Friday, August 19, 2011

Hanya DIA yang tahu....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua yang membaca,

Salam hari Jumaat yang penuh barakah! Sebenarnya entri ni dah lama nak ditulis, sejak OMR baca kisah ni. OMR percaya, sebenarnya ramai lagi yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama kat luar sana. Kisah dia bukanlah kisah yang pertama dan juga bukan yang terakhir. Selagi bumi ni masih wujud & selagi ada makhluk bernama manusia, selagi tulah kisah dia akan jadi lumrah yang dinamakan 'mainan hidup'.

Pernah dengar tak pepatah orang Melayu...."Bila kentut dah tak wangi lagi?"...haishhh, apalah OMR ni, pagi2 Jumaat ni nak cakap pasal kentut pulak! Eh, bukan...bukanlah OMR nak cerita pasal kentut ni, tapi falsafah di sebalik pepatah/ peribahasa tu sendiri. (In the first place, ada ke kentut yang bau wangi pun? huhuhuhu) Maksudnya bila sesebuah hubungan tu dah tak ada lagi keserasian sebab dah hilang segala 'keharuman' dan 'kewangiannya', berakhirlah/ putuslah ia. Ada jugak yang kata "habis madu sepah dibuang". Ye....maksudnya masih berkisar pada perkara yang sama, bila dah hilang 'kemanisan' sesuatu hubungan tu, maka terputus/ berakhirlah ia. Orang Melayu kita juga sangat puitis bila membicarakan soal 'putus kasih' atau 'putus cinta' ni...contohnya -

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk/ Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berbunga lagi.

Cantik kan bahasa kita? dalam kes pantun di atas tu...maksudnya...bila dapat sesuatu yang lebih baik, atau cantik, atau menarik di mata dia...maka dilupakanlah terus yang lama. OMR difahamkan, orang dulu-dulu kaitkan pantun ni dengan situasi isteri tua dan isteri muda. Hmmm....orang kita, memang pandai berkias dan berlapik cakap ^_^

Pendapat OMR -

'Putus kasih' atau 'putus cinta' ni semuanya adalah suratan dan ketentuan Allah yang maha mengetahui apa sebenarnya yang TERBAIK untuk kita, hamba-hambanya yang lemah ni. Sejujurnya OMR sendiri pernah 'merasainya'. 

Sakit? Ye...sakit pada masa tulah. 
Menangis? Hmm...bohonglah kalau kata tak. Perempuan ni kan hatinya lembut dan halus. Sedangkan tengok cerita yang sedih2 pun boleh meleleh air mata, inikan pulak putus cinta...hahahaha, haruslah nangis! 
Rasa serik? Hmm..ye! Pada masa tu lah...dan sehingga luka tu sembuh dengan sendirinya...atau disembuhkan dengan kehadiran insan lain yang lebih memahami ^_^...

Mungkin kita akan persoalkan
Kenapa aku? 
Kenapa aku perlu melalui semua ni? 
Benci betul! Kenapalah aku kenal dia?
Aku ni tak cukup bagus ke?
Tak layak ke untuk aku disayangi & dikasihi?
Salah siapa? salah aku ke?

Dan banyak lagi persoalan yang akan bermain2 kat fikiran kita kan? Adatlah manusia, bila ditimpa 'musibah' atau sedikit kesusahan sekalipun...kita memang cepat mempersoalkannya kan? Yang penting, kita jangan 'hanyut' dengan soalan2 tu semua. cepat2lah kita sedar dan kembali semula kepada Allah, kerana hanya DIA yang tahu apa yang TERBAIK untuk kita.

Menyesal? Ish...jangan sesekali. Cubalah kita lihat sesuatu perkara tu dengan hikmah. Mungkin Allah mempertemukan kita dengan orang yang salah supaya bila kita jumpa orang yang betul, kita akan lebih menghargainya. Bila Allah beri peluang kita bercinta, mungkin DIA nak kita sedar yang kita punya hati dan perasaan, punya kasih sayang yang boleh dikongsi. Bila putus tu, mungkin Allah mahu mengingatkan kita bahawa tak ada benda yang kekal dalam dunia...semuanya 'pinjaman' semata-mata. Hanya kasih sayang Allah je kekal abadi. Sebab tu, cintailah DIA sebelum kita belajar cinta manusia. 

Tak apalah kalau putus di tengah jalan. Mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik di kemudian hari. Dalam kes OMR, Allah berikan OMR seorang suami yang lebih memahami dan lebih sesuai berbanding yang dulu. Eh, yang dulu bukan tak baik! OMR masih lagi berkawan dengan diorang. Takkan putus cinta, putus 'saudara' seIslam kan? Cuma Allah telah tentukan, En.RJ lebih sesuai untuk OMR; latar belakang keluarga yang tak jauh beza...diri masing2 yang banyak ketidaksempurnaan tetapi saling melengkapi. Orang kata, bila sendiri tu banyak kurang...bila bersama lebih sempurna (InsyaAllah). Ditambah pulak dengan kehadiran askar-askar berdua tu, syukur Alhamdulillah! 

Janganlah bersedih ye Elia! La Tahzan (Jangan bersedih). Menangislah...kalau masih terasa ingin menangis. Lepas tu, sapulah air mata tu...dan bangkit semula! InsyaAllah...janji Allah tu tak siapa yang tahu, tapi percayalah...hanya DIA yang tahu, apa yang terbaik untuk Elia! Semoga Allah pertemukan Elia dengan jodoh yang lebih sesuai dan lebih memahami. Biarlah dia tidak sempurna, (sebab kita pun bukannya sempurna sangat) asalkan bila bersama, kalian saling melengkapi dan menyempurnakan satu sama lain (Amin!)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!