Tuesday, July 26, 2011

Dialog Hari Ini: 'Kereta Baru'

Dialog Hari Ini (DHI) untuk hari ni ada sedikit kelainan... Sebab OMR perlu beri penerangan sikit pasal DHI pendek yang TF Sr. buat pagi ni masa kami dalam perjalanan nak ke rumah 'mak' (pengasuh) dia..hokey? ^_^

Situasi: Lebih kurang pukul 7.40 pagi, Selasa, 26 Julai 2011. Jalan agak sesak sebab semua orang pakat bawak kereta ramai-ramai pagi ni (almaklum le....semalam kan hari gaji penjawat awam...huhuhu). Dari rumah kami nak ke rumah pengasuh, kami perlu lalu Lingkaran Luar Seremban (masuk selepas Seremban Centre Point) pastu keluar kat Jalan Rahang (lalu depan Carrefour Rahang). Masa nak keluar daripada simpang ke Jalan Rahang tu, ada satu Alza ni teragak-agak nak keluar simpang...tiba-tiba je anak bujangku bersuara:

TF Sr. : Tulah dia kereta baru!*

Oppsss....hahaha...kesian Alza tu tak pasal-pasal pagi ni kena kutuk dengan budak kecik yang baru berumur 2 tahun setengah ^_^... Yang OMR tak tahan tu, dia cakap sebijik macam ayahnya! Kalau dah besar esok dia cekap memandu dan 'super alert' macam ayahnya, OMR memang sangat bersyukur (sebab OMR mengaku OMR bukanlah seorang pemandu yang bagus....selalu je kena kutuk dengan En.RJ...huhuhu). 

Setakat umur dia sekarang ni, dia memang cekap menghafal jalan (kalau ayahnya lalu jalan yang lain sikit, dia mulalah sound - ayah nak pergi mana ni? - Dan dia tahu landmark apa yang dia akan jumpa lepas satu-satu tempat tu. Bangga? Memang OMR bangga dengan kebolehan dia dan sangat bersyukur dikurniakan anak yang bijak. Semoga dia terus membesar dengan sihat & bertambah bijak (Amin!).

*Ayahnya selalu membebel yang kereta baru sekarang ni canggih2 belaka...tapi, orang yang memandu tu tak secanggih mana sampai kadang2 membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Pulak tu, bila tengok orang pakai kereta 'lama' (macam En.RJ), mulalah pandang rendah. Kalau yang 'kerek' tu, siap tekan2 minyak lagi, konon nak tunjuk kereta dia laju sangat. Tapi bak kata En.RJ - jalan lurus beranilah kau tekan...cuba jalan liku2, mau 'surrender'. Kereta2 lama ni janganlah pandang sebelah mata / tak ada mata ye...ada tu walaupun lama, 'berisi'...nanti silap2 haribulan, sendiri yang malu...huhuhu

3 comments:

  1. Sr..Meh dtg umah auntie lin.. ;)

    ReplyDelete
  2. azi singgah :) best baca blog nie.. follow back k.

    ReplyDelete
  3. bebeh, nnt raya kami serbu umah auntie lin ok? ^_^
    Azi, thanks singgah...nak jenguk blog azi plak =)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!