Tuesday, July 5, 2011

Entri Khas: Selamat Hari Lahir Ayah!

Hari ni, 5 Julai 2011 adalah Hari Lahir ayah yang ke-60! Selamat Hari Lahir Ayah! Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayah, panjangkan usia ayah, permudahkan segala urusan ayah (dunia & akhirat), murahkan rezeki ayah, serta memberikan ayah kebahagian & kelapangan hati yang berterusan (Amin!)

Terima kasih ayah kerana menjadi ayah yang TERBAIK buat kami. Walaupun kami dibesarkan dalam serba kekurangan, kami bangga punya ayah mcm AYAH yang sentiasa berusaha memberikan kami didikan yang sempurna. I am who i am today mainly because of u & mak =). Terima kasih 1000x! 

Achik harap achik dah menjadi anak yang terbaik utk ayah...
Achik harap achik dah menjadi seseorang yg boleh ayah banggakan...
Achik harap achik mampu membahagiakan & menggembirakan ayah...
Achik harap achik mampu menjadi 'anak solehah' yang doanya untuk ayah sentiasa didengari Allah...

You've been my pillar of strength, my source of inspiration & my friend in need...love u ayah! May Allah grant u your hope & wishes. Amin!


1 comment:

  1. Selamat Hari Lahir Pak Cik Salleh..Semoga Pjg Umur, Murah Rezeki,Dikurniakan Kesihatan Yg Baik & Sentiasa Bahagia Disamping Keluarga :)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!