Friday, July 29, 2011

Syukur!

Gambar ihsan 'google'
Bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim (semoga mati juga sebagai seorang Muslim, InsyaAllah!)

Bersyukur atas REZEKI yang dikurniakanNYA:
Suami yang memahami dan menjadi sebaik-baik kawan
Anak-anak yang menjadi 'penyeri' dan pelengkap perkahwinan
Keluarga yang sentiasa memberi sokongan
Kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah & tugasan
Pekerjaan tetap yang menjamin kehidupan
Akal yang waras untuk membezakan (yang benar dan yang batil)
Sahabat-sahabat yang membawa kepada kebaikan
dan apabila segala urusan dipermudahkan (olehNYA)

Bersyukur juga apabila didatangkan UJIAN:
Ditimpakan sedikit kesusahan untuk menguji keimanan
Didatangkan sakit sebagai tanda peringatan
Musuh-musuh yang menjadi refleksi kepada setiap tindakan

Bersyukurlah...walau apa jua yang ALLAH kurniakan kepada kita:
Baik senang atau susah
Baik sihat atau sakit
Baik gembira atau duka
Baik ketawa atau tangis

Kerana sesungguhnya itu tanda INGATANNYA kepada kita, hambaNYA yang kerdil ini...ALHAMDULILLAH!

Mode: Hari Jumaat yang penuh Barakah...Syukur2...Lagi2 dah nak masuk Ramadhan ni (Alhamdulillah!)

"Allahumma Baariklana Fi Rajab Wa Syaaban, 
Wa Baariklana Fi Ramadhan"

Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG..CEPAT !



Huhuhu...ini kali pertama OMR nak join segmen EN.BEN ASHAARI ^_^

Dia cakap -----------> "Tulis apa saja dalam tu.. Apa yang korang tulis, insyaAllah akan dijadikan soalan oleh aku". Menarik kan? Hmm...apa OMR nak tulis eh...(pikir..pikir...)....pasal dah dekat2 Ramadhan ni...OMR dok terpikir dapat ke aku nak gi tarawikh kat surau/ masjid tahun ni? Kalau nak pergi, siapa pulak nak tolong tengokkan anak2...Yang besar tu ok lagi la...yang kecik tu? hmmm...nampak gayanya, tahun ni tarawikh kat rumah lagi la. Tak pe la kan...yang penting buat!

Tu je lah kot ^_^.... Nak tau lebih lanjut? Pergi SINI ye... 


Wednesday, July 27, 2011

Entri Khas: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ^_^

Gambar carian google: www.quranohadees.com 

Alhamdulillah....syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan (InsyaAllah!)

Seronoknya dah nak masuk Ramadhan ^_^
Seronok untuk bertemu bulan yang penuh barakah ^_^
Seronok nak bertadarrus, bertarawikh dan mengumpul sebanyak2 pahala yang boleh (InsyaAllah) ^_^
Seronok nak berpuasa jugak! ^_^
Tahun ni OMR bertadarrus kat opis baru...rindu plak rasanya dengan kawan-kawan kat opis lama...
InsyaAllah, Ramadhan tahun ni OMR nak cuba khatamkan Al-Qur'an melalui bacaan sendiri kat rumah jugak (InsyaAllah)....dan InsyaAllah nak ajak En.RJ dan TF Sr. untuk sama-sama mengaji...

Ok..ni OMR nak kongsi bersama lafaz niat puasa (harian) dan lafaz niat puasa sebulan...serta  doa berbuka puasa (terima kasih kepada zelo55.com sebab OMR ambil dari blog dia ^_^)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala


Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezekiMU aku berbuka dengan rahmatMU yang Maha Pengasih dan Penyayang


Semoga ibadah kita semua di sepanjang Ramadhan ini akan diterima olehNYA dan dirahmatiNYA selalu (Amin!)

Tuesday, July 26, 2011

Dialog Hari Ini: 'Kereta Baru'

Dialog Hari Ini (DHI) untuk hari ni ada sedikit kelainan... Sebab OMR perlu beri penerangan sikit pasal DHI pendek yang TF Sr. buat pagi ni masa kami dalam perjalanan nak ke rumah 'mak' (pengasuh) dia..hokey? ^_^

Situasi: Lebih kurang pukul 7.40 pagi, Selasa, 26 Julai 2011. Jalan agak sesak sebab semua orang pakat bawak kereta ramai-ramai pagi ni (almaklum le....semalam kan hari gaji penjawat awam...huhuhu). Dari rumah kami nak ke rumah pengasuh, kami perlu lalu Lingkaran Luar Seremban (masuk selepas Seremban Centre Point) pastu keluar kat Jalan Rahang (lalu depan Carrefour Rahang). Masa nak keluar daripada simpang ke Jalan Rahang tu, ada satu Alza ni teragak-agak nak keluar simpang...tiba-tiba je anak bujangku bersuara:

TF Sr. : Tulah dia kereta baru!*

Oppsss....hahaha...kesian Alza tu tak pasal-pasal pagi ni kena kutuk dengan budak kecik yang baru berumur 2 tahun setengah ^_^... Yang OMR tak tahan tu, dia cakap sebijik macam ayahnya! Kalau dah besar esok dia cekap memandu dan 'super alert' macam ayahnya, OMR memang sangat bersyukur (sebab OMR mengaku OMR bukanlah seorang pemandu yang bagus....selalu je kena kutuk dengan En.RJ...huhuhu). 

Setakat umur dia sekarang ni, dia memang cekap menghafal jalan (kalau ayahnya lalu jalan yang lain sikit, dia mulalah sound - ayah nak pergi mana ni? - Dan dia tahu landmark apa yang dia akan jumpa lepas satu-satu tempat tu. Bangga? Memang OMR bangga dengan kebolehan dia dan sangat bersyukur dikurniakan anak yang bijak. Semoga dia terus membesar dengan sihat & bertambah bijak (Amin!).

*Ayahnya selalu membebel yang kereta baru sekarang ni canggih2 belaka...tapi, orang yang memandu tu tak secanggih mana sampai kadang2 membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Pulak tu, bila tengok orang pakai kereta 'lama' (macam En.RJ), mulalah pandang rendah. Kalau yang 'kerek' tu, siap tekan2 minyak lagi, konon nak tunjuk kereta dia laju sangat. Tapi bak kata En.RJ - jalan lurus beranilah kau tekan...cuba jalan liku2, mau 'surrender'. Kereta2 lama ni janganlah pandang sebelah mata / tak ada mata ye...ada tu walaupun lama, 'berisi'...nanti silap2 haribulan, sendiri yang malu...huhuhu

Thursday, July 21, 2011

I Like! My Favourite Designer ^_^

Hari ni OMR nak share tentang ' my favourite designer'...jom layan gambar....

*

*

*

*

*

Anak bujang besar OMR, TF Sr. menggayakan jubahnya ^_^
handsome kan budak nih? hahaha...ibu yg sangat perasan! ahaks!


Anak bujang kecik OMR pun tak nak ketinggalan jugak ^_^
Budak nih muka serius jek...tapi real-life sangat suka senyum...mmuuaahhss


TF Sr. yang 'over-happy' & TF Jr. yang tetap menten 'serius' ^_^
I love this pic! My buah2 hati *wink*


Tadaaaaaaaaaaa....
inilah dia 'label' favourite OMR! LizOthman ^_^
OMR memang suka sangat2 dengan hasil kerja k.ija.
Yang ni merupakan kali ke-3 (kalau x silap) OMR tempah baju dengan dia.
Kali pertama untuk TF Sr. & abang sepupu dia...jubah jugak.
Kali ke-2 tempah baju untuk anak-anak buah OMR yang gegirls tu...
Dan kali ke-3 yang nilah (sebenarnya jubah ni dibeli khas untuk cukur jambul TF Jr.)
FYI, sekarang ni jubah2 utk boys ni semua 'ready-made' yer...
silalah ke SINI untuk shopping! huhuhuhu


Nilah dia favourite designer OMR tu dengan family dia ^_^
Ampun k.ija....saya 'ambil tanpa kebenaran' gambar ni daripada blog k.ija...huhuhu


Jangan lupa jenguk ke blog LizOthman ni ye =)
Memang tak rugi punya-la
Ni kata2 ikhlas seorang 'satisfied customer' ^_^
btw...baju raya anak2 pun tempah dengan k.ija jugak *wink*
tunggu gambar edisi raya pulak ye..InsyaAllah =)

Tuesday, July 19, 2011

Dialog Hari Ini: Air ^_^

TF Sr.: Ibu, aqif nak makan roti
OMR: Ok sayang, ibu buatkan eh. Abang nak air tak?
TF Sr.: Nak
OMR: Air apa?
TF Sr.: (Jawab dengan perlahan)...air pasang dalam...
OMR: Ha? air apa abang? (Tak berapa jelas sangat..)
TF Jr.: Air pasang dalam....surut pukul lima...nyonya bangun pagi...siram pokok bunga... (sambil nyanyi kuat2...huhuhu)
OMR: (dalam hati...grrrrrrrrrrrrrrr...terkena haku!)

hahaha...for a 2 and a half year old, kamu ni memang sangat 'loyar buruk' tau x? haishhhh....sabarkan je la ^_^

I Like! Pokok

Nak share lirik lagu yang OMR suka! Kalau dihayati betul2...banyak pengajaran daripada lirik lagu ni ^_^
Gambar ehsan Pakcik Gugell
POKOK 
Meet Uncle Hussain feat. Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
kau masih ada

*Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

ulang chorus

Kau masih ada....Kau masih ada....
Kau masih ada....Kau masih ada....

Ulang *

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Like...like...like...like...like....huhuhuhu ^_^

Friday, July 15, 2011

Kanak2: Bila Anak Tak Sihat =(

Hari yg x berapa nak menggembirakan =(

Pagi tadi, bangun je dari tidur...TF Sr. muntah2. So, lepas punch card & mintak izin bos, bawak dia g paed. Dr kata kemungkinan dia gastric. Perut masuk angin + salah makan....dr bg ubat & advised supaya jangan bagi dia susu / makanan sampai condition dia stabil...dr bekalkan special garam utk ganti susu & makanan dia. Kesianlah anak ibu ni, sedih ibu bila anak2 ibu x sihat. Ibu pulak baru balik kursus, so ibu x boleh nak cuti...uhuk!

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan buat TF Sr. (Amin!)


UPDATE:
Sehari lepas abangnya muntah2, TF Jr. pulak kene. Berjangkit rupanya penyakit ni =(. Pagi2 tu terpaksalah angkut kanak2 pergi klinik sekali lagi. Kesian tengok bila anak2 x sihat ni, especially si adik yang baru nak masuk 4 bulan. Hari ni (19/07) anak2 dah nampak sihat sikit. Dah hantar pun ke rumah babysitter sebab ibu & ayahnya perlu g kerja. Semalam pun En.RJ terpaksa cuti jaga anak2, sebab OMR ada urusan penting. Itupun OMR ambil halfday sebab nak bawak budak2 tu pergi klinik homeopathy pulak. Ubat klinik paed dah abes makan tapi anak2 belum fully recovered. So, OMR cuba alternative treatment untuk diorang. Semoga anak2 segera sembuh seperti sediakala (Amin!)

Monday, July 11, 2011

Kanak2: Avon Baby (I Like!)

Gambar ni credit to www.ardinihumaira.com... tq so much!
Salam Hari Isnin...hehehe (ada yg 'monday blues' ke?)

Hari ni OMR nak 'merapu' pasal produk penjagaan bayi yg OMR sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt! (hamek ko...punyalah panjang suka tu! Maknanya 'like' byk2 kali la ye...ekekeke)...OMR perkenalkan --->

AVON BABY (yeayyyy!!!)

Masa TF Sr. 'baby' dulu, produk ni Avon belum keluarkan lg. Kalau x memang sah2 la OMR guna =). Kebetulan pulak masa tengah 'pregnant'kan si TF Jr., Avon lancarkan produk ni kat pasaran Malaysia dgn menggunakan Linda Jasmine & anaknya, Ratu, sebagai model (comel budak tu! geram OMR nengoknya....almaklumle....'ibu' nih belum ada anak perempuan...ahaks!). Apalagi...laju2 la OMR cakap ngn En.RJ nak beli produk tu utk TF Jr.

Yang ni jgk...from www.ardinihumaira.com
Walaupun produk ni baru lagi...& OMR plak baru nak test guna pada TF Jr. masa tu...sumpah I ckp yuuuu...x menyesal langsung beli! (mode: sengih lebar). Memang best! Sebab bau dia wangi sgt & tak mendatangkan kesan allergy pd baby. Alhamdulillah, anak2 mmg x de masalah kulit sensitif, tp sesetengah produk tu boleh menyebabkan kulit kanak2 jd rashes. So, untuk ibu2 kat luar sana...test-la dlu pada anak2 anda eh...mana tau x berapa nak sesuai =).

Yang paling OMR suka....yg nih------------------>
Wangi betul! Pastu melekat baunya kat kanak2. Babysitter OMR guna WASH & SHAMPOO ni kat anak2 OMR, semua org yg cium mesti cakap 'wanginyaaaaa anak orang nih' (wah! kembang semangkuk la ibunya ni...hahaha). 

Best u olsssss.....memang x rugila! x percaya ke? hmmm....mcm ni la...OMR rasa macam nak bagi hadiah kat seseorang la (thinking2...kira2 bajet....Ok! Rasanya boleh kot....). 

Ok, kepada ibu2 (& bapak2) di luar sana (ibu2 mengandung pun boleh jgk!)...kalau berminat nak dapatkan set Avon Baby ni....sila ikut langkah2 berikut ye :

  1. Jadi follower blog OMR ni (hehehe...mestilah kan?)
  2. Sila tinggalkan komen kat entri ni...bagitau OMR kenapa korang layak mendapatkan set Avon Baby ni...
  3. Tunggu OMR maklumkan sapa penerima bertuahnya (OMR akan pilih secara random berdasarkan komen yg palinggggggg OMR suka...ok?)

OMR bukak penyertaan ni sampai hujung bulan ni...31 JULAI 2011...jam 12 tengahari...ok, jemputlah menjoinkan diri ye...kalau sorang je yg join...memang sah2la dia yang dapat...hehehe...

Take care y'olsss...mmuuaahhss

Friday, July 8, 2011

Entri Khas: Selamat Hari Lahir Mak!


Hari ni 8 Julai 2011 adalah birthday Mak yang ke-62 tahun. Selamat hari Lahir Mak! Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat mak, panjangkan usia mak, permudahkan segala urusan mak (dunia & akhirat), murahkan rezeki mak, serta memberikan mak kebahagian & kelapangan hati yang berterusan (Amin!)


Terima kasih mak kerana menjadi mak yang TERBAIK buat kami. Walaupun kami dibesarkan dalam serba kekurangan, kami bangga punya mak mcm MAK yang sentiasa berusaha memberikan kami didikan yang sempurna. I am who i am today mainly because of u & ayah =). Terima kasih 1000x! 

Achik harap achik dah menjadi anak yang terbaik utk mak...
Achik harap achik dah menjadi seseorang yg boleh mak banggakan...
Achik harap achik mampu membahagiakan & menggembirakan mak...
Achik harap achik mampu menjadi 'anak solehah' yang doanya untuk mak sentiasa didengari Allah...

You've been my pillar of strength, my source of inspiration & my true BFF...love u mak! May Allah grant u your hope & wishes. Amin!

Thursday, July 7, 2011

Mari Merapu: Susun Atur Entri =)

Hahaha...namanya pun 'planner'...suka sgtla tuh guna perkataan 'susun atur' ^_^


OMR dok belek2 blog OMR nih...rupanya entri dalam ni 'berterabur tanpa identiti yg jelas'...kekeke...So...lepas pikir2 (yg x berapa nak pikir sgt sebenarnya...), OMR pun decide nak 'kelas'kan entri2 tu kepada 'kelas2' berikut :-

Mari Merapu - Untuk entri2 merapu mcm entri nih...hehehe...ok...ok...serius...entri dlm 'kelas' ni adalah luahan perasaan, pandangan peribadi...dan entri2 yg dah x tau nk masuk kelas yg mana satu


Entri Khas - Untuk ucapan2, special celebration & lain-lain perkara yang spesel bg OMR


Entri Tanpa Kata2 - Untuk entri2 yang x memerlukan kata2...biasanya entri2 yg melibatkan gambar


Kanak2 - Semua cerita2 yang berkaitan dengan kanak2...especially pengalaman OMR sebagai seorang ibu yang baru jeeeeeeee beranak 2...huhuhuhu


Kongsi Ilmu - Ni kelas untuk entri2 yang ada perkongsian ilmu...sama ada OMR dpt drpd buku, web, orang2 berilmu yg boleh dirujuk dsb....point-nya 'nak kongsi ilmu (walaupun sikit) dengan kawan2 blogger lain' =)


Misi OMR - Entri berkaitan Misi 60kg OMR...tips2 kesihatan...diet sihat etc...


I Like! - Ni entri 'tribute' utk perkara2 yang OMR suka (termasukla favourite people & juga blog2 pilihan lepas ni..yeaaaaa...)


Tamau Hadiah Ke? - Ini kelas utk entri2 berkaitan nak bagi hadiah kepada kawan2 (followers) OMR...by the way, OMR masih mencari yang ke-56 ye...klik sini ^_^

Selain daripada tu..kalau OMR join segmen org lain...OMR akan labelkan mengikut segmen asal kat blog empunya diri tu ye =)

Ok...dah panjang dah 'merapu' petang khamis ni....

Take care y'olsssss...mmuuaahhsss..........



KAMI BLOGGER, KAMI SAYANG MALAYSIA!


Salam untuk semua, Salam 1Malaysia,

Pohon ini pohon berbuah,
Sungguh lebat berbuah duku,
Tanah ini tanah bertuah,
Tanah tempat tumpah darahku.

Dari Kulai hendak ke Dungun,
Jalan jauh beribu batu,
Bumi permai pesat membangun,
Semua kaum hidup bersatu.

Hendak dipikat terasa payah,
Umpan bunga berdaun lebar,
Jangan digugat jangan digoyah,
Daulat negara jangan dicabar.

Hanya kerna rebung berduri,
Kenapa diredah hutan belantara,
Hanya kerna 'untung' diri,
Kenapa digoyah aman negara?

..............just my 2 cents! ^_^

Dialog Hari Ini: Pengkilang...hahaha ^_^

TF Sr.: Ibu! Ada 'pengkilang' bu...cepat!
OMR: (Dalam hati: Pengkilang? Apakah? Ada kilang ke dkt2 rumah aku ni?...mode: konpius x hengat!)
TF Sr.: Tu bu...tu....pengkilang! Ayah! Pengkilang ayah! (sambil tunjuk kat satu objek beterbangan)
OMR: Hahaha...aqif, itu bukan 'pengkilang' la...itu namanya 'penyengat'
TF Sr.: Ow...penyengat...Ayah! Penyengat ayah....

Hahaha...lawak la TF Sr. nih...pandai2 je bagi nama penyengat tu 'pengkilang'...haishhhh..ntah mana dia dapat ntah...anak...anak....u've made my day-la! Kui Kui Kui ^_^

Tuesday, July 5, 2011

Mari Merapu: Watermark

As salam...
hari ni OMR nak 'merapu' pasal WATERMARK atau direct translation-nya KESAN AIR...hahaha...rosak bahasa haku! Ok...korang tau apa tu watermark??? Tadi saja gatal2 'menyelam' kat wikipedia...dia kata:

A watermark is a recognizable image or pattern in paper that appears as various shades of lightness/darkness when viewed by transmitted light (or when viewed by reflected light, atop a dark background), caused by thickness or density variations in the paper.[1] There are two main ways of producing watermarks in paper; the dandy roll process, and the more complex cylinder mould process.
Encoding an identifying code into digitized musicvideopicture, or other file is known as a digital watermark.


hehehe...yg tuh kome translate-la sendiri ye...tp nk bg senang faham...
<--------nih contoh gambar berwatermark. Gambar ni ehsan dari   talented photographer, en. ruffey deadpoets 

Ok...kenapa nak letak watermark
---> saja nak kasi cantik? boleh jgk!
---> saja2 gatal nak letak? hmm....ikut suka la kan
---> ntahla...org buat, aku pun nak buat jgk! hehehe...ok jgk tu =)

sebenarnya watermark ni utk protect copyright gambo kita...tp kdg2 dh buat watermark pun org kebas jgk..huhuhu...walaupun x fully protect...kiranya watermark tu mcm identiti kita la...

Belasah je la kekawan...kalau suka nk letak watermark ni, silakan! Sebenarnya OMR nak share link ni...


Kalau nk watermark-kan gambar korang...silalah terjah link tu ye...hehehe...

Entri Tanpa Kata2: CRUISE!

Avillion Admiral Cove, PD
Jetty...shantekkk.....
Swimming Pool...kewl!
Marina...
Jangan tertipu! Ini bukan kapten kapal...hahaha
Ala-ala 'venice'...cun!
Suka sgt!
Kudos to photographer! I like!
Sunset! MasyaAllah....
Happy me...hehehe
Suka ini! =)

Entri Khas: Selamat Hari Lahir Ayah!

Hari ni, 5 Julai 2011 adalah Hari Lahir ayah yang ke-60! Selamat Hari Lahir Ayah! Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayah, panjangkan usia ayah, permudahkan segala urusan ayah (dunia & akhirat), murahkan rezeki ayah, serta memberikan ayah kebahagian & kelapangan hati yang berterusan (Amin!)

Terima kasih ayah kerana menjadi ayah yang TERBAIK buat kami. Walaupun kami dibesarkan dalam serba kekurangan, kami bangga punya ayah mcm AYAH yang sentiasa berusaha memberikan kami didikan yang sempurna. I am who i am today mainly because of u & mak =). Terima kasih 1000x! 

Achik harap achik dah menjadi anak yang terbaik utk ayah...
Achik harap achik dah menjadi seseorang yg boleh ayah banggakan...
Achik harap achik mampu membahagiakan & menggembirakan ayah...
Achik harap achik mampu menjadi 'anak solehah' yang doanya untuk ayah sentiasa didengari Allah...

You've been my pillar of strength, my source of inspiration & my friend in need...love u ayah! May Allah grant u your hope & wishes. Amin!


Friday, July 1, 2011

Kongsi Ilmu: Belangkas

Salam hari Jumaat untuk kawan2 semua =)

Hari ni OMR nak berkongsi sedikit ilmu yg OMR dapat masa kelas fardhu ain pagi tadi.
Seperti title entri kat atas, OMR nak citer sket pasal belangkas.
Tak pernah tengok belangkas? Tak tahu apa itu belangkas?
Ok..ok...ni OMR share info pasal belangkas drpd blog en.Q

Ni la rupe belangkas tu ye tuan2 & puan2...
gambar ni ehsan dr blog en.Q jgk =)

Kecik2 dlu OMR pernah makan telur belangkas ni...
masa tu family OMR dok kat Mersing.
Sedap ke x belangkas ni? ntahla ye...dah lama x makan...tp org kata sedap

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal belangkas ni, bacalah blog en.Q ye
Apa yg OMR nak share adalah penerangan ustaz ttg belangkas ni.

Ustaz kata...
 "belangkas ni tak boleh dimakan sebab dia binatang 2 alam"

Pengusaha2 restoran / kedai makan yang jual belangkas ni jangan pulak marah OMR ye...
OMR cuma menyampaikan sedikit ilmu yg OMR dapat untuk perkongsian kita semua
Kalau ada sesiapa nak tanya soalan lebih lanjut,
nanti OMR boleh panjangkan soalan tu kpd ustaz.
Jawapannya OMR akan letak kat entri ni kemudian...hokey? =)

take care y'olsss..mmuuaahhss