Thursday, June 30, 2011

I Like! Kedai Pilihan OMR

Ni 'hutang' entri yg pertama....entri khas untuk....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tadaaaaaaaaaaaa......................


Ahad lepas (26 Jun 2011), lepas je balik dari kenduri opismate kawen,
OMR terus ajak En.RJ angkut kanak2 pergi kedai kawan OMR ni.
(Dah lama dah kata nak pergi...tp barulah ahad lepas dpt jengah kedai ni....)

Kat mana lokasinya? soalan yg bagus!...sila tgk peta di bawah ye...



Senang je nak mencarinya ye puan2....
Kalau dari seremban mcm OMR ni, sila masuk highway LEKAS...
pastu terus je sampai jumpa McD, Shell & Giant belah kanan puan2 
(nih area Prima Saujana la ni)...
pastu sila buat u-turn di mana dibenarkan..
.pastu masuk kat shell tu...puan2 akan perasan kedai tayar continental betul2 belakang shell tu...& kedai Pn.Yati ni plak betul2 depan continental tu...senang kan? hehehe

Dunia SiComel ni (sepertimana banner dia kat atas tu) 
adalah kedai menjual 'barangan kanak2',
jadinya...kanak2 mmg-lah sgt suka kalau masuk kedai ni hokeyyy =)
Mcm TF Sr. yg syok habess dpt main 'taman'...hahahaha
(lupa plak nak snap gambar TF Sr. masa kat kedai ni...)

Ni gambar2 kedai tu yang OMR 'kebas' drpd FB tuannya...hehehe
(diz, aku tolong wat promosi ni....jangan mareee haa...)

Comel kan? haa...mcm2 ada y'olsss....

Sila...sila....pilihlah...jangan malu2....huhuhu

lagi...dan lagi.....pilih mana yg suka ye kanak2....

Kasut yg warna kelabu tu TF Sr. dh 'sambar' satu....hehehe

Apa yg OMR beli? hmm....barangan kanak2 berdua tu la...
Ayahnya plak belikan anaknya kereta control....
pastu mlm tu jugak TF Sr. patahkan arial remote-nya...
(huwaaaaa.....kamu mmg tau! Sayang-la sket barang2 kamu tu...)
Skrg ni balik je dr rumah mak, sibuk nak main 'kete kontol' dia....
bangun pagi carik 'kete kontol' dulu...huhuhu
pastu boleh plak dia ckp "ibu, pasni kita beli helikopter plak ye..."
wah wah wah...banyak cantik kamu ye!
(Diz, anak aku masa dlm kete lg dah tanya "bila nak pegi kedai auntie lagi"?
...wahahahaha....seronok betul dia)

OMR: Entri ni tercetus lepas balik dari kedai kawan OMR ni. En.RJ cakap "nanti up-la dalam blog pasal kedai member ni. Ni salah satu cara kita nak tolong kawan. Kita orang melayu ni meniaga tamau dengki2...kawan meniaga kita tolong promote..kan bagus mcm tu"....hehehe...


Kanak2: Cuak! =(

28hb. aritu bawak TF Jr. pergi monthly check-up dia kat KD Sikamat. Dah 3 bulan rupanya budak kecik tu...(Alhamdulillah). Kalau pergi check-up 3 bulan ni biasalah...mesti kena cucuk. Yang bagusnya, budak kecik tu langsung x nangis masa kena cucuk =). Kalau abgnya dulu, satu klinik leh dengar suara dia...hahaha (tp nangisnya pun kejap aje la)

Berat adik dah naik kpd 6kg (syukur!)...panjangnya dah 63cm (exactly sama panjang dgn abg masa umur abg 3 bulan)..ukur lilit kepala 41cm. Adik sihat je masa check-up tu..cuma lepas cucuk tu badannya 'dedar' (suam2 sket)...org nogori kato 'angkar' sket badan eh! =).

Pastu kena jumpa dokter sbb. masa check-up bulan pertama & kedua dlu blum jumpa dokter lg. Masa jumpa dokter ni la yg OMR jd CUAK! Huhuhu....mula2 dokter check perkembangan adik...(nak tengokla kan umur 3 bulan ni dia dh pandai apa...). Pastu dokter soh bukak pampers sbb nk cek 'telur' dia. Dia pun belek2 la...skali dia ckp..."Telur dia ni belum turun lg"...hah? apakah? OMR pun tanya..."normal ke dokter?"...dia cakap "sepatutnya dah turun time ni"...walahhhhh! makin bertambah cuaklah OMR =(...pastu dokter tu pun tulis la report....tp dlm buku tu dia x tulis la plak baby ada problem apa2.

Yang pastinya kata2 dia tu telah membuatkan seorang ibu ni sgt-lah cuak & x lena tdo malam! (takut hengko....manala tau masalah telur belum turun tu leh sbb.kan masalah lain plak...mcm angin pasang ke...haisshhhhhh...naudzubillah!)...seb baik semalam cuti umum kat N9 (cuti sempena Isra' Mikraj) & nasib baik jgk klinik pakar kanak2 tmpt OMR slalu bawak TF Sr. dlu bukak sampai tghari, apalagi...laju2 la OMR ajak En.RJ bawak budak kecik tu jumpa dokter pakar tu...I want 2nd opinion! & I want to make sure that he's fine!....Alhamdulillah! Dokter kata normal je telur adik tu...saiz & kedudukan normal...(lega mak yuuuuu....kalau x, senak perut iii).....Misi kat klinik tu mmg dah kenal OMR...dia pun ckp "mesti x boleh tdo smlm kan mak thaqif"...(hahahhaa...pandai pun kamu cik misi...mmg x lena tdo dibuatnya...cuak....cuak....)

Itulah dia seorang ibu...bila orang kata ada yg x kena sket je ngn anak dia, mulalah gelabah...mulalah cuak...But i guess the feeling is normal...& it's good! Sebabnya kita akan cuba buat yg terbaik untuk anak2 kita! (ya..ya...saya seorang ibu yg cepat risau...huhuhuhu)

OMR: Semalam peristiwa bersejarah bagi umat Islam...kalau nak baca pasal Isra' Mikraj, jenguk2lah entri ni kat blog mama cyda =)


Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, June 28, 2011

Kanak2: Rasa Bersalah =(

Dilema seorang ibu yg bekerja...

1) Bila kena keluar bekerja, anak2 nak tinggalkan dengan siapa? Hantar taska, nursery,daycare etc? Hantar pengasuh/babysitter? Ambil 'bibik'?

  • Kalau hantar taska, berapa ramai plak yg dia jaga? berdaftar ke x? (sila klik SINI untuk tahu senarai taska berdaftar ye...)
  • Kalau hantar babysitter pun nak tau jgk berapa ramai yg dia jaga? ok ke x dia layan anak2 kita? jaga semata2 nak duit ke atau mmg dia suka jaga budak? dll....
  • Kalau ambil bibik pulak mesti kita terfikir...ok ke bibik jaga anak2 kita? pandai ke dia buat kerja? selamat ke anak aku? (ntah2 kene dera...haiyoooo...minta dijauhkan!).....hai...poning2...

2) Kalau kena kerja lebih masa, mcm mana dgn anak2? Boleh ke en.suami handle sorang2 (kalau x ada 'bibik' atau ahli keluarga lain yg boleh tolong tgk)? Kalau ambil lambat, babysitter x marah ke? Taska x charge lebey ke? 

3) Kalau kena 'outstation', x apa ke nak tinggalkan anak2 lama2 (padahal sehari dua je pun...hehehe). Mcm mana kalau diorang sakit? Mcm mana kalau diorang cari ibunya? Mcm mana kalau diorang melalak2 sampai x leh tdo sbb x der ibunya? (hahaha..over-imaginative sungguh!) Nak tumpangkan kat rumah babysitter, boleh ke? Kalau bermalam kat taska plak, berapa ratus-la extra charges bulan ni? haishhhh.....

*

*

*

*

*

*

Ya! OMR seorang 'working mother'

*

Ya! OMR hantar anak2 kat babysitter (syukur sgt2 dpt babysitter yg dh mcm keluarga sendiri)

*

Ya! OMR slalu jgk amek anak lewat...esp. masa berulang Sbn~KL dlu...

*

Ya! Kadang2 En.RJ terpaksa handle anak2 sorang2 sbb OMR kena kerja lebih masa/ ada event

*

Ya! Kalau OMR terpaksa-rela pergi outstation, anak kdg2 tumpangkan kat rumah pengasuh (esp. masa baby la...bukan x percaya En.RJ, tp kesiankan dia nk handle baby sorang2)

*

*

*

*

*

Kesimpulannya: Rasa bersalah sbb. terpaksa-rela tinggalkan anak2 tu mmg x dpt nak dielakkan, tp demi mencari 'rezeki' utk keluarga...kugagahkan jualah adanya...Sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan 'org2 yg baik', dipermudahkan segala urusan & diredhai segala usaha.

*

*

*

*

------> Ibu2 bekerja yg lain, apa pendapat korang??? (Silalah share...)

OMR: Malam tadi terpaksa-rela tinggalkan En.RJ & kanak2 tu kat rumah sbb ada event....oh....sgt guilty rasanya =(




Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, June 27, 2011

Kongsi Ilmu: 5 Wisdoms

OMR nak share 'sesuatu yang berharga' daripada FB kawan OMR...Sangat menarik! & rasanya mmg patut dikongsi dgn org lain. Semoga ianya menjadi motivasi buat kita semua =)

1. If you are right, then there is no need to get angry. And if you are wrong then you don't have any right to get angry.

2. Patience with family is love. Patience with others is respect. Patience with self is confidence.

3. Never think hard about past, it brings tears. Don't think more about future, it brings fears. Live this moment with a smile, it brings cheers.

4. Every test in our life makes us bitter or better. Every problem comes to make us or break us. Choice is ours, whether we become victim or victorious.

5. Search a beautiful heart, not a beautiful face. Beautiful things are not always good, but good things are always beautiful.

Sumber daripada sini ye....

Kanak2: 'Ngences'

Korang tau apa tu 'ngences'? Pernah dengar? Atau ni 1st time dengar? OMR pun x pasti la asal usul perkataan ngences ni...sbb dari kecik OMR dah biasa dgr. OMR ni plak separuh minang, separuh jawa...Kadang2 perkataan tu perkataan jawa tp OMR igt perkataan minang...hahaha..suka2 je kn? =) Yang pastinya OMR ni org Johor...rasa2nya org Johor tau la kot apa makna perkataan ngences ni.

Untuk yang x tau (atau x pasti)...mehla OMR explain sket ye...Ngences ni maksudnya 'air liur meleleh'...omputih kata 'drooling' (chewah!)...Macam dalam lagu tu -----> Air liur meleleh, Pak Itam ketagih, Pak Itam kaki melaram... <----- hehehe...iklan sekejap tu =)

Nape tetibe plak OMR dok cakap pasal ngences nih? Haishhh..gini citernye...(ce citer...ce citer...)...Anak bujang kecik OMR, Si TF Jr. ni kuat ngences! Excessive drooling y'olsss! Baju tu kalau pakai kejap jelah 'belenjap' (basah...). Pastu ditambah plak dengan hobi baru dia 'hisap jari' (termasuk tangan2 skali), lagilah cepat basah baju dia. Itu yg OMR malas nak pakaikan dia sarung tangan dah. Kang kalau pakaikan...basah kuyup le jawabnya...x elok plak kan? Tapi 2 hari sekali nk kena cek-la kuku dia dh panjang ke blum. Karang calar-balar plak muka hensem dia tu...huhuhu....

Bila anak ngences ni, mula la terpikir 'dulu aku mengidam apa yg aku x dapat makan?'...hahaha...'klasik' melayu, kan? Orang tua2 melayu slalu cakap, kalau anak tu air liur dia meleleh je, maknanya mak dia masa mengandung dulu ada la benda yg dia x dpt makan...Erk! ada ke? Rasanya macam x de...Sbb OMR mengandung x de mengidam apa2 pun. Pastu kalau terasa nak makan pape tu, selagi halal, OMR makan je la =). Walaupun masa mengandung TF Jr. ni OMR kena control diet sbb ada GDM, OMR makan jgk kalau dah teringin tu...contohnya mcm cheese cake-la...kutelan jgk! Tp agak2 la kn...jgn terlebey makan sudaaa....

Ni la dia budak kuat ngences tu!
Pelik betul, abangnya dulu x plak ngences...
(ntah apala yg ibu x dpt makan dlu eh dik...sian...kamu plak yg ngences)

Muka bajet comel! weee......

Pesanan khas penaja utk ibu2 mengandung kat luar sana:
'Kalau teringin nak makan apa2 tu (janji halal ye..), makan je-lah dengan kuantiti yg munasabah ye...Takut nanti anak kamu kuat ngences plak'....kekeke

Take care y'olsss...mmuuaahhss....


Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, June 24, 2011

Thursday, June 23, 2011

Misi OMR: Oh Jantungku!


OMR dah join myhealthyheart.com.my ...korang dah? Jomlah kita join beramai-ramai, sbb banyak info yang baik untuk kesihatan jantung kita ada dalam website ni (wah! dah kira tolong promote ni...kekeke). Antara yang menarik resipi kat bawah ni...

Gambar dari pakcik gugell...
nak kasi 'menggiurkan' sket
OATS MILKSHAKE

Ingredients/ Bahan-Bahannya:

  1. 1 cup fresh milk (250ml) / 1 cawan susu segar (250ml)
  2. 3 tablespoons yogurt (50ml) / 3 sudu besar yogurt (50ml)
  3. 1/2 cup (50g) Quaker Oats Instant Oatmeal / 1/2 cawan (50g) Quaker Oats Instant Oatmeal (pek warna merah kalau x silap)
  4. 1 tsp. olive oil / 1 sudu kecil minyak zaitun
  5. 1 medium-riped banana, sliced / 1 biji pisang sederhana masak, dipotong 
  6. 1 tsp. honey / 1 sudu kecil madu
Directions/ Cara-caranya:
  1. Blend milk and oats in a blender till smooth. / Kisar susu & oat di dalam pengisar sehingga rata (hahaha...'smooth' tu rata ke eh? hantam sajalah).
  2. Add in yogurt and blend in low speed until well mixed. / Masukkan yogurt dan kisar pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
  3. Add honey, olive oil and sliced banana. Cover, blend till smooth. / Masukkan madu, minyak zaitun dan pisang yang dipotong. Tutup, kisar sehingga rata.
  4. Serve in tall glasses immediately / Hidangkan dalam cawan yang tinggi dengan segera (dio kato 'immediately' yo...konolah buek copek...ekekeke)

Macam sedap kan? huhuhu...mesti sedap punya ni. Jomlah cuba resipi ni (& banyak lagi resipi oat kat dalam web tu)....dan jom join myhealthyheart.com.my ! X rugi pun kalau kita tambah ilmu & pengetahuan ni lebih2 lagi kalau melibatkan kesihatan kita. I like!

Jaga diri...jaga kesihatan...& sayangi jantung anda!
Take care y'olsss...mmuuaahhss

Wednesday, June 22, 2011

Entri Khas: My BFF

As promised, ini entri special utk BFF saya...hehehe...

My BFF. dar kiri ida & baby iskandar, lin & baby dlm pewot (yeay!), yan & alif, som & baby amal...yg dok depan  yan tu anak dara som..& jgk OMR & TF berdua =)

Sabtu lepas...18 Jun 2011 (bersempena dgn Hari Bapa & jugak birthday En.RJ), OMR dah plan dgn my BFF untuk jumpa masa minum petang sebab dah lama betul x jumpa ramai2. Last jumpa masa buka puasa tahun lepas (agenda wajib tiap2 tahun tu). Disamping tu boleh jugak jumpa 'juniors' yang belum pernah lg tengok sblm ni. Lepas Ida bersalinkan Iskandar, x sempat2 lg OMR nak pergi melawat dia. Pastu ada 2 lg additional 'juniors'...TF Jr. yang baru nak masuk 3 bulan & jugak anak som, baby amal, yang masa ni baru nak masuk 2 bulan =)...(Syukur Alhamdulillah! Masing2 dimurahkan rezeki)

Diorang ni semua sebenarnya housemates OMR masa OMR duduk bujang time baru2 keje dulu. Ada 2 orang lagi yg x dapat nak join kitorang sabtu lepas, Kam & KJC. Rindunya time duduk kat flat uda dulu kan bebeh2 semua? Masak sama2...buat aktiviti sama2...tdo sama2....hehehe...mmg seronok sgt2. Yang bestnya, bukan je kitorang ni housemates...tp husbands kitorang pun kawan. Ida & Kerol, Lin & Syaq, Kam & KM, Yan & Zairy, Som & abg dia (som, akak lupa nama abg ko...huhuhu...sorry) dan OMR plak dgn En.RJ la. Sebenarnya OMR kenal En.RJ pun masa dok serumah ngn BFF OMR ni. En.RJ masa tu kawan dgn hubby ida & lin. Dah jodoh kami, Alhamdulillah...skrg dah jadi hubby OMR pun & dah ada 2 hero yg comel =)

OMR berdoa semoga persahabatan kami ni kekal sampai bila2. Semoga kami sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah, kesihatan yang baik, anak2 yang soleh & solehah, dipanjangkan jodoh, dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat (Amin!). Once a friend, always a friend...

Kalau y'ols semua ada kawan, jangan putuskan silaturrahim 
& sentiasalah ingat kawan2 kita tu (walaupun hanya dalam doa)...
Take care y'olssss...mmuuaahhss

Tuesday, June 21, 2011

Misi OMR: Rahsia Diet Mengikut Jenis Darah

Salam...
hari ni OMR nak share artikel kat bawah ni yang sangat bagus utk sape2 yg ada misi mcm OMR...hehehe


Nampaknya lepas ni OMR kena amalkan diet 'vegetarian' la sebab OMR ni darah 'A'.
Diet mengikut jenis darah ni bukan saja bagus utk nak kurus,
tapi yg lebih penting lagi bagus untuk SIHAT!

Jom kawan2...lepas ni kita cuba amalkan diet ni...
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik utk kita semua! (Amin!)

Take care y'olssss...mmuuaahhss

Monday, June 20, 2011

Misi OMR: Sape yg x nak cantik? Ce citer...

Wah! Tajuk entri yg 'provokatif' nih...huhuhu

Sebenarnya OMR nak 'merapu' pasal misi terkini OMR...(yg semestinya ada kaitan dgn 'cantik')...so, sajalah buat tajuk entri mcm tu...baru org nak baca ye x? (hahaha...ada ke org yg baca pun? *wink*). Apa dia misi terkini OMR tu ye? Hmm...misi yg rasanya ramai perempuan2 yg sama 'kondisi' mcm OMR ni buat. Misi nak menguruskan badan...Misi 60kg to be specific! =)

Teringat plak my x-housemate, KJC ckp..'org perempuan ni kalau pasal nak kurus, nak cantik mmg obses'...hahaha...(Obseskah aku?)...Mungkin perkataan 'obses' tu agak extreme bunyinya...tapi tanyalah mana2 perempuan kat dunia ni...sape yg x nak 'cantik' dik non oiii??? (Semua orang nk cantik kan? betul x?). Again, cantik tu plak sesuatu yg sgt 'subjektif'...bak kata pepatah omputih 'beauty lies in the eyes of the beholder'. Maksudnya ~ cantik tu pada mata si 'penilai'nya...cantik pada OMR mungkin x cantik pada kawan2...& likewise =)

Kenapa OMR sibuk2 sgt nak kurus? Hmm...kurus sgt tu x lah ye puan2...target OMR 60kg...target yg realistik utk tinggi (161cm) & frame OMR yg sememangnya 'big-boned' (ikut ayah la ni...). Kalau kurang lg drpd 60kg tu...rasanya mesti OMR nampak cengkung nnt..(tamau..tamau...). Skrg ni OMR dh overweight by 'berkilos2' hokey...(sedey..sedey..). Kalau ckp brape berat OMR skrg...aga knya ada yg x percaya...sbb pernahla ckp kat member...dia kata 'x nampak pun mcm berat tu'...haishhh (tataula kalau itu ayat 'penyedap hati' kan...kekeke)...serius...mmg dh berat sgt dh ni...uhuk! =(

Yg paling penting sebenarnya OMR nak kurus untuk sihat! Kalau kurus lg cantik tu dah kira 'bonus' lah ye...tp apapun..yg penting 'mesti' kurus untuk sihat. Mesti ada yg tanya plak...'skrg x sihat ke?'...Hmm...soalan yg sgt bagus! Alhamdulillah...skrg ni sihat seadanya (syukur!)..tp bila badan sendiri dh bagi 'signals' perlu buat sesuatu...u better take action!

Signal pertama...disember 2009 kali pertama OMR kene palpitation (degup jantung lebih laju drpd biasa)...Kena masa OMR x buat apa2 aktiviti yg boleh menyebabkan jantung OMR tu berdegup laju =(....Pergi GP...dia bg ubat 'beta blocker'...makan ubat 2-3 hari...Alhamdulillah ok balik. Then May 2010, OMR kena sekali lg (Ya Allah....takutnya masa tu). Kali ni lebih teruk drpd sebelumnya. Sampai OMR pernah jejak kaki la ke ER, HTJS...& ER, SSH...lepas tu bermula-la episod mendapatkan rawatan kat MOPD, HTJS...Alhamdulillah! syukur sgt...after all the tests (2D-Echocardio, blood test, holter test..etc..etc..), Dr. kata x ada apa2 masalah dgn jatung OMR. Diagnosisnya ~ kemungkinan masalah ni timbul due to stress...(stresskah aku?) & Dr. mintak supaya OMR kurangkan pengambilan kafein (sbb kafein boleh 'trigger' masalah tu kot...). Sampai skrg ni OMR x minum dh kopi, teh, coke & apa2 je yg mengandungi kafein...makanan tu pun dh kurang2kan...tp OMR ni suka 'tiramisu'...kdg2 tu 'jamah2' la sikit...Skrg ni OMR dh x perlu lg ke MOPD sbb 'dh discharged'...(Alhamdulillah!). So, apa kaitannya dengan 'overweight'? Ada....OMR dah lama risaukan berat badan yg bertambah ni...mungkin itu salah satu punca stress...+ OMR yakin kalau OMR kurus sikit & amalkan gaya hidup yg sihat, masalah ni x kan timbul! Sgt scary bila kena palpitation ni kawan2...skrg ni hari2 OMR berdoa semoga Allah sembuhkan OMR drpd masalah ni & semoga ianya x berulang lagi (Amin!)...Itu sbbnya OMR nak kurus!

Signal kedua...Masa mengandungkan TF Jr. haritu OMR kena GDM atau Gestational Diabetes Melitus...atau nama common-nya 'kencing manis masa mengandung' =(....Ayah OMR mmg ada diabetes...skrg ni under treatment kat hospital k'jan...makan ubat & so on....Alhamdulillah, diabetes dia so far under control. Tiap kali ambil bacaan ok je...tp tau2 jelah-kan...diabetes ni bila skali dah ada...kekal-lah jwbnya...cuma GDM ni kalau bernasib baik, lepas bersalin dia hilang. Tp kalau kte pernah dpt GDM, suatu hari nnt kte berisiko untuk dpt diabetes kalau kte x jaga kesihatan (huuuuu...takutnyaaa....). Lepas bersalinkan TF Jr., Dr. dah pesan supaya OMR kuruskan badan...dahla ada faktor keturunan, tambah lg dgn berat bdn yg 'overweight'...risiko nk dpt GDM next pregnancy tu mmgla sgt tinggi (Nauzubillah!)

Sebab tu lah OMR mesti kuruskan badan. OMR risau ble dh 'overweight' ni...mcm2 penyakit boleh singgah. Mmg ada org x kesah bila badannya 'overweight', tp OMR kesah! Kesah sgt2 sbb ianya melibatkan kesihatan OMR...OMR nak sihat sentiasa (InsyaAllah)...sihat utk diri sendiri & sihat untuk keluarga! Kalau x sihat, mcm mana OMR nak jaga suami, nak jaga anak2 OMR yg masih kecik tu? Mcm mana nak perform masa bertugas? Mcm mana nak berbakti kpd mak ayah? (Mcm2 persoalan yg timbul kan?). Lgpun menjaga kesihatan tu tuntutan dlm agama jgk kn? Kalau kte x sayang 'nikmat & anugerah' yang Allah bagi ni, boleh ke kte dikategorikan sbg 'org2 yg bersyukur?'. Allah dah bagi elok2 dah pada kte, tp kte x jaga...kte x sayang badan kte sendiri...boleh ke mcm tu? 

OMR dulu x la 'berisi' sampai mcm skrg ni. Rasanya last skali berat badan OMR ni ok masa OMR kat U dlu...masa tu walaupun sibuk belajar, sempat lg OMR join kawan2 main netball ptg2...ada jgk exercise-nya kan...Sejak dah kerja...OMR mengaku mmg OMR jarang2 exercise. Lepas beranak pinak ni lg la 'kadang2'...skrg ni my form of exercise cuma naik turun tangga kat rumah...buat kerja rumah...jaga anak...etc...nk pergi jogging atau buat exercise2 lain mmg x de langsung! (Teruk kan?!)...Teringat masa OMR sekolah dlu, mak & sedara mara selalu bising kenapalah OMR ni kurus sgt! Makan pun sesenduk x abes! Skrg ni bila diorang tgk, ha! terkejut ko! Sumer ckp OMR dh gemuk! (sedihnyaaa...). Lgpun, ble bdn makin naik, kte sendiri rasa x selesa. Pergerakan jd makin lembab (ni kes OMR la ni), naik tangga sket dh 'mengah', buat kerja rumah lebih2 sket dh 'flat', baju sumer byk x muat...kan dh membazir nk kena beli baju baru =(

En. RJ plak masa kenal OMR mmg OMR dh 3g pun. Dia tu mcm x kesah sgt dgn berat badan OMR...yg dia paling kesah...perut OMR yg katanya kalau x mengandung pun mcm org mengandung 3 bulan! (Lg-la double triple sedey..). Bila suami sendiri dh sound tu, faham2 la ye tuan2 & puan2...mesti buat perubahan! Yelah, kalau nk cantik pun, untuk sape lg kalau bukan untuk suami?

Atas sebab-munasabab di atas la skrg ni OMR sedang 'usahakan' sesuatu. Masih terlalu awal nak cakap apa2. Yg OMR boleh buat adalah teruskan usaha (never give up!) sampai misi OMR tercapai! Nak seribu daya, x nak seribu dalih, kan? Tanam dalam jiwa, OMR mesti kurus untuk sihat! Mesti! Wajib! 

Oppsss...entri dah panjang lebar..
sampai lain kali...take care y'olssss...mmuuaahhss!

OMR: Suka tgk body Dynas Mokhtar...just nice! Itu kira sumber inspirasi utk OMR kuruskan badan jgk tu...tp of course-la kan dynas tu cun! (x do la den nk jd mcm dynas plak...) cuma rasanya badan dia yg tinggi & frame dia tu amat sesuai utk OMR jadikan reference...tu je =)

Gambar dari FB Dynas

Sunday, June 19, 2011

Entri Khas: Hari Bapa & Birthday 'My Bee'

Smlm ada mcm2 agenda sampai x sempat nak buat entri ni...hehehe

18 Jun 2011 ~ Selamat Hari Bapa utk semua bapa2 di mana jua anda berada...
esp. utk 'ayah' kpd anak2 OMR ~ En.RJ
Ayah OMR ~ En.Mohamed Salleh bin Jusoh ~
Bapak mentua OMR ~ En.Jamal bin Shakad ~
& abg2 ipar OMR, biras OMR serta adik OMR yg telah bergelar seorang 'bapa' =)

18 Jun 2011 jgk birthday En.RJ yg ke......(huhuhu...rahsia2)
Happy birthday my luv! 
Semoga Allah panjangkan usia & jodoh kte, dimurahkan rezeki & 
dipermudahkan segala urusan!
Terima kasih kerana menjadi seorang suami yg sgt memahami, 
ayah yg 'garang' tp sporting & my BFF =) (U 'complete' me....xoxo)

Pagi smlm OMR call ayah utk wish dia 'selamat hari bapa'...
Ayah...mcm biasa-la...ttp 'cool' je =)
kebetulan masa tu dia tgh berkursus...kursus homestay kalau x silap...
x dpt la nk borak lama2...
(tp OMR pun mmg jarang borak lama2 dgn ayah...dgn mak tu biasa la..ngeee)
Teringat masa OMR kecik2..ayah mmg garang!
Bukan OMR je yg ckp ayah garang...
sampai bebudak lain kat 'pores' tu pun ckp ayah garang...huhuhu
OMR ni dulu pernah-la merasa tali pinggang & rotan ayah...
anak2 ayah yg perempuan sumer pernah merasa...
yg peliknya, ble sampai pada adik2 lelaki OMR yg berdua tu...
ayah dh x garang sgt...(mana aci....kekeke)
Kalau 'result' periksa OMR teruk, siapla...balik konfem kene marah!
kalau cikgu marah, jgn mimpi2la nk ngadu..balik kang siap dpt 'penambah perisa' lg adala...
x mcm budak2 skrg ni...kalau cikgu marah, silap haribulan (kesian haribulan, dia jgk yg kene
cikgu pulak yg kena marah balik dgn mak bapak! (ada ke patut?!)
zaman OMR dlu...g blajar 'mengaji' pun ayah bekalkan rotan dkt guru mengaji tu tau!
siap pesan lg...rotan je kalau x betul...
haishhh...zaman la ni ada lg ke mak ayah yg buat mcm tu? (ada kot..tp 'rare species')
Tp...dlm garang2 ayah...OMR sgt2 berterima kasih kat ayah...
sbb ayah-lah OMR sgt2 suka membaca.
Dulu kalau OMR dpt nombor bagus time periksa...ayah mesti belikan buku!
sampai skrg, OMR mmg suka buku =) (Tq ayah!)

Lepas call ayah smlm...OMR call plak bapak.
Sama jgk..nak wish Selamat Hari Bapa =)
Walaupun baru 3 tahun lbh OMR kenal bapak, 
OMR sgt2 bersyukur dpt bapak mentua yg sgt baik mcm bapak =)
Selama OMR berulang dr sbn ke KL tiap2 hari,
bapak-lah yg susah payah hantar OMR pg2 ke terminal...
Yelah...x kn nk angkut TF Sr. pg2 buta tu kan...so, En.RJ kenalah stay kat rumah.
Syukur ada bapak yg sgt memahami, pg2 dia la yg tolong hantarkan.
Kalau OMR nk g mana2 & En.RJ x dpt nk hantar, bapak jgklah yg tolong hantarkan.
Memang rasa 'beruntung' sgt2 sbb ada bapak (Tq bapak!)

Syukur Alhamdulillah 
atas kehadiran 'lelaki2 istimewa' ni dlm hidup OMR =)
I love u all...with all my heart...& i'll always pray 4 u...
semoga Allah mempermudahkan urusan mereka..Amin!

OMR: Smlm jgk 'Hari Bertemu My BFFs'...nxt entri boleh citer pasal ni =)

Friday, June 17, 2011

Tamau Hadiah Ke? Mencari yang ke-56

OMR mencari follower ke-56...
sempena birthday OMR yg jatuh pada 5 jun tiap2 tahun =)
Ada hadiah ke? InsyaAllah...walaupun x mahal...
tp it's the thought that counts, rite? ngeeee...
hadiahnya tu....surpriseeeeeeee!

Hehehe...x do la sampai surprise gini jd-nya....
comelkan imej ni...from supercoloring.com (wajib bg credit...hehehe)

Kalau dh follow...sila komen kat entri ni dari mana tau pasal blog OMR nih, hokey?
Org yg rekemen pun mungkin dapat hadiah (InsyaAllah)

so, tolong inform kawan2 k...
take care y'olssss...mmuuaahhss

OMR: Lepas ni nk cari follower ke-111 (sempena bday TF Sr.), ke-186 (sempena birthday En.RJ) & ke-233 (sempena birthday TF Jr.)....jom meramaikan jemaah =)

Thursday, June 16, 2011

Dialog Hari Ini: Lelaki ke Perempuan? =)



TF Sr.: ibu, ibu wat ape tu?
OMR: Gosok tudung ibu la syg...
TF Sr.: Tudung aqif kn? aqif nk pakai...
OMR: Mana boleh...aqif kn lelaki...lelaki x pakai tudung, perempuan je pakai
TF Sr.: Aqif nk pakaila..aqif pempuan kn?
OMR: Aqif lelaki la...ibu perempuan...
TF Sr.: Ibu lelaki kn?
OMR: X....ibu perempuan...ayah lelaki...aqif lelaki...adik lelaki...
TF Sr.: Oooo....aqif lelaki....hmmmm

hahaha....TF Sr...TF Sr....


Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Wednesday, June 15, 2011

Kanak2: Bila anak dah pandai bercakap... =)

Bila anak2 dah pandai bercakap ni...
silalah berhati2 dgn apa yg kte cakapkan ye...
Sbb budak2 mmg mudah sgt nk ulang balik apa yg dia dengar (lg2 yg baru2 pandai ckp ni)
Dh jd mcm 'burung kakak tua', kerjanya dok mengulang apa yg kte ckp =)
Irritating? (yes!)...Kelakar pun ada...
Tp pengajarannya di sini...jgnlah sebut yg bukan2 depan dia!
Nanti x pasal2 kte sendiri yg sakit hati ble dia ulang balik apa yg dia dgr =(

Pose 'stendet' TF Sr. ~ Muka 'innocent' yg slamber..huhuhu

'Budak kecik' ni mmg dh makin 'petah' bercakap!
Cakapnya pun makin hari makin jelas...pelat tu adalah sikit2...
tp byk perkataan yg dh makin 'terang' sebutannya...
Kalau pasal menyanyi no.1! Sampai ayahnya marah-la kekadang...
Asyik menyanyi je....kawal sket dia...
(Kte kawal bersama-sama ye En.RJ...huhuhu)

Pastu skrg ni 'hobi baru' dia adalah repeat balik apa je yg kte ckp...

OMR: Aqif....kenapa buat mcm tu?
TF Sr.: Aqif...nape wat camtu?
OMR: Ishh...kan ibu dh ckp td...jgn sepahkan...
TF Sr.: Kan dh ckp td..jgn sepah2....
OMR: (dlm hati...grrrrrrrrrrrrr....)

Dah jadi 'ibu' ni...kenalah byk2 bersabar ye puan2....(pesanan penaja utk diri sendiri)
Nak ajar budak2...mmg kte kena ckp berulang kali kn?
sbb mgkn sekali ckp x masuk dlm kepala dia =)
Namanya pun budak2...kalau skali ckp dh faham, hebat tu! hehehe

Tp TF Sr. ni otak dia boleh tahan jgk...cepat ingat & cepat faham..(Alhamdulillah!)
Kenapa OMR ckp mcm tu? Sbb kdg2 tu sekali je OMR atau En.RJ bgtau dia,
lepas tu dia boleh 'relate' balik ble jd situasi yg sama / seangkatan dgnnya...
mcm pg td...

En.RJ: Aqif, meh ayah pakaikan tali pinggang tu
TF Sr.: Nape ayah? Nnt polis marah ye?
OMR: Haaa...pandai pun! Kalau x pakai nnt polis marah
TF Sr.: Ibu pakai jgkla...
OMR: (dlm hati...padan muka aku! pandai nasihatkan anak..sendiri kena...huhuhu)

Masa OMR dlm pantang haritu, TF Sr. pandai plak sebut 'aku'...
Mmglah 'aku' tu x la bermaksud yg teruk2,
cuma OMR rasa x sedap didengar plak budak2 umur dia dh pandai bahasakan diri 'aku'.
Rasa kasar sangat bunyinya =(
Puaslah OMR nk betulkan dia balik supaya bahasakan diri dia 'aqif'...bukan aku...
Tp kdg2 tu dia sebut jgk! (gerammm ibunya ni...)
Saja OMR ckp kat dia...'kalau ibu dgr lg...ibu jentik mulut aqif'...
cepat2 dia betulkan =)

Walau apapun...OMR sgt2 bersyukur sbb TF Sr. membesar dgn sihat & makin hari makin bijak!
Semoga adiknya nnt pun bijak bercakap mcm abangnya...(Amin!)
Yg paling OMR suka, TF Sr. 'kenal' asal usul dia...hehehe
Mula2 pandai mengira je...dia sebut 'tu...wo..tigo..ompek!' =)
sampai skrg pun 'ompek' lg...bagus2...OMR mmg suka!
kalau ubat pun dia sebut 'ubek'...tikus plak 'tikuih'...cayalah TF Sr.!
Mmg sah2 anak nogori =) (Ibu bangga sama kamu!)

Wah! dah panjang plak OMR membebel...cukup sampai sini dlu...
Take care y'olsss...mmuuaahhss

OMR: arini dh selamat 'lapor diri' kat tempat baru...hoyeeee



Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, June 14, 2011

Mari Merapu: Ada apa dgn Nora Elena?



Hahaha....baca tajuk entri je mesti org dh pikir
'ni sorang lg peminat tegarla ni'...kan? =)
wellll...OMR mmg minat citer ni (i'm not going to deny it),
tambah2 plak OMR mmg dh baca novel 'Kasih Yang Suci' oleh Meen Zulaikha tu lamaaaa sblm citer ni ditayangkan kat TV3
Sapa2 yg personally kenal OMR mmg tau sgtlah yg OMR ni mmg kaki novel!
Cuma sejak dh beranak pinak ni je kurang membeli novel.
Kalau x, tiap2 bulan mesti beli novel baru =)

Ok, berbalik kpd 'Nora Elena' ni...
ada apa agaknya dgn citer ni sampaikn org sanggup bertapa dpn tv tu tepat jam 7mlm setiap isnin sampai khamis semata2 nk mengadap Nora Elena?
ce citer...ce citer....hehehehe
Pelakon yg kacak & lawa? (of course...Aaron Aziz yuuu...hehehe)
Jalan cerita yg menarik? (Definitely...)
atau ada sbb lain? sila jawab....huhuhu

Teringat dialog smlm yg menjadi penyebab OMR teragak nk buat entri ni:

OMR: U, bole x kte singgah the store kejap...nak beli 'bantal karipap' adik
En.RJ: x bolehla...minggu ni 'Nora Elena' last...
OMR: (dlm hati...apakah?....baru pukul brape ni en.suami oiii....)

hahaha....penangan 'Nora Elena'...sabo-kan je la...ihik!

Tapi bagus jugak bila penerbit2 drama ni start mengadaptasi drpd novel2 berkualiti yg sedia ada melambak di pasaran ni...
Bagus utk penulis2 novel tu...('tribute' utk karya diorang)
& bagus jgk utk penerbit2 drama sbb. sah2 rating boleh naik...
lg2 kalau novel tu ada peminatnya tersendiri =)
RTM selalu jgk tayangkan drama2 adaptasi novel ni...
contohnya mcm drama 'Dari Mata Arissa'...adaptasi drpd novel Bikash Nur Idris 'Kau Sayangku'...(salah 1 favourite nih...)
pastu baru2 ni drama drpd Suhan Movies...Trilogi Cinta...adaptasi novel bersiri Sharifah Abu Salem (salah sorang favourite author)..mmg best novel tu...
tp OMR x la mengikuti sgt drama tu..sbb start lmbt...
OMR ni ble anak2 dh tdo tu, mulalah mata ni pun otomatik nk lelap...hahaha

Dgr citer lepas ni novel 'Ombak Rindu' karya Fauziah Ashaari nk difilemkan...
hoyeeee...hoyeee...(i loikeee!)

Ni mmg salah satu novel yg OMR baca berulang kali tanpa jemu =)
Maya Karin plak tu yg berlakon jd 'izzah'....mmg x sabo nk tunggu filem ni keluar =)

Tp kalau kawan2 tanya OMR novel sapa lg yg OMR nk sgt tgk didramakan/difilemkan...
Jawapan OMR mestilan novel2 Norhayati Berahim! =) 
(kak, sy mmg peminat tegar novel akak)
Ni-lah penulis novel melayu yg OMR palingggggggggggggg suka!
sbbnya senang je...karya2 NB byk 'pengajaran' & 'ilmu' yg boleh kte dpt...
OMR yakin, kalau ada penerbit drama/ filem yg 'berani' terjemahkan karya2 NB...
sure x menyesal punya!
Mesti ramai yg tonton....believe me!

hahaha...dh panjang plak entri OMR kali ni...
Jangan bg OMR start bercakap pasal novel....takut x berkesudahan kang...ahaks!

Take care y'olsss...mmuuaahhss

Monday, June 13, 2011

Kanak2: Bedung

Biasa x dgr statement 'tangan x bedung'? =)
(Mestilah dh selalu dgr kn? Ye x?)
Selalunya org akan ckp mcm tu kalau nk merujuk
kepada seseorang yg x cekap buat sesuatu benda...
contohnya...kalau memanah, x tepat...
kalau baling sesuatu benda plak jauh tersasar drpd sasaran...
ataupun ada jgk org gelar 'tangan pengkor'
(kalau org johor biasala kot dgr perkataan 'pengkor' nih...huhuhu)....

Hahaha...mesti ada yg pelik, apesal-la OMR dok ckp pasal tgn x bedung plak pg2 isnin ni kan?
Saje je nk share pengalaman dgn kawan2...
Nak kata tips parenting pun boleh jgkla =)
Tips drpd ibu yg baru ada 2 anak nih...
OMR bukanlah pakar,
tp mana yg baik tu (dtgnya drpd Allah) boleh-la diambil jd pengajaran...
Kalau rasa nk ikut, silakan...
Kalau x nk pun...sekadar bahan bacaan je la ye =)

Apolah kojo ibu ni agak eh..
asyik2 nak bungkus den yo...uhuk!

Ni muka kanak2 yg 'pasrah' kena bedung....hahaha
Anak2 OMR mmg biasa kena bedung ble nk tdo (esp. kalau nk masuk buai)
TF Jr. ni masa 'dlm hari' x la suka kena bedung pun...
Mungkin sbb cuaca pun panas, dia mmg pantang kalau kena bedung
Menggeliat sakan la dia nk bukak kain bedung dia...
Slalunya dia la yg 'menang' =)
Baru je bedung, x sampai 5 minit tgn dh terkeluar!

Tp sejak balik rumah sendiri ni (OMR pantang kat kg..rumah mak)
Mmg dh train dia berbedung ble nk tdo.
Biar senang sikit mak (babysitter) dia nk jaga nnt,
sbb mak dia mmg suka bedungkan anak2 ble nk tdokan diorang.

Sbnrnya OMR pun byk belajar drpd mak...
Masa TF Sr. kecik dlu, mak-lah yg ajar dia tdo berbedung.
TF Sr. tdo berbedung sampai umur dia 1 tahun hokey! =)
Mak OMR sendiri pun terkejut tgk TF Sr. relax je kena bedung ble nk masukkan dlm buai.
Padahal masa tuh dia dh dkt setahun...hehehe
Yg kelakarnya, ble nk tdo tu...dia 'serah diri' utk kena bedung! =)
Sikit pun dia x kesah (thanks to mak!)

Kebaikannya budak2 yg tdo berbedung ni...
tdo yg lebih lena, x mudah terkejut
& jarangla menangis x tentu pasal ble bgn tdo tu =)
Mungkin ble berbedung dia rasa mcm kena peluk! (Syiokkk maa...)
OMR akan pastikan TF Jr. jgk x kesah kena bedung mcm abg dia...
Kalau nk tdo berbedung sampai umur setahun pun x pe (OMR lg suka!)
Tp ble tdo malam atas tilam tu, OMR mmg x bedungla anak2...
Yg penting pastikan dia pakai stokin & berselimut...
Lgpun mlm2 selalunya diorang tdo lena...
esp. si adik ni yg bangun sekali je utk menyusu (abgnya pun bangun sampai 2x..ngeee)

Adik & Abang...I love u both so much!

'Buah hati pengarang jantung' OMR =)
TF Sr. & TF Jr....(sama x muka kami? huhuhuhu....)
Adik yg masih boleh tersenyum walaupun kena bedung
& abg yg konon2 nk join adik tdo skali...(x tdo pun sudahnya...leka nk main jek!)

So, utk kawan2 yg ada anak kecik,
atau bakal menimang cahayamata mcm x-housemate OMR ladysyaq...(tahniah bebeh!)
Kalau rasa tips OMR arini 'boleh pakai'...bolehla cuba ye =)

Taking care y'olsss...mmuuaahhss


Jangan lupa klik utk TABUNG KANAK2 hokeyyy =)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Sunday, June 12, 2011

Mari Merapu: Sunday Blues

Anak2 sumer dh tdo...ayah kpd anak2 plak keluar...so, ibu kpd anak2 nk merapu sat...hehehe

Hari ni hari mengemas sedunia...wah3, pandai2 jek OMR 'declare' kn? =)
Sbnrnya pg td masa TF Jr. tdo, kami anak beranak dok mengemas buku2 lama
& brg2 yg nk bwk g opis baru nanti.
Yg mengemasnya 'ibu & ayah'...TF Sr. tolong 'kacau' jek =)

Sedar x sedar 'cuti bersalin' OMR dh nk sampai ke penghujungnya...
Lg 2 mgu officially OMR akan start kerja balik (lps 3 bulan 'holiday'...huhuhu)
Apapun 15hb ni OMR kena lapor diri kat tempat baru (yeay!)
Itu yg sibuk mengemas apa yg patut td...
(Yelah, 15hb lg brape hari je kn? ble lg nk kemas?)

Apa ye perasaan nk masuk kerja balik lps cuti panjang?
Hmmm....mcm2 rasa sbnrnya....
Yg paling kuat rasa saspen la sbb masuk2 keje terus kat 'tempat baru'...
x dpt nk agak 'banyak mana' kerja yg menanti...
Harap2 OMR dpt 'perform' dgn sebaiknya...InsyaAllah =)
Yg penting kerja seikhlas hati & buat sebaik mungkin...(chewah! motivasi utk diri sendiri)

Ckp pasal kerja...walau apa pun kerja kita (yg penting 'halal' la ye...)
pokok pangkalnya hati mesti suka dgn kerja tu!
Kalau kte x suka apa yg kte buat, 'ikhlas'kah kte?
pastu ble kte x suka dgn pe yg kte buat, lama2 jd stress...
ble dh stress...mulalah timbul 'kemurungan' & lain2 masalah 'kecelaruan jiwa'...
hisy...Nauzubillah! Minta dijauhkan ye kawan2...
Kesimpulannya...'enjoy what u r doing'!
Jgn stress2...jgn tension2...& jgn marah2 (i loikee!)
Semoga Allah permudahkan urusan kte semua...Amin!

Teringat dialog dgn TF Sr. pg td...
'ibu...tgk ibu...'ia' x senyum bu...cepat! senyum cepat!'
hahaha...itu dialog dia mengadu kat OMR sbb TF Jr. tamau senyum kat dia =)
Budak2 pun pandaikan? dia lg suka kalau org senyum & ketawa
drpd marah2 & tinggi suara...
so, tuan2 & puan2...senyum2lah selalu ye =)
Lgpun, senyum tu kan 'sedekah'
Taking care y'olsss...mmuuaahhss

Imej drpd 'pakcik gugell'...comel kn? =)