dia tahu OMR akan marah.
Tapi semalam, untuk pertama kalinya, OMR boleh faham apa yang En.RJ cakap. Semalam dia tak banyak laku & ragam. Semalam dia dengar apa yang OMR suruh dia buat. Semalam dia tak adalah nak melawan balik cakap ibunya. Oh! Bahagia sungguh rasanya! Anak...anak...sebenarnya kamu faham kan selama ni apa yang ibu cakap. Sebenarnya kamu tahu kan kenapa ibu tak bagi kamu buat macam tu. Sebenarnya kamu mengerti yang ibu marah sebab ibu sangat2 sayangkan kamu. KAMU MEMANG ANAK YANG BAIK!
Sekarang OMR faham, mungkin selama ni dia 'meragam' sebab ada 'kekurangan' dari segi layanan OMR terhadapnya. Mungkin tanpa OMR sedar, dia rasa sedikit 'terancam' dengan kehadiran adik. Mungkin selama ni dia cuba beritahu 'ibu, please love me more!'. Rupanya bila ayah tak ada, dia pandai 'behave' dan pandai jaga adik.
p/s: En.RJ, Alhamdulillah, I can handle them both!

Monday, October 31, 2011
Bersabarlah....
Assalamualaikum (& Salam Sejahtera).
Lama betul x mencoret kata2 kat dinding blog nih. Rindu pulak rasanya.
Nak buat macam mana, memang x 'berkaliber' langsung nak jadi 'blogger tegar' sbb. jarang2 sangatlah dapat 'ruang & peluang' nak belek2 blog yang satu nih.
Hahaha...baru ada 1 blog je kan...dah x terjaga. Orang lain yang ada 2-3 blog pun 'steady' jek...
Mula2 nak ucapkan 'sekalung tahniah' kepada skuad bola sepak hobin jang hobin yang berjaya merampas kembali Piala Malaysia tahun ni. Caya lah! Terbaeekkkkkk!
Dalam pada orang sibuk2 bagi sokongan kepada team lawan, skuad N9 tetap beri persembahan yang terbaik & tak putus asa hingga ke saat2 terakhir. En. RJ sendiri cukup bengang dengan stesen2 radio yang nampak sangat 'berat sebelah' sebelum 'game' tuh sebab balik2 dok sokong trg...siap putar lagu negeri tuh lagi. OMR? jarang dengar radio...jadi x de lah OMR perasan yang radio dok sokong skuad trg. Apapun memang puas hati tengok 'game' malam tuh! Bola tu kan bulat, dah tertulis memang rezeki N9 untuk menang...syukur Alhamdulillah!
Hmmm...bulan Oktober nih mmg bulan yang sangat mencabar utk OMR & keluarga. TF Sr. & TF Jr. masuk wad selang seminggu =(
Yang si abang 'admit' sbb hydrocele (with hernia)...adik pulak kena acute bronchiolitis. Syukur Alhamdulillah, dua2 dah makin sembuh. Cuma telur abang tuh masih belum betul2 surut bengkaknya. Doktor kata memang ambil masa sikit nak surut, mungkin 3-4 minggu. Harap2 abang akan sembuh sepenuhnya & semoga perkara tuh x berulang lagi (InsyaAllah!).
Tak sanggup rasanya OMR nak melalui situasi yang sama tu lagi, tak sanggup nak hantar anak masuk dewan bedah, tak sanggup nak tengok dia menangis melalak-lalak masa doktor nak 'tidurkan' dia sebelum dibius & x sanggup nak tengok dia 'melepet' lepas 'operate' (walaupun cuma sehari je...masuk hari kedua dia dah berlari dalam wad...hmmm).
Masa dia tak sihat tu, sempat OMR 'muhasabah' diri. Sejak dua menjak dia makin besar nih (dah nak masuk 3 tahun dah anak bujangku itu), kadangkala OMR 'hilang sabar' jugak dalam mendidik & membesarkan dia. Budak tengah lasak, segala macam benda nak dibuat 'mainan' dia...segala macam 'laku' dia nak tunjuk....sampai kadang2 ibunya ni 'khilaf' sekejap. Tinggikan suara, marah dia, pukul dia (walaupun hanya tepuk di tangan atau kaki dia sekadar untuk ajar dia), merajuk dengan kerenah dia...nampak sangat OMR nih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki sebagai 'seorang ibu'. Mungkin ALLAH datangkan sakit pada dia supaya OMR sedar betapa anak ni adalah AMANAH & ANUGERAH yang ALLAH bagi kepada OMR. Bukan semua orang yang bertuah, bukan semua orang yang terpilih. Sepatutnya OMR lebih SABAR dalam membesarkan dia...walaupun dia banyak laku & kerenah... Walaupun kadangkala kelakuan dia menguji kesabaran...OMR mesti SENTIASA BERSABAR! Marah & pukul bukanlah cara terbaik nak membentuk dia (walaupun OMR sendiri pernah melalui pengalaman tu)...PUJUK, PELUK, BELAI & NASIHAT adalah cara yang lebih baik & jauh meninggalkan kesan yang positif kepada JIWA dia sbg seorang anak. OMR bersyukur sebab ALLAH berikan kesedaran kepada OMR, walaupun DIA datangkan dalam bentuk 'ujian' sakit kepada anak OMR. Syukur Alhamdulillah sebab DIA ingat & sayang pada OMR. DIA mahu OMR jadi ibu yang lebih baik, yang lebih penyabar, yang lebih memahami. Sekarang nih OMR rasa OMR dah boleh lebih BERSABAR layan kerenah TF Sr. Walaupun masih terlepas jugak tinggikan suara, tapi cepat2 OMR akan ingatkan balik keadaan waktu dia sakit tu sebagai 'peringatan' supaya OMR lebih hargai AMANAH ALLAH ni.
Lepas seminggu abangnya 'operate', adik pulak kena masuk wad sebab banyak kahak (sampai ada bunyi kat paru2 dia). Kena ambil gas 'regularly' (setiap 4 jam) & kena melalui 3 kali sesi 'sedut kahak'. OMR x sanggup nak tengok masa dia buat sedut kahak tu. Tunggu kat luar je. Itupun air mata rasanya nak meleleh dah dengar anak meraung2 kat dalam. En. RJ lebih berani sebab dia tengok masa sesi terakhir sedut kahak tu. Dia kata patutnya OMR masuk & tengok. Oh...minta maaflah wahai suami...tak sanggup rasanya. Nanti ibu pun sama2 menangis dengan anak. Mula2 ambil gas tu TF Jr. meraung jugak, lama2 dia macam dah 'pasrah' plak. Nangis tetap nangis, tapi dah x sekuat masa mula2 dia ambil gas tu. Tang bagi ubat, adiknya memang payah sikit berbanding abang. Puaslah kena kepit, barulah dapat suapkan ubat dia. Kalau sorang2 nak bagi dia ubat, memang mencabar sikit. Nanti yang keluarnya lagi banyak dr yang masuk. Siap sembur2 lagi...Hmm....pandai betul, umur tu belum pun setahun lagi. 5 hari 4 malam 'berkampung' kat wad memang pengalaman yang cukup berharga. Mujurlah TF Jr. jenis yang x banyak ragam. Dalam x sihat tu, dia tetap rajin lemparkan senyum kat orang sekeliling dia. Sejuk hati tgk dia macam tu. Walaupun sakit, dia x merengek. Kakak2 nurse kat situ pun suka dengan dia disebabkan dia mudah sgt tersenyum. Kalau ibunya nak mandi/ solat, x risau nak tinggalkan dia dengan kakak2 nurse sbb diorang mmg 'willing' nak jaga dia. Pandai TF Jr. ambil hati kakak2 tuh, asal keluar je dari bilik...mesti ada yang panggil nama dia. Dia apa lagi, mulalah senyum lebar. Good boy!
Sebelum terlupa, OMR nak rakamkan ucapan terima kasih kepada DR.SHARUDDIN (Pakar Bedah, KPJ Seremban Specialist Hosp.) & DR. ZAQRUL RAZMAL (Pakar Kanak2, Senawang Specialist Hosp.) atas rawatan & perhatian yang diberikan kepada anak2 OMR sepanjang diorang 'warded' dan berada di bawah pengawasan doktor-doktor sekalian. Terima kasih kerana memberikan 'yang terbaik' untuk anak2 OMR & terima kasih juga sebab bersabar dengan 'pertanyaan2' OMR. Tak lupa jugak pada 'nurses & staff' kat dua2 hospital tu, terima kasih banyak2! Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian semua. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kalian di dunia & di akhirat. Utk DR.SHAH yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga ALLAH mengurniakan haji yang mabrur kepada DR & isteri.

Tuesday, August 9, 2011
Kanak2: Bila Anak Pandai Merajuk =(
Sebagai seorang ibu/ mak/ mama/ bonda (dan yang sewaktu dengannya), pernah tak korang rasa korang dah 'gagal' sebagai seorang ibu???2 hari lepas ada terbaca di status FB seorang kenalan "sometimes i feel like i've failed as a mother"...ya, OMR boleh faham perasaan dia! Sebab kadang2 OMR pun rasa macam tu =( =( =(
TF Sr. sekarang ni sangat suka 'merajuk'. dah jadi macam 'hobi' baru dia pulak...Masa OMR mengandungkan adiknya, memang ada nampak 'cemburu' dia tu...tapi masa tu tak lah ketara sangat (sebab adik belum 'keluar' lagi...). Apapun 'masak' jugaklah OMR 'dikerjakannya'. Sikit2 mintak dukung...pastu nak semua ibu yang buat...kat mana ibu baring, kat situlah dia nak menyelit sama...janji dapat tidur 'bawah ketiak ibu'...huhuhu...i'm not complaining...bukan...OMR seronok jadi 'ibu'...biar apapun cabarannya...sebab bukan semua orang berpeluang jadi 'ibu' kan? Lagipun perasan seronok dapat 'peluk & cium' anak tu tak boleh nak digambarkan dan tak dapat nak 'dijual beli'....priceless!!
Bila adiknya lahir...dia ok je...pun tak begitu 'terserlah' lagi ke'jeles'an dia...Cuma lasaknya tu je yang kadang2 buat ibu dia nih jadi 'tarzan' (sampai kena 'bentan urat' masa dalam pantang sebab ter'menjerit' kat dia...hmmm). Adik tak diusiknya, paling2 tak pun dia nak 'sayang' je la. Budak sorang ni memang suka sayang 'cium molot'...hahaha...
Tapi sejak dua menjak nih...sangat 'terserlah' dan 'ketara' sungguh rasa 'cemburu' dia =(....OMR kesian sebenarnya nak marah2 dia. Lagi kesian kalau ayahnya yang marah. Cuma OMR ni manusia biasa, yang banyak kelemahan. Salah satunya...tahap kesabaran tu masih kurang lagi. OMR pernah masukkan dia dalam bilik (kurung sekejap) sebab dia tamau berhenti menangis (ni menangis yang siap jerit2 teran suara) walaupun dah pujuk elok2...puncanya? OMR tak ikut kehendak dia. Serba salah jugak dibuatnya, takkan nak ikut semua kehendak dia...nanti dia 'naik lemak' pulak...lagipun, kehendak dia tu tak membawa kebaikan untuk dia...mestilah kita nak ajar dia 'apa yang betul, apa yang salah...apa yang boleh, apa yang tak'...kan? Tak kan sebab dia nangis, kita nak ikut semua kemahuan & kehendak dia. Walaupun umur dia baru 2 tahun 7 bulan, kalau dari sekarang kami tak ajar dia...bila masa pulak dia nak faham?
OMR tahu dia sebenarnya rasa cemburu bila dah ada adik ni. Bukan niat OMR nak beza2 kan layanan & kasih sayang pada anak2..cuma sebab adiknya kecik lagi, memang perhatian tu lebih sikit. Lebih macam mana? hmm...adik kan tak pandai apa2 lagi (TF Jr. dah pandai meniarap sebenarnya..), nak bagi susu pun berpangku, nak tidur pun bertepuk...kadang2 kena dodoi sambil dukung. Lepas susu kena sendawakan...bila dia tengok macam tu, agaknya dia rasa ibu dia lebihkan adik. Sebab tiap kali OMR belek2 adik dia, masa tulah dia nak buat perangai =(...dah banyak kali jgk OMR ter'tinggi'kan suara kat dia...rasa bersalah? hmm...dah tak boleh nak kira dah....Sekarang ni dah pandai pulak baling2 barang mainan dia bila marah. Allahuakbar! Memang betul2 menguji kesabaran. Bab pukul2 ibu bila marah tu, toksah la cakap, ntah dari mana dia belajar...cepat sungguh nak angkat tangan! =(
OMR cuba untuk jadi ibu yang terbaik buat anak2...cuma bila jadi keadaan macam tu...selalu jugak OMR 'khilaf'...tolong.....ada sesiapa ada tips untuk tangani 'kerenah anak' ni??? Ni pengalaman pertama OMR nak menangani cemburu anak bila dia ada adik. Mungkin orang yang lebih berpengalaman ada lebih banyak panduan untuk OMR ikut. Setakat ni, OMR cuba pastikan yang keperluan dia dah dipenuhi dulu sebelum OMR belek2 adik dia (kesian pulak kat adik...adik pun dah pandai 'jerit2' bila OMR lambat tengok dia...)...mencabar jugak nak berlaku 'adil' kat anak2 ni kan? Apapun syukur Alhamdulillah sebab OMR ada anak2 ^_^
p/s: Agaknya TF Sr. ni 'emo' sebab masa mengandungkan dia pun OMR agak 'emo'. Kesian En.RJ masa tu....so, pesan OMR untuk ibu2 mengandung kat luar sana tu...jaga emosi! Sebab OMR boleh nampak beza 'TF Sr.' dan 'TF Jr.'....adiknya lebih 'cool'...mungkin sebab masa mengandungkan adik, OMR lebih bersedia...so, emotionally stabled...ni pendapat OMR la ye ^_^
Friday, July 15, 2011
Kanak2: Bila Anak Tak Sihat =(
Hari yg x berapa nak menggembirakan =(
Pagi tadi, bangun je dari tidur...TF Sr. muntah2. So, lepas punch card & mintak izin bos, bawak dia g paed. Dr kata kemungkinan dia gastric. Perut masuk angin + salah makan....dr bg ubat & advised supaya jangan bagi dia susu / makanan sampai condition dia stabil...dr bekalkan special garam utk ganti susu & makanan dia. Kesianlah anak ibu ni, sedih ibu bila anak2 ibu x sihat. Ibu pulak baru balik kursus, so ibu x boleh nak cuti...uhuk!
Semoga Allah mengurniakan kesembuhan buat TF Sr. (Amin!)
UPDATE:
Sehari lepas abangnya muntah2, TF Jr. pulak kene. Berjangkit rupanya penyakit ni =(. Pagi2 tu terpaksalah angkut kanak2 pergi klinik sekali lagi. Kesian tengok bila anak2 x sihat ni, especially si adik yang baru nak masuk 4 bulan. Hari ni (19/07) anak2 dah nampak sihat sikit. Dah hantar pun ke rumah babysitter sebab ibu & ayahnya perlu g kerja. Semalam pun En.RJ terpaksa cuti jaga anak2, sebab OMR ada urusan penting. Itupun OMR ambil halfday sebab nak bawak budak2 tu pergi klinik homeopathy pulak. Ubat klinik paed dah abes makan tapi anak2 belum fully recovered. So, OMR cuba alternative treatment untuk diorang. Semoga anak2 segera sembuh seperti sediakala (Amin!)

Monday, July 11, 2011
Kanak2: Avon Baby (I Like!)
| Gambar ni credit to www.ardinihumaira.com... tq so much! |
Salam Hari Isnin...hehehe (ada yg 'monday blues' ke?)
Hari ni OMR nak 'merapu' pasal produk penjagaan bayi yg OMR sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt! (hamek ko...punyalah panjang suka tu! Maknanya 'like' byk2 kali la ye...ekekeke)...OMR perkenalkan --->
AVON BABY (yeayyyy!!!)
Masa TF Sr. 'baby' dulu, produk ni Avon belum keluarkan lg. Kalau x memang sah2 la OMR guna =). Kebetulan pulak masa tengah 'pregnant'kan si TF Jr., Avon lancarkan produk ni kat pasaran Malaysia dgn menggunakan Linda Jasmine & anaknya, Ratu, sebagai model (comel budak tu! geram OMR nengoknya....almaklumle....'ibu' nih belum ada anak perempuan...ahaks!). Apalagi...laju2 la OMR cakap ngn En.RJ nak beli produk tu utk TF Jr.
![]() |
| Yang ni jgk...from www.ardinihumaira.com |
Walaupun produk ni baru lagi...& OMR plak baru nak test guna pada TF Jr. masa tu...sumpah I ckp yuuuu...x menyesal langsung beli! (mode: sengih lebar). Memang best! Sebab bau dia wangi sgt & tak mendatangkan kesan allergy pd baby. Alhamdulillah, anak2 mmg x de masalah kulit sensitif, tp sesetengah produk tu boleh menyebabkan kulit kanak2 jd rashes. So, untuk ibu2 kat luar sana...test-la dlu pada anak2 anda eh...mana tau x berapa nak sesuai =).
Yang paling OMR suka....yg nih------------------>
Wangi betul! Pastu melekat baunya kat kanak2. Babysitter OMR guna WASH & SHAMPOO ni kat anak2 OMR, semua org yg cium mesti cakap 'wanginyaaaaa anak orang nih' (wah! kembang semangkuk la ibunya ni...hahaha).
Best u olsssss.....memang x rugila! x percaya ke? hmmm....mcm ni la...OMR rasa macam nak bagi hadiah kat seseorang la (thinking2...kira2 bajet....Ok! Rasanya boleh kot....).
Ok, kepada ibu2 (& bapak2) di luar sana (ibu2 mengandung pun boleh jgk!)...kalau berminat nak dapatkan set Avon Baby ni....sila ikut langkah2 berikut ye :
- Jadi follower blog OMR ni (hehehe...mestilah kan?)
- Sila tinggalkan komen kat entri ni...bagitau OMR kenapa korang layak mendapatkan set Avon Baby ni...
- Tunggu OMR maklumkan sapa penerima bertuahnya (OMR akan pilih secara random berdasarkan komen yg palinggggggg OMR suka...ok?)
OMR bukak penyertaan ni sampai hujung bulan ni...31 JULAI 2011...jam 12 tengahari...ok, jemputlah menjoinkan diri ye...kalau sorang je yg join...memang sah2la dia yang dapat...hehehe...
Take care y'olsss...mmuuaahhss
Thursday, June 30, 2011
Kanak2: Cuak! =(
28hb. aritu bawak TF Jr. pergi monthly check-up dia kat KD Sikamat. Dah 3 bulan rupanya budak kecik tu...(Alhamdulillah). Kalau pergi check-up 3 bulan ni biasalah...mesti kena cucuk. Yang bagusnya, budak kecik tu langsung x nangis masa kena cucuk =). Kalau abgnya dulu, satu klinik leh dengar suara dia...hahaha (tp nangisnya pun kejap aje la).
Berat adik dah naik kpd 6kg (syukur!)...panjangnya dah 63cm (exactly sama panjang dgn abg masa umur abg 3 bulan)..ukur lilit kepala 41cm. Adik sihat je masa check-up tu..cuma lepas cucuk tu badannya 'dedar' (suam2 sket)...org nogori kato 'angkar' sket badan eh! =).
Pastu kena jumpa dokter sbb. masa check-up bulan pertama & kedua dlu blum jumpa dokter lg. Masa jumpa dokter ni la yg OMR jd CUAK! Huhuhu....mula2 dokter check perkembangan adik...(nak tengokla kan umur 3 bulan ni dia dh pandai apa...). Pastu dokter soh bukak pampers sbb nk cek 'telur' dia. Dia pun belek2 la...skali dia ckp..."Telur dia ni belum turun lg"...hah? apakah? OMR pun tanya..."normal ke dokter?"...dia cakap "sepatutnya dah turun time ni"...walahhhhh! makin bertambah cuaklah OMR =(...pastu dokter tu pun tulis la report....tp dlm buku tu dia x tulis la plak baby ada problem apa2.
Yang pastinya kata2 dia tu telah membuatkan seorang ibu ni sgt-lah cuak & x lena tdo malam! (takut hengko....manala tau masalah telur belum turun tu leh sbb.kan masalah lain plak...mcm angin pasang ke...haisshhhhhh...naudzubillah!)...seb baik semalam cuti umum kat N9 (cuti sempena Isra' Mikraj) & nasib baik jgk klinik pakar kanak2 tmpt OMR slalu bawak TF Sr. dlu bukak sampai tghari, apalagi...laju2 la OMR ajak En.RJ bawak budak kecik tu jumpa dokter pakar tu...I want 2nd opinion! & I want to make sure that he's fine!....Alhamdulillah! Dokter kata normal je telur adik tu...saiz & kedudukan normal...(lega mak yuuuuu....kalau x, senak perut iii).....Misi kat klinik tu mmg dah kenal OMR...dia pun ckp "mesti x boleh tdo smlm kan mak thaqif"...(hahahhaa...pandai pun kamu cik misi...mmg x lena tdo dibuatnya...cuak....cuak....)
Itulah dia seorang ibu...bila orang kata ada yg x kena sket je ngn anak dia, mulalah gelabah...mulalah cuak...But i guess the feeling is normal...& it's good! Sebabnya kita akan cuba buat yg terbaik untuk anak2 kita! (ya..ya...saya seorang ibu yg cepat risau...huhuhuhu)
OMR: Semalam peristiwa bersejarah bagi umat Islam...kalau nak baca pasal Isra' Mikraj, jenguk2lah entri ni kat blog mama cyda =)
Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)
Tuesday, June 28, 2011
Kanak2: Rasa Bersalah =(
Dilema seorang ibu yg bekerja...
1) Bila kena keluar bekerja, anak2 nak tinggalkan dengan siapa? Hantar taska, nursery,daycare etc? Hantar pengasuh/babysitter? Ambil 'bibik'?
- Kalau hantar taska, berapa ramai plak yg dia jaga? berdaftar ke x? (sila klik SINI untuk tahu senarai taska berdaftar ye...)
- Kalau hantar babysitter pun nak tau jgk berapa ramai yg dia jaga? ok ke x dia layan anak2 kita? jaga semata2 nak duit ke atau mmg dia suka jaga budak? dll....
- Kalau ambil bibik pulak mesti kita terfikir...ok ke bibik jaga anak2 kita? pandai ke dia buat kerja? selamat ke anak aku? (ntah2 kene dera...haiyoooo...minta dijauhkan!).....hai...poning2...
2) Kalau kena kerja lebih masa, mcm mana dgn anak2? Boleh ke en.suami handle sorang2 (kalau x ada 'bibik' atau ahli keluarga lain yg boleh tolong tgk)? Kalau ambil lambat, babysitter x marah ke? Taska x charge lebey ke?
3) Kalau kena 'outstation', x apa ke nak tinggalkan anak2 lama2 (padahal sehari dua je pun...hehehe). Mcm mana kalau diorang sakit? Mcm mana kalau diorang cari ibunya? Mcm mana kalau diorang melalak2 sampai x leh tdo sbb x der ibunya? (hahaha..over-imaginative sungguh!) Nak tumpangkan kat rumah babysitter, boleh ke? Kalau bermalam kat taska plak, berapa ratus-la extra charges bulan ni? haishhhh.....
*
*
*
*
*
*
Ya! OMR seorang 'working mother'
*
Ya! OMR hantar anak2 kat babysitter (syukur sgt2 dpt babysitter yg dh mcm keluarga sendiri)
*
Ya! OMR slalu jgk amek anak lewat...esp. masa berulang Sbn~KL dlu...
*
Ya! Kadang2 En.RJ terpaksa handle anak2 sorang2 sbb OMR kena kerja lebih masa/ ada event
*
Ya! Kalau OMR terpaksa-rela pergi outstation, anak kdg2 tumpangkan kat rumah pengasuh (esp. masa baby la...bukan x percaya En.RJ, tp kesiankan dia nk handle baby sorang2)
*
*
*
*
*
*
*
Kesimpulannya: Rasa bersalah sbb. terpaksa-rela tinggalkan anak2 tu mmg x dpt nak dielakkan, tp demi mencari 'rezeki' utk keluarga...kugagahkan jualah adanya...Sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan 'org2 yg baik', dipermudahkan segala urusan & diredhai segala usaha.
*
*
*
*
------> Ibu2 bekerja yg lain, apa pendapat korang??? (Silalah share...)
Monday, June 27, 2011
Kanak2: 'Ngences'
Korang tau apa tu 'ngences'? Pernah dengar? Atau ni 1st time dengar? OMR pun x pasti la asal usul perkataan ngences ni...sbb dari kecik OMR dah biasa dgr. OMR ni plak separuh minang, separuh jawa...Kadang2 perkataan tu perkataan jawa tp OMR igt perkataan minang...hahaha..suka2 je kn? =) Yang pastinya OMR ni org Johor...rasa2nya org Johor tau la kot apa makna perkataan ngences ni.
Untuk yang x tau (atau x pasti)...mehla OMR explain sket ye...Ngences ni maksudnya 'air liur meleleh'...omputih kata 'drooling' (chewah!)...Macam dalam lagu tu -----> Air liur meleleh, Pak Itam ketagih, Pak Itam kaki melaram... <----- hehehe...iklan sekejap tu =)
Nape tetibe plak OMR dok cakap pasal ngences nih? Haishhh..gini citernye...(ce citer...ce citer...)...Anak bujang kecik OMR, Si TF Jr. ni kuat ngences! Excessive drooling y'olsss! Baju tu kalau pakai kejap jelah 'belenjap' (basah...). Pastu ditambah plak dengan hobi baru dia 'hisap jari' (termasuk tangan2 skali), lagilah cepat basah baju dia. Itu yg OMR malas nak pakaikan dia sarung tangan dah. Kang kalau pakaikan...basah kuyup le jawabnya...x elok plak kan? Tapi 2 hari sekali nk kena cek-la kuku dia dh panjang ke blum. Karang calar-balar plak muka hensem dia tu...huhuhu....
Bila anak ngences ni, mula la terpikir 'dulu aku mengidam apa yg aku x dapat makan?'...hahaha...'klasik' melayu, kan? Orang tua2 melayu slalu cakap, kalau anak tu air liur dia meleleh je, maknanya mak dia masa mengandung dulu ada la benda yg dia x dpt makan...Erk! ada ke? Rasanya macam x de...Sbb OMR mengandung x de mengidam apa2 pun. Pastu kalau terasa nak makan pape tu, selagi halal, OMR makan je la =). Walaupun masa mengandung TF Jr. ni OMR kena control diet sbb ada GDM, OMR makan jgk kalau dah teringin tu...contohnya mcm cheese cake-la...kutelan jgk! Tp agak2 la kn...jgn terlebey makan sudaaa....
Ni la dia budak kuat ngences tu!
Pelik betul, abangnya dulu x plak ngences...
(ntah apala yg ibu x dpt makan dlu eh dik...sian...kamu plak yg ngences)
Pesanan khas penaja utk ibu2 mengandung kat luar sana:
'Kalau teringin nak makan apa2 tu (janji halal ye..), makan je-lah dengan kuantiti yg munasabah ye...Takut nanti anak kamu kuat ngences plak'....kekeke
Friday, June 24, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Kanak2: Bila anak dah pandai bercakap... =)
Bila anak2 dah pandai bercakap ni...
silalah berhati2 dgn apa yg kte cakapkan ye...
silalah berhati2 dgn apa yg kte cakapkan ye...
Sbb budak2 mmg mudah sgt nk ulang balik apa yg dia dengar (lg2 yg baru2 pandai ckp ni)
Dh jd mcm 'burung kakak tua', kerjanya dok mengulang apa yg kte ckp =)
Irritating? (yes!)...Kelakar pun ada...
Tp pengajarannya di sini...jgnlah sebut yg bukan2 depan dia!
Nanti x pasal2 kte sendiri yg sakit hati ble dia ulang balik apa yg dia dgr =(
| Pose 'stendet' TF Sr. ~ Muka 'innocent' yg slamber..huhuhu |
'Budak kecik' ni mmg dh makin 'petah' bercakap!
Cakapnya pun makin hari makin jelas...pelat tu adalah sikit2...
tp byk perkataan yg dh makin 'terang' sebutannya...
Kalau pasal menyanyi no.1! Sampai ayahnya marah-la kekadang...
Asyik menyanyi je....kawal sket dia...
(Kte kawal bersama-sama ye En.RJ...huhuhu)
Pastu skrg ni 'hobi baru' dia adalah repeat balik apa je yg kte ckp...
OMR: Aqif....kenapa buat mcm tu?
TF Sr.: Aqif...nape wat camtu?
OMR: Ishh...kan ibu dh ckp td...jgn sepahkan...
TF Sr.: Kan dh ckp td..jgn sepah2....
OMR: (dlm hati...grrrrrrrrrrrrr....)
Dah jadi 'ibu' ni...kenalah byk2 bersabar ye puan2....(pesanan penaja utk diri sendiri)
Nak ajar budak2...mmg kte kena ckp berulang kali kn?
sbb mgkn sekali ckp x masuk dlm kepala dia =)
Namanya pun budak2...kalau skali ckp dh faham, hebat tu! hehehe
Tp TF Sr. ni otak dia boleh tahan jgk...cepat ingat & cepat faham..(Alhamdulillah!)
Kenapa OMR ckp mcm tu? Sbb kdg2 tu sekali je OMR atau En.RJ bgtau dia,
lepas tu dia boleh 'relate' balik ble jd situasi yg sama / seangkatan dgnnya...
mcm pg td...
En.RJ: Aqif, meh ayah pakaikan tali pinggang tu
TF Sr.: Nape ayah? Nnt polis marah ye?
OMR: Haaa...pandai pun! Kalau x pakai nnt polis marah
TF Sr.: Ibu pakai jgkla...
OMR: (dlm hati...padan muka aku! pandai nasihatkan anak..sendiri kena...huhuhu)
Masa OMR dlm pantang haritu, TF Sr. pandai plak sebut 'aku'...
Mmglah 'aku' tu x la bermaksud yg teruk2,
cuma OMR rasa x sedap didengar plak budak2 umur dia dh pandai bahasakan diri 'aku'.
Rasa kasar sangat bunyinya =(
Puaslah OMR nk betulkan dia balik supaya bahasakan diri dia 'aqif'...bukan aku...
Tp kdg2 tu dia sebut jgk! (gerammm ibunya ni...)
Saja OMR ckp kat dia...'kalau ibu dgr lg...ibu jentik mulut aqif'...
cepat2 dia betulkan =)
Walau apapun...OMR sgt2 bersyukur sbb TF Sr. membesar dgn sihat & makin hari makin bijak!
Semoga adiknya nnt pun bijak bercakap mcm abangnya...(Amin!)
Yg paling OMR suka, TF Sr. 'kenal' asal usul dia...hehehe
Mula2 pandai mengira je...dia sebut 'tu...wo..tigo..ompek!' =)
sampai skrg pun 'ompek' lg...bagus2...OMR mmg suka!
kalau ubat pun dia sebut 'ubek'...tikus plak 'tikuih'...cayalah TF Sr.!
Mmg sah2 anak nogori =) (Ibu bangga sama kamu!)
Wah! dah panjang plak OMR membebel...cukup sampai sini dlu...
Take care y'olsss...mmuuaahhss
Monday, June 13, 2011
Kanak2: Bedung
Biasa x dgr statement 'tangan x bedung'? =)
(Mestilah dh selalu dgr kn? Ye x?)
Selalunya org akan ckp mcm tu kalau nk merujuk
kepada seseorang yg x cekap buat sesuatu benda...
contohnya...kalau memanah, x tepat...
kalau baling sesuatu benda plak jauh tersasar drpd sasaran...
ataupun ada jgk org gelar 'tangan pengkor'
(kalau org johor biasala kot dgr perkataan 'pengkor' nih...huhuhu)....
Hahaha...mesti ada yg pelik, apesal-la OMR dok ckp pasal tgn x bedung plak pg2 isnin ni kan?
Saje je nk share pengalaman dgn kawan2...
Nak kata tips parenting pun boleh jgkla =)
Tips drpd ibu yg baru ada 2 anak nih...
OMR bukanlah pakar,
tp mana yg baik tu (dtgnya drpd Allah) boleh-la diambil jd pengajaran...
Kalau rasa nk ikut, silakan...
Kalau x nk pun...sekadar bahan bacaan je la ye =)
| Apolah kojo ibu ni agak eh.. asyik2 nak bungkus den yo...uhuk! |
Ni muka kanak2 yg 'pasrah' kena bedung....hahaha
Anak2 OMR mmg biasa kena bedung ble nk tdo (esp. kalau nk masuk buai)
TF Jr. ni masa 'dlm hari' x la suka kena bedung pun...
Mungkin sbb cuaca pun panas, dia mmg pantang kalau kena bedung
Menggeliat sakan la dia nk bukak kain bedung dia...
Slalunya dia la yg 'menang' =)
Baru je bedung, x sampai 5 minit tgn dh terkeluar!
Tp sejak balik rumah sendiri ni (OMR pantang kat kg..rumah mak)
Mmg dh train dia berbedung ble nk tdo.
Biar senang sikit mak (babysitter) dia nk jaga nnt,
sbb mak dia mmg suka bedungkan anak2 ble nk tdokan diorang.
Sbnrnya OMR pun byk belajar drpd mak...
Masa TF Sr. kecik dlu, mak-lah yg ajar dia tdo berbedung.
TF Sr. tdo berbedung sampai umur dia 1 tahun hokey! =)
Mak OMR sendiri pun terkejut tgk TF Sr. relax je kena bedung ble nk masukkan dlm buai.
Padahal masa tuh dia dh dkt setahun...hehehe
Yg kelakarnya, ble nk tdo tu...dia 'serah diri' utk kena bedung! =)
Sikit pun dia x kesah (thanks to mak!)
Kebaikannya budak2 yg tdo berbedung ni...
tdo yg lebih lena, x mudah terkejut
& jarangla menangis x tentu pasal ble bgn tdo tu =)
Mungkin ble berbedung dia rasa mcm kena peluk! (Syiokkk maa...)
OMR akan pastikan TF Jr. jgk x kesah kena bedung mcm abg dia...
Kalau nk tdo berbedung sampai umur setahun pun x pe (OMR lg suka!)
Tp ble tdo malam atas tilam tu, OMR mmg x bedungla anak2...
Yg penting pastikan dia pakai stokin & berselimut...
Lgpun mlm2 selalunya diorang tdo lena...
esp. si adik ni yg bangun sekali je utk menyusu (abgnya pun bangun sampai 2x..ngeee)
'Buah hati pengarang jantung' OMR =)
TF Sr. & TF Jr....(sama x muka kami? huhuhuhu....)
Adik yg masih boleh tersenyum walaupun kena bedung
& abg yg konon2 nk join adik tdo skali...(x tdo pun sudahnya...leka nk main jek!)
So, utk kawan2 yg ada anak kecik,
atau bakal menimang cahayamata mcm x-housemate OMR ladysyaq...(tahniah bebeh!)
Kalau rasa tips OMR arini 'boleh pakai'...bolehla cuba ye =)
Friday, June 10, 2011
Kanak2: Kisah Kelahiran Anak2...
Hahaha...ni baru betul namanya gila 'berblogging'..3 entri dlm 1 hari...hamek ko! =)
Setiap ibu yg pernah melahirkan anak, mesti terakam kuat dlm memori tu peristiwa kelahiran diorang kan? Setiap anak pulak x kan sama 'experience'nya...same here...same here...
Masa mengandung pun lain2 'ragamnya'...
Tp OMR beruntung sgt2...2-2 anak pun x der mabuk...x der mengidam2 yg pelik2...
Beza tu tetaplah ada beza...
Masa mengandungkan TF Sr., OMR langsung x leh makan udang ngn sotong...
Langsung x boleh hokey!
Asal terasa je kat tekak...konfem2 la berenti makan...
tgh syok2 makan tergigit udang atau sotong...there goes the meal...mmg x sambung la makan jawabnya...
Masa mengandungkan TF Jr. plak....OMR boleh makan udang ngn sotong...
Tp kene jaga makan la plak...kene 'diet control' sbb ada GDM (Gestational Diabetes Melitus) atau penyakit kencing manis masa mengandung...
Alhamdulillah mmg bole control...sbb x de ngidam pape kn...
tp dh hujung2 pregnancy tu pernahla kena admit ward sbb bacaan gula tinggi =(
Merasala check-in kat hosp semalam..hadoii...
Seb baik masa buat BSP dlm wad tu bacaan ok...kalau x kene cucuk insulin...
x relaaaa...huhuhuhu....
So, lepas bersalin TF Jr. aritu...dr pesan kat OMR...dia bagi 3 misi:
1) Kuruskan badan (ye dr...sy tau sy dh overweight..huhuhu)
2) buat papsmear (baik!)
3) pilih contraception method yg seswai (baik!)
Lepas ni mungkin tunggu TF Jr. 3 tahun baru leh pikir nk bg adik...
at least sampai OMR dh achieve misi pertama yg dr bg tu...
OMR dah rasa bersalin thru c-sect & bersalin normal...
Masa bersalinkan TF Sr. dlu, OMR kene emergency c-sect lepas 11 jam dlm labour!
Lama kan? huhuhu...tp ble dh sakit2 tu, langsung x perasan masa berlalu...
tau2 dr kata terpaksa c-sect sbb x de progress (drpd 3 bukak jd 4 jek...)
Masa nk bersalinkan TF Jr. pun nyaris2 nk c-sect jgk...
Masuk labour room 8.45pg...bukak 4...
Kul 5 ptg...baru bukak 5!
Masa tu dr tanya, nk tunggu lg atau nk c-sect...
OMR pikir ni dh sama kes mcm abgnya je..so OMR sign la kebenaran c-sect...
tp dh ditentukan Allah, ada seorang lg yg dh sign dlu utk c-sect...so turn dia kul 6ptg...OMR nye scheduled pukul 7mlm...
pas sign dr bukak ubat kuatkan gesa, tp OMR pelik sbb rasa sakit makin kuat...
tahan je la kan...x de la OMR nk terjerit2...
kul 7mlm sblm tolak OT staff nurse buat VE...
tbe2 dia jerit 'dr! OS dh bukak full, cuba dr cek...boleh normal ni!'
dlm hati OMR..'Ya Allah! Syukur....Kau bg aku peluang nk bersalin normal'...
Pasal x pandai meneran, stgh jam jgkla TF Jr. nk keluar...
itupun jd lebih bersemangat lps En. RJ masuk...(tq dearest!)...
tepat jam 7.39pm, TF Jr. keluar =)
OMR kena episiotomi sbb dh mcm kelahiran sulung gak gamaknya...
Apapun syukur sgt2....berpeluang rasa bersalin normal!
bolehlah kutambah anak byk2 lepas ni...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)