Friday, August 19, 2011

lelaki buat kerja rumah??? apakah???

Hahahaha...rajin pulak 'nak merapu' lebih2 pagi Jumaat ni kan? Terima kasih kepada sahabat yang memberikan 'sumber inspirasi' untuk catatan merapu OMR pagi ni. 

Nak 'quote' ayatnya yang terakhir dalam entri tu ---->psssttt: bagi yg ada anak dara tu. ajar2 le anak korang buat keje rmh seawal yg boleh. memang berbaloi.. muahahaha...  <----bagus nasihat nih...tapi OMR nak 'reverse'kan sikit situasi. Sebab OMR ni belum ada 'anak dara' dan OMR percaya ramai lagi yang sama situasi macam OMR ni yang hanya punya 'hero2' dan 'askar2' semata...macam x-officemate OMR dulu, kak husniah & jugak officemate OMR skrg kak sue, dan MaMa CyDa....huhuhuhu (Syukur Alhamdulillah! hero pun hero lah janji ada anak!)

Let's start it this way ----> Bagi yang ada anak 'teruna' tu, ajar2 le anak korang buat keje rumah seawal yang boleh. Memang berbaloi! Lagipun takkan hilang 'kejantanan' atau 'kemacho-an' anak teruna korang tu bila dia buat keje rumah malah bertambah tinggi lagilah 'saham' diorang nanti terutama di mata 'bakal-bakal mak mentua' mereka dan korang sendiri pun takkan sakit hati lebih2 sangat sebab anak2 teruna korang tu bukan hanya 'pandai buat sepah' malah 'pandai jugak mengemas balik'. Bahagia sungguh kan???? Hehehehe....

Salah ke 'lelaki buat kerja rumah'???
Tak macho ke?
Tak 'jantan' ke?
'Pondan' ke?
'Lembut' ke?
eeee.....'apa kellesss' ke?

hahaha....tengok abg Mat Gebu tu....terrer masak! apa x macho ke dia? x hebat ke dia sebagai seorang lelaki? haishhhh...janganlah gitu........OMR kagum sebenarnya sebab dia sangatlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terrer masak (malu wooo sbb OMR yang perempuan ni pun x sampai tahap dia lagi..uhuk!)

Ramai lagi chef2 terkenal kat dunia ni 'lelaki' kan..tuh Jamie Oliver favourite OMR tuh....lelaki....Chef Wan tu...lelaki! anak dia pun sekarang dah jadi chef jugak....hebat apa!

Itu baru cakap pasal bab masak-memasak ni...belum kira lagi fashion designers! haishhhh.....berderet2 la lelaki....OMR sendiri pernah jumpa lelaki yang terrer jahit langsir yu! isk...jeles2....OMR nih...hahahaha...sembat pakai tangan lepas la wei! suruh jahit mesin tu...hmm.....boleh belajarla kalau nak kan...buat masa ni hati belum terbuka lagi? hahaha...x la....tengah kumpul bajet nak beli mesin nih....(ada sesapa nak sponsor? muahahahaha)

Ok, isteri2 di luar sana...cuba jawab sejujurnya kat sini...'Korang tamau ke dapat suami/ laki yang pandai buat kerja rumah??? Tamau ker??? (Perghhh...sapa tamau tu sama ada 'tipu' atau tak jujur....hahaha...x sama ke?; tak baik woo tipu, bulan pose nih)

Adik2 yang belum kahwin tu...."Tamau ke dapat suami yang pandai buat kerja rumah??? Tamau ker???"...

Haipp!! tak baik tipu! Mestilah nak kan??? Sekurang-kurangnya nanti dapat meringankan beban kita. Rata2 isteri sekarang ni 'berkerjaya' (betul ke perkataan ni? hahahaha)....eh, ada lagi yang SAHM kat luar tuh...tapi rata-rata la...ramai yang ada kerjaya sendiri kan? Kalau mampu....bolehlah gajikan 'maid/ bibik'...Kalau tak mampu...semuanya buatlah sendiri....terutama yang duduk secara 'independent', yang x tinggal dengan family

Penat kat office tu satu hal...balik rumah tambah pulak dengan kerja2 rumah yang 'never-ending' tuh...belum campur lagi kerenah anak2 kan??? Huhuhuhu...ado yang pengsan nih kang!  hahaha...x de la sampai macam tu sekali. Penat memanglah penat, tapi dah menjadi amanah & tanggungjawab...buatlah dengan seikhlas hati ye. InsyaAllah, ada 'reward' untuk anda nanti! 

Tapi bukankah 'lebih bahagia' bila dalam keadaan macam tu, kita punya suami dan anak2 teruna yang 'ringan tulang' tolong kita basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, mop lantai, basuh bilik air & tandas, lap tingkap, cuci kipas yang dah berhabuk sakan tuh? Bahagia tak? Bahagia tak? Ya Allah...................heaveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnya kan? *sigh*

So, OMR nak tanya sekali lagi....SALAH KE LELAKI BUAT KERJA RUMAH??? hahaha...korang jawablah sendiri ye...no cheating, please! Kalau mau....DIDIKAN BERMULA DARI RUMAH DAN ANDALAH CONTOH TERBAIK UNTUK ANAK2 ANDA! 

Sekian, I rest my case!

Jom layan nih ---->


OMR - sangat 'beruntung' punya suami yang 'super-rajin' dan 'super-pengemas'! you are the best, my super-husband! xoxoxox 

7 comments:

  1. Antara wani ngan husband, husband yg lg byk buat kerja rumah rasanya...hehe...basuh baju...jemur baju..basuh pinggan....kemas dapur

    wife dia ni tau masak ngan pulun menjaet je...nak2 lg nk dekat raya ni...jeling sebelah mata je tengok keadaan rumah...hihi

    ReplyDelete
  2. "kita serupa.......kita serupa........" (tp akak tak pandai menjahit...huhuhuhu)

    Bahagia x wani? ^_^

    ReplyDelete
  3. bahagiaaaa sangat...ahaha (kalau husband baca ni, mesti dia jawab:

    "ye la syg bahagia la sbb abg yg buat semua kerja..."

    hihiiiii

    ReplyDelete
  4. ahahah smlm kat HotFM ader topik pasal lelaki ke dapur. Dot nak jek call tp xde kredit lak n time tuh tgh drive ke opis. Well ajai mmglah seorang yg sgt2 bleh diharap. mula dr membasuh baju, sidai, lipat, kemas rumah, jaga anak, even memasak pun. Bleh dikatakan dot hanya buat 15% jek kot. 15% mewakili:- lipat baju hero2, gosok baju keje hubby ngan ..... masak air kot ahahahah see ... hubby i yg buat sumer. bahagia hidup ^_^

    ReplyDelete
  5. hahaa.. petikan dari blog syl kena 'quote'.. keh keh.. syl pun ada anak teruna sorang. tpi tak bagi arahan dia buat keja lagi sebab dia lom pandai ikut arahan. =P

    bab kain bju.. incik somi syl jarang sentuh. bju dia sendiri pun kadang2 tersidai kat meje mkn. kihkih.. tpi memasak tu adalah tulun2. jaga anak plak,, 4 bintang.. dia yg jaga anak time syl outstation. takleh bgi 5 bintang sebab tak brapa minat nk basuh yakyak budak melainkan terpaksa.

    ReplyDelete
  6. dot, kan? bahagia sungguh bila suami kita 'ringan tulang'....terubat sket rasa penat dan letih tuh ^_^

    syl, 4 bintang dah kira hebat dah tu...cayalah panang! bab cuci mencuci yakyak ni mmgla kdg2 depa lmbat sket nak buat....hahahaha...x perla...sekurang2nya membantu...itu dah cukup baik!

    ReplyDelete
  7. huhuhhu bab basuh yakyak ajai mmg superb. Alhamdulillah ajai apa yg org pmpn leh buat dia pun leh buat. mmg senang sgtlah dia dpt membantu ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!