Tuesday, August 9, 2011

Kanak2: Bila Anak Pandai Merajuk =(

Sebagai seorang ibu/ mak/ mama/ bonda (dan yang sewaktu dengannya), pernah tak korang rasa korang dah 'gagal' sebagai seorang ibu???2 hari lepas ada terbaca di status FB seorang kenalan "sometimes i feel like i've failed as a mother"...ya, OMR boleh faham perasaan dia! Sebab kadang2 OMR pun rasa macam tu =( =( =(


TF Sr. sekarang ni sangat suka 'merajuk'. dah jadi macam 'hobi' baru dia pulak...Masa OMR mengandungkan adiknya, memang ada nampak 'cemburu' dia tu...tapi masa tu tak lah ketara sangat (sebab adik belum 'keluar' lagi...). Apapun 'masak' jugaklah OMR 'dikerjakannya'. Sikit2 mintak dukung...pastu nak semua ibu yang buat...kat mana ibu baring, kat situlah dia nak menyelit sama...janji dapat tidur 'bawah ketiak ibu'...huhuhu...i'm not complaining...bukan...OMR seronok jadi 'ibu'...biar apapun cabarannya...sebab bukan semua orang berpeluang jadi 'ibu' kan? Lagipun perasan seronok dapat 'peluk & cium' anak tu tak boleh nak digambarkan dan tak dapat nak 'dijual beli'....priceless!!

Bila adiknya lahir...dia ok je...pun tak begitu 'terserlah' lagi ke'jeles'an dia...Cuma lasaknya tu je yang kadang2 buat ibu dia nih jadi 'tarzan' (sampai kena 'bentan urat' masa dalam pantang sebab ter'menjerit' kat dia...hmmm). Adik tak diusiknya, paling2 tak pun dia nak 'sayang' je la. Budak sorang ni memang suka sayang 'cium molot'...hahaha...

Tapi sejak dua menjak nih...sangat 'terserlah' dan 'ketara' sungguh rasa 'cemburu' dia =(....OMR kesian sebenarnya nak marah2 dia. Lagi kesian kalau ayahnya yang marah. Cuma OMR ni manusia biasa, yang banyak kelemahan. Salah satunya...tahap kesabaran tu masih kurang lagi. OMR pernah masukkan dia dalam bilik (kurung sekejap) sebab dia tamau berhenti menangis (ni menangis yang siap jerit2 teran suara) walaupun dah pujuk elok2...puncanya? OMR tak ikut kehendak dia. Serba salah jugak dibuatnya, takkan nak ikut semua kehendak dia...nanti dia 'naik lemak' pulak...lagipun, kehendak dia tu tak membawa kebaikan untuk dia...mestilah kita nak ajar dia 'apa yang betul, apa yang salah...apa yang boleh, apa yang tak'...kan? Tak kan sebab dia nangis, kita nak ikut semua kemahuan & kehendak dia. Walaupun umur dia baru 2 tahun 7 bulan, kalau dari sekarang kami tak ajar dia...bila masa pulak dia nak faham?

OMR tahu dia sebenarnya rasa cemburu bila dah ada adik ni. Bukan niat OMR nak beza2 kan layanan & kasih sayang pada anak2..cuma sebab adiknya kecik lagi, memang perhatian tu lebih sikit. Lebih macam mana? hmm...adik kan tak pandai apa2 lagi (TF Jr. dah pandai meniarap sebenarnya..), nak bagi susu pun berpangku, nak tidur pun bertepuk...kadang2 kena dodoi sambil dukung. Lepas susu kena sendawakan...bila dia tengok macam tu, agaknya dia rasa ibu dia lebihkan adik. Sebab tiap kali OMR belek2 adik dia, masa tulah dia nak buat perangai =(...dah banyak kali jgk OMR ter'tinggi'kan suara kat dia...rasa bersalah? hmm...dah tak boleh nak kira dah....Sekarang ni dah pandai pulak baling2 barang mainan dia bila marah. Allahuakbar! Memang betul2 menguji kesabaran. Bab pukul2 ibu bila marah tu, toksah la cakap, ntah dari mana dia belajar...cepat sungguh nak angkat tangan! =(

OMR cuba untuk jadi ibu yang terbaik buat anak2...cuma bila jadi keadaan macam tu...selalu jugak OMR 'khilaf'...tolong.....ada sesiapa ada tips untuk tangani 'kerenah anak' ni??? Ni pengalaman pertama OMR nak menangani cemburu anak bila dia ada adik. Mungkin orang yang lebih berpengalaman ada lebih banyak panduan untuk OMR ikut. Setakat ni, OMR cuba pastikan yang keperluan dia dah dipenuhi dulu sebelum OMR belek2 adik dia (kesian pulak kat adik...adik pun dah pandai 'jerit2' bila OMR lambat tengok dia...)...mencabar jugak nak berlaku 'adil' kat anak2 ni kan? Apapun syukur Alhamdulillah sebab OMR ada anak2 ^_^

p/s: Agaknya TF Sr. ni 'emo' sebab masa mengandungkan dia pun OMR agak 'emo'. Kesian En.RJ masa tu....so, pesan OMR untuk ibu2 mengandung kat luar sana tu...jaga emosi! Sebab OMR boleh nampak beza 'TF Sr.' dan 'TF Jr.'....adiknya lebih 'cool'...mungkin sebab masa mengandungkan adik, OMR lebih bersedia...so, emotionally stabled...ni pendapat OMR la ye ^_^


7 comments:

  1. faham sgt keadaan cikrose. Sbb anak kita sama jek beza umo dorg. 2thn jaraknyakan?

    Si abang mmg akan jeles ngan adik. Dot lak, kalo perasan abg asik pandang jek time mama tgh mengulit adik dia, dan2 tuh jugak dot akan ajak si abg skali. taknak dia terasa hati. dahlah dah besar nih asik wat perangai jek. kena marah pun kami marah gilir2 means, kalo abah dia marah, mama dia akan pujuk. kalo mama dia yg marah, abah dia akan pujuk. kekadang risau kot2 si abang ingat kita tak sayang kat dia plak. walhal sayang kat anak2 sama rata. tak lebih pun ... errr tp kat abah dia ader lebih sket kot kuikuikukuikuikui ^_^

    ReplyDelete
  2. biasalah tu yosh...sama cm anak akak jugak. Tapi dia dah tadika, kdg wat perangai kat kelas dgn cikgunyer, angkat suara, malas wat aktiviti kelas dll cikgu complaint. Buat adiknyer esp bila adik dekat2 nak main mainannyer. Akak doa dan ikhtiar gak usaha bagi dia minum air penerang hati supaya jadi anak yg baik, minta tolong dari Kak pah kat ppzt. Masa ni dh pindah rnd. Alhamdulillah dia bertambah baik, kat kelas pun dah ok tak wat perangai lagi. Kat rumah, dah pandai gelak dan ajak adik main samer2, kalau kena marah pun dia menangis jer kejap. Akak faham tahap pening melayan kerenah anak2 nie yg tengah membesar. Istighfar byk2 ok...

    ReplyDelete
  3. Dot, memang mencabar kan? Adakah sebab jarak umur dia yang tak jauh sgt tuh membuatkan dia x puas bermanja lg? Hmmm..nak tau abang merajuk senang je, dia g carik sudut2 dok asingkan diri..bila panggil x layan...bila kita pujuk nak peluk dia, dia tamau...salah sikit nangis teran2...Allahuakbar! memang mencabar

    ReplyDelete
  4. K.Yati, ain meragam x nak dapat adik ni? Ada orang kata, biasanya anak sulung je yang akan meragam lebih bila ada adik...kalau no 2 nih dia dah biasa ada abang/kakak...so kurang mengada2...hehehe
    Memang kena byk2 istighfar kak...kadang2 ble ibunya istighfar tuh, dia tenung jek...ntah apa la dia pikir dlm hati...huhuhu

    ReplyDelete
  5. zt pon byk2 bace ape2 artikel ttg toddler tantrum nih, makesure lepas mrh2 tu kite carik mase yg sesuai utk xplain kt die,kenape kite marah,wpon die mcm buat2 xphm,tp sebenanye anak tu phm..

    ReplyDelete
  6. zt, selalunya bila dia dah cool, dah ok utk ibu peluk dia...sy pun akan bgtau dia kenapa dia x boleh buat macam tu....Tapi masa dia tengah throw his tantrum tuh yg x tahan...selagi boleh teran suara dia bila menangis tu, mesti dia teran...amy search pun kalah...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Adiknyer Ain tak byk hal..baik jer. Selalu jadi mangsa buli abg nyer esp time nak tido. Ain tido kat sebelah ibu, sbb abg suka wrestling atau korek mata adik nak tido. Geram..betul ibu time tu! Tapi ibu sgt syukur Alhamdulillah byk2 pada Allah kerana mengurniakan anak2 yg sihat sempurna, cerdik dan dapat belajar seperti anak2 lain. Kerana ada juga keluarga yg di luar sana tidak bernasib baik seperti keluarga kita. Mohon Allah permudahkan segala kesulitan dalam kita mentarbiah anak2 kecil kita ini.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi 'respon'....i like!