Wednesday, June 22, 2011

Entri Khas: My BFF

As promised, ini entri special utk BFF saya...hehehe...

My BFF. dar kiri ida & baby iskandar, lin & baby dlm pewot (yeay!), yan & alif, som & baby amal...yg dok depan  yan tu anak dara som..& jgk OMR & TF berdua =)

Sabtu lepas...18 Jun 2011 (bersempena dgn Hari Bapa & jugak birthday En.RJ), OMR dah plan dgn my BFF untuk jumpa masa minum petang sebab dah lama betul x jumpa ramai2. Last jumpa masa buka puasa tahun lepas (agenda wajib tiap2 tahun tu). Disamping tu boleh jugak jumpa 'juniors' yang belum pernah lg tengok sblm ni. Lepas Ida bersalinkan Iskandar, x sempat2 lg OMR nak pergi melawat dia. Pastu ada 2 lg additional 'juniors'...TF Jr. yang baru nak masuk 3 bulan & jugak anak som, baby amal, yang masa ni baru nak masuk 2 bulan =)...(Syukur Alhamdulillah! Masing2 dimurahkan rezeki)

Diorang ni semua sebenarnya housemates OMR masa OMR duduk bujang time baru2 keje dulu. Ada 2 orang lagi yg x dapat nak join kitorang sabtu lepas, Kam & KJC. Rindunya time duduk kat flat uda dulu kan bebeh2 semua? Masak sama2...buat aktiviti sama2...tdo sama2....hehehe...mmg seronok sgt2. Yang bestnya, bukan je kitorang ni housemates...tp husbands kitorang pun kawan. Ida & Kerol, Lin & Syaq, Kam & KM, Yan & Zairy, Som & abg dia (som, akak lupa nama abg ko...huhuhu...sorry) dan OMR plak dgn En.RJ la. Sebenarnya OMR kenal En.RJ pun masa dok serumah ngn BFF OMR ni. En.RJ masa tu kawan dgn hubby ida & lin. Dah jodoh kami, Alhamdulillah...skrg dah jadi hubby OMR pun & dah ada 2 hero yg comel =)

OMR berdoa semoga persahabatan kami ni kekal sampai bila2. Semoga kami sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah, kesihatan yang baik, anak2 yang soleh & solehah, dipanjangkan jodoh, dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat (Amin!). Once a friend, always a friend...

Kalau y'ols semua ada kawan, jangan putuskan silaturrahim 
& sentiasalah ingat kawan2 kita tu (walaupun hanya dalam doa)...
Take care y'olssss...mmuuaahhss

2 comments:

  1. mmg best bila dpt borak2 sakan dgn BFF nie..nak2 lg bila terkenangkan telatah anak2 yg sedang membesar..tp yg paling haru bila anak dara som cium TF Sr..hehehehhe

    ReplyDelete
  2. peramah betul anak dara som tu...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!