Monday, October 31, 2011

Bersabarlah....

Assalamualaikum (& Salam Sejahtera).

Lama betul x mencoret kata2 kat dinding blog nih. Rindu pulak rasanya.
Nak buat macam mana, memang x 'berkaliber' langsung nak jadi 'blogger tegar' sbb. jarang2 sangatlah dapat 'ruang & peluang' nak belek2 blog yang satu nih.
Hahaha...baru ada 1 blog je kan...dah x terjaga. Orang lain yang ada 2-3 blog pun 'steady' jek...

Mula2 nak ucapkan 'sekalung tahniah' kepada skuad bola sepak hobin jang hobin yang berjaya merampas kembali Piala Malaysia tahun ni. Caya lah! Terbaeekkkkkk!
Dalam pada orang sibuk2 bagi sokongan kepada team lawan, skuad N9 tetap beri persembahan yang terbaik & tak putus asa hingga ke saat2 terakhir. En. RJ sendiri cukup bengang dengan stesen2 radio yang nampak sangat 'berat sebelah' sebelum 'game' tuh sebab balik2 dok sokong trg...siap putar lagu negeri tuh lagi. OMR? jarang dengar radio...jadi x de lah OMR perasan yang radio dok sokong skuad trg. Apapun memang puas hati tengok 'game' malam tuh! Bola tu kan bulat, dah tertulis memang rezeki N9 untuk menang...syukur Alhamdulillah!

Hmmm...bulan Oktober nih mmg bulan yang sangat mencabar utk OMR & keluarga. TF Sr. & TF Jr. masuk wad selang seminggu =(

Yang si abang 'admit' sbb hydrocele (with hernia)...adik pulak kena acute bronchiolitis. Syukur Alhamdulillah, dua2 dah makin sembuh. Cuma telur abang tuh masih belum betul2 surut bengkaknya. Doktor kata memang ambil masa sikit nak surut, mungkin 3-4 minggu. Harap2 abang akan sembuh sepenuhnya & semoga perkara tuh x berulang lagi (InsyaAllah!).

Tak sanggup rasanya OMR nak melalui situasi yang sama tu lagi, tak sanggup nak hantar anak masuk dewan bedah, tak sanggup nak tengok dia menangis melalak-lalak masa doktor nak 'tidurkan' dia sebelum dibius & x sanggup nak tengok dia 'melepet' lepas 'operate' (walaupun cuma sehari je...masuk hari kedua dia dah berlari dalam wad...hmmm).

Masa dia tak sihat tu, sempat OMR 'muhasabah' diri. Sejak dua menjak dia makin besar nih (dah nak masuk 3 tahun dah anak bujangku itu), kadangkala OMR 'hilang sabar' jugak dalam mendidik & membesarkan dia. Budak tengah lasak, segala macam benda nak dibuat 'mainan' dia...segala macam 'laku' dia nak tunjuk....sampai kadang2 ibunya ni 'khilaf' sekejap. Tinggikan suara, marah dia, pukul dia (walaupun hanya tepuk di tangan atau kaki dia sekadar untuk ajar dia), merajuk dengan kerenah dia...nampak sangat OMR nih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki sebagai 'seorang ibu'. Mungkin ALLAH datangkan sakit pada dia supaya OMR sedar betapa anak ni adalah AMANAH & ANUGERAH yang ALLAH bagi kepada OMR. Bukan semua orang yang bertuah, bukan semua orang yang terpilih. Sepatutnya OMR lebih SABAR dalam membesarkan dia...walaupun dia banyak laku & kerenah... Walaupun kadangkala kelakuan dia menguji kesabaran...OMR mesti SENTIASA BERSABAR! Marah & pukul bukanlah cara terbaik nak membentuk dia (walaupun OMR sendiri pernah melalui pengalaman tu)...PUJUK, PELUK, BELAI & NASIHAT adalah cara yang lebih baik & jauh meninggalkan kesan yang positif kepada JIWA dia sbg seorang anak. OMR bersyukur sebab ALLAH berikan kesedaran kepada OMR, walaupun DIA datangkan dalam bentuk 'ujian' sakit kepada anak OMR. Syukur Alhamdulillah sebab DIA ingat & sayang pada OMR. DIA mahu OMR jadi ibu yang lebih baik, yang lebih penyabar, yang lebih memahami. Sekarang nih OMR rasa OMR dah boleh lebih BERSABAR layan kerenah TF Sr. Walaupun masih terlepas jugak tinggikan suara, tapi cepat2 OMR akan ingatkan balik keadaan waktu dia sakit tu sebagai 'peringatan' supaya OMR lebih hargai AMANAH ALLAH ni.

Lepas seminggu abangnya 'operate', adik pulak kena masuk wad sebab banyak kahak (sampai ada bunyi kat paru2 dia). Kena ambil gas 'regularly' (setiap 4 jam) & kena melalui 3 kali sesi 'sedut kahak'. OMR x sanggup nak tengok masa dia buat sedut kahak tu. Tunggu kat luar je. Itupun air mata rasanya nak meleleh dah dengar anak meraung2 kat dalam. En. RJ lebih berani sebab dia tengok masa sesi terakhir sedut kahak tu. Dia kata patutnya OMR masuk & tengok. Oh...minta maaflah wahai suami...tak sanggup rasanya. Nanti ibu pun sama2 menangis dengan anak. Mula2 ambil gas tu TF Jr. meraung jugak, lama2 dia macam dah 'pasrah' plak. Nangis tetap nangis, tapi dah x sekuat masa mula2 dia ambil gas tu. Tang bagi ubat, adiknya memang payah sikit berbanding abang. Puaslah kena kepit, barulah dapat suapkan ubat dia. Kalau sorang2 nak bagi dia ubat, memang mencabar sikit. Nanti yang keluarnya lagi banyak dr yang masuk. Siap sembur2 lagi...Hmm....pandai betul, umur tu belum pun setahun lagi. 5 hari 4 malam 'berkampung' kat wad memang pengalaman yang cukup berharga. Mujurlah TF Jr. jenis yang x banyak ragam. Dalam x sihat tu, dia tetap rajin lemparkan senyum kat orang sekeliling dia. Sejuk hati tgk dia macam tu. Walaupun sakit, dia x merengek. Kakak2 nurse kat situ pun suka dengan dia disebabkan dia mudah sgt tersenyum. Kalau ibunya nak mandi/ solat, x risau nak tinggalkan dia dengan kakak2 nurse sbb diorang mmg 'willing' nak jaga dia. Pandai TF Jr. ambil hati kakak2 tuh, asal keluar je dari bilik...mesti ada yang panggil nama dia. Dia apa lagi, mulalah senyum lebar. Good boy!

Sebelum terlupa, OMR nak rakamkan ucapan terima kasih kepada DR.SHARUDDIN (Pakar Bedah, KPJ Seremban Specialist Hosp.) & DR. ZAQRUL RAZMAL (Pakar Kanak2, Senawang Specialist Hosp.) atas rawatan & perhatian yang diberikan kepada anak2 OMR sepanjang diorang 'warded' dan berada di bawah pengawasan doktor-doktor sekalian. Terima kasih kerana memberikan 'yang terbaik' untuk anak2 OMR & terima kasih juga sebab bersabar dengan 'pertanyaan2' OMR. Tak lupa jugak pada 'nurses & staff' kat dua2 hospital tu, terima kasih banyak2! Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian semua. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kalian di dunia & di akhirat. Utk DR.SHAH yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga ALLAH mengurniakan haji yang mabrur kepada DR & isteri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!