Tuesday, June 28, 2011

Kanak2: Rasa Bersalah =(

Dilema seorang ibu yg bekerja...

1) Bila kena keluar bekerja, anak2 nak tinggalkan dengan siapa? Hantar taska, nursery,daycare etc? Hantar pengasuh/babysitter? Ambil 'bibik'?

  • Kalau hantar taska, berapa ramai plak yg dia jaga? berdaftar ke x? (sila klik SINI untuk tahu senarai taska berdaftar ye...)
  • Kalau hantar babysitter pun nak tau jgk berapa ramai yg dia jaga? ok ke x dia layan anak2 kita? jaga semata2 nak duit ke atau mmg dia suka jaga budak? dll....
  • Kalau ambil bibik pulak mesti kita terfikir...ok ke bibik jaga anak2 kita? pandai ke dia buat kerja? selamat ke anak aku? (ntah2 kene dera...haiyoooo...minta dijauhkan!).....hai...poning2...

2) Kalau kena kerja lebih masa, mcm mana dgn anak2? Boleh ke en.suami handle sorang2 (kalau x ada 'bibik' atau ahli keluarga lain yg boleh tolong tgk)? Kalau ambil lambat, babysitter x marah ke? Taska x charge lebey ke? 

3) Kalau kena 'outstation', x apa ke nak tinggalkan anak2 lama2 (padahal sehari dua je pun...hehehe). Mcm mana kalau diorang sakit? Mcm mana kalau diorang cari ibunya? Mcm mana kalau diorang melalak2 sampai x leh tdo sbb x der ibunya? (hahaha..over-imaginative sungguh!) Nak tumpangkan kat rumah babysitter, boleh ke? Kalau bermalam kat taska plak, berapa ratus-la extra charges bulan ni? haishhhh.....

*

*

*

*

*

*

Ya! OMR seorang 'working mother'

*

Ya! OMR hantar anak2 kat babysitter (syukur sgt2 dpt babysitter yg dh mcm keluarga sendiri)

*

Ya! OMR slalu jgk amek anak lewat...esp. masa berulang Sbn~KL dlu...

*

Ya! Kadang2 En.RJ terpaksa handle anak2 sorang2 sbb OMR kena kerja lebih masa/ ada event

*

Ya! Kalau OMR terpaksa-rela pergi outstation, anak kdg2 tumpangkan kat rumah pengasuh (esp. masa baby la...bukan x percaya En.RJ, tp kesiankan dia nk handle baby sorang2)

*

*

*

*

*

Kesimpulannya: Rasa bersalah sbb. terpaksa-rela tinggalkan anak2 tu mmg x dpt nak dielakkan, tp demi mencari 'rezeki' utk keluarga...kugagahkan jualah adanya...Sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan 'org2 yg baik', dipermudahkan segala urusan & diredhai segala usaha.

*

*

*

*

------> Ibu2 bekerja yg lain, apa pendapat korang??? (Silalah share...)

OMR: Malam tadi terpaksa-rela tinggalkan En.RJ & kanak2 tu kat rumah sbb ada event....oh....sgt guilty rasanya =(




Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

4 comments:

  1. dot plak sblm nih masa anak yg sulung memang MIL willing nak jaga. tp biler dah nak kuar sorang lagik, dia mcm dah berat hati nak jaga smpi 2org. maklumlah anak kite umo dia rapatkan. So taknak pening² kan kepala dia, me n ajai decide tuk hntr kat taska. carik punya carik tak dpt. rata² letak rega mahal n akan charge kalo amik lmbt. maklumlah dot nih keje mengajo kat kolej. mmg keje balik mlm (kalo time ader kelas mlm tuk student part time) tapi nasib baiklah dapat jugak satu taska nih kat senawang (serius jauh! kitorg dok warisan puteri) yg amik pun murah dan takdelah charge pun kalo amik lmbt. Alhamdulillah, taska tuh listed dalam taska berdaftar kat n9 no 16 (kat website yg cikros link kan tuh) so far dah masuk setahun hntr situh, memang puas hati. Cuma si abang lah memula hantar asik nangis jek. tak biasakan ... sblm nih dok ngan atok nenek dia jek ^_^

    ReplyDelete
  2. Dilema sungguh ibu2 bekerja ni kan dot =)
    Kdg2 tu ble kena kerja sampai malam, mulalah hati ni separuh2 je wat keje...yg separuh lg ada kat rumah dh...haishhh...x senang duduk dibuatnya

    ReplyDelete
  3. ermm.. bila check kat link senarai taska berdaftar yg ros bagi.. taska Ete tak tersenarai plak. aritu mcm ada. nanti nk tnya pengetua dia la. hahhaa.. tpi ada 2 taska lain yg dekat rmh syl tersenarai dalam list tu..

    pasal hasben.. dia mesti boleh punyer.. hasben syl ok jerk.. dia jaga Ete sejak Ete umo 5 bulan time2 syl terpaksa outstation. pernah tinggalkan Ete sehingga 2 minggu sebab syl kursus induksi + BTN. Ete demam dan kena serangan asma.. sib baik hasben boleh handle sorang. so, berilah kepercayaan pada hasben.

    ReplyDelete
  4. syl, i trust him, i just don't trust myself...wakakaka....i ni kdg2 risau 'unnecessarily'....i tau en.suami mmg boleh sgt2 jaga diorang, tp i je yg suka sgt risau *wink*

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!